• Adventure,  Travel

    Review Buku Travelog ET Kembara Afghanistan

    © 2015 Wazari Wazir | (Atas) Buku Travelog ET Kembara Afghanistan | (Bawah) Bersama Penulis Buku Agustinus Wibowo Kepada sesiapa yang sering mengikuti blog saya ini sudah tentu tahu yang saya ni minat membaca buku, selain mengambil gambar. Antara buku-buku yang menarik perhatian saya ialah buku-buku tentang pengembaraan, tentang kisah-kisah perjalanan seseorang ke bumi asing, buku-buku tersebut sememangnya menarik perhatian saya. Tidak keterlaluan juga kalau saya katakan buku-buku berkaitan travel melebihi buku-buku berkaitan fotografi yang saya miliki. Cuma amat sedikit koleksi buku-buku kembara yang saya miliki yang ditulis dalam Bahasa Malaysia, bukan saya anti kepada penulis tempatan tetapi hakikatnya amat sukar untuk kita berjumpa dengan buku-buku travelog tulisan rakyat Malaysia.…

  • Adventure,  Art,  Travel

    Travel and Photography | Stop Capturing The Moment and Just Enjoy It

    © 2015 Wazari Wazir | View From Trans-Siberian Railway Journey From The Train Window | Siberia “The sky is insane, in a fluster of fresh air, dazed with light. Images of intense beauty spring up, and vanish. Is that the apparition of a god? I’m incapable of talking the slightest photo, which would be a double offence: a sin of inattention and an insult to the moment.” – Sylvain Tesson – I think many of you here have watch  “The Secret Life Of Walter Mitty,” film. There was a scene where  Walter Mitty asked a LIFE photographer named Sean O’Connell (Sean Penn) “When are you going to take it?,” Walter Mitty…

  • Adventure,  Travel

    Fotografi Kembara | Kenangan Di Jeti Pantai Sawangan | Kuala Penyu | Sabah

    © 2015 Wazari Wazir | Jeti Pantai Sawangan Kuala Penyu Sabah Semasa menyambut Hari Raya baru-baru ini ke Sabah, saya mengambil kesempatan berkunjung ke sini. Tidak dirancang sangat pun tetapi masa tu kami sekeluarga bersama ibu mertua beraya di rumah saudara di pekan Kuala Penyu, dah alang-alang berada di sini, saya beritahu isteri saya, elok kita pergi ke Jeti Sawangan ni, dah lama tak pergi. Last time pergi tahun 2010 semasa HaiQal baru berusia 3 tahun. Cadangan saya untuk pose semula gambar yang sama di jeti tersebut, amat malang sekali bila sampai sahaja di Jeti ini, amat menyedihkan melihat keadaan Jeti yang usang dan hanya menunggu masa untuk roboh sahaja.…

  • Photojournalism,  Travel

    Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2015 | Dataran Merdeka | Kuala Lumpur

    Sekadar berkongsi sedikit gambar-gambar semasa liputan Istiadat Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2015 di Dataran Merdeka, tak banyak gambar yang saya rakam sebenarnya pasal event ini hanya berlangsung lebih kurang satu jam sebaik ketibaan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada tepat jam 8:30 am dan lebih kurang 9:30 am majlis selesai. Sedikit perbezaan tahun ini berbanding sambutan tahun sebelumnya ialah kali ini kehadiran Timbalan Perdana Menteri yang baharu iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Selain daripada itu sambutan kali ini juga turut diserikan dengan persembahan pentomen  mengenai serangan Balai Polis Kuala Krau, Pahang pada 26 Jun 1948 dan juga pentomen kisah ASP Mohd Zabri Abdul Hamid dari Platun 69 Komando yang berjuang…

  • Travel

    Kursus Foto Kembara Oleh Saiful Nang di Muzium Kesenian Islam | Kuala Lumpur

    © 2015 Wazari Wazir | Kursus Foto Kembara oleh Saiful Nang | Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur Dalam dunia Fotografi di Malaysia ni, bila sebut sahaja nama Saiful Nang pasti mengundang seribu macam kontroversi. Ada yang suka dan ada yang tak suka, sama jugak macam saya, bukan semua pendapat atau status yang kerapkali beliau lontarkan terutamanya di facebook itu saya bersetuju, ada juga yang saya tak setuju. Apapun saya bukannya nak kongsikan tentang kontroversi tersebut, saya cuma nak kongsikan sedikit ilmu atau pengalaman saya ketika hadir di Kurusu Fotografi anjuran Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur yang mana topik yang dibentangkan oleh Saiful Nang ialah mengenai Foto Kembara. Ayat Kembara atau Travel…