-
Kembara Fotografi Bersama Keluarga | Bursa
© 2013 Wazari Wazir | Koza Han | Bursa Nak sambung sikit lagi, kisah saya dan keluarga ke Bursa, sepertimana yang telah saya tulis sebelum ini, kami tiba diTerminal Feri Guzelyali Bursa lebih kurang jam 9AM, cuaca agak mendung dan memang sejuk kerana sekarang ni musim winter. Ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Bursa, jadi saya tidak ada pengalaman mana nak pergi dan arah hendak dituju. Saya hanya menggunakan panduan yang terdapat dalam buku Lonely Planet untuk mengatur langkah saya. Lokasi terminal Feri ni dan pusat bandar Bursa adalah lebih kurang 24 Km. Pada mulanya saya ingin menaiki bas, kerana sepertimana yang dicadangkan di dalam buku Lonely Planet…