• Adventure,  Travel

    Kembara Trans-Siberian Railway | Checklist Barang-Barang Keperluan Semasa Di Dalam Keretapi

    Sebelum saya tulis selanjutnya saya hendak beritahu di sini bahawa tiada train bernama  Trans-Siberian, TRANS-SIBERIAN bukanlah nama sebuah kereta api, namun begitu ada kereta api khas untuk para pelancong, saya sebut untuk pelancong tidak bermakna penduduk tempatan Russia tidak boleh guna, tetapi kereta api ini khas untuk bersiar-siar sebab perlu ambil secara pakej, harganya juga tersangat mahal. Kereta api tersebut ialah Golden Eagle Trans-Siberian Express. Jika kita pilih kereta api mewah ni, tak perlu nak fikir soal makan dan minum, ianya ibarat menaiki sebuah hotel mewah yang bergerak. Trans-Siberian Railway itu bermaksud jaringan ataupun perjalanan keretapi merentasi Siberia, walaupun kita tidak menaiki keretapi hingga ke Beijing dari Moscow atau hingga…

  • Family

    Jalan-Jalan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 (PBAKL2015) Di PWTC

    © 2015 Wazari Wazir | Bergambar Di Sofa Putih  Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) © 2015 Wazari Wazir | Memilih Buku Di Booth Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) © 2015 Wazari Wazir | Antara Buku-Buku Yang Sempat Di Beli Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Dalam masa seminggu, entah berapa kali saya datang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 yang lalu di PWTC, saya pun tak ingat, nak kata banyak sangat tak jugak tapi rasanya lebih dari lima kali. Ada sekali tu saya datang agak lewat dengan family saya, sampai di PWTC dalam jam 8 malam, tengok banyak booth yang dah tutup, dalam hati kata, “eh awalnya tutup”, rupa-rupanya memang tutup awal, untuk…

  • Family,  Life

    Amalkan Gaya Hidup Sihat | Bersenam Di Taman Tasik Titiwangsa

    Sebelum mengomel lebih panjang lagi, saya nak beritahu bahawa artikel ini bukanlah kempen berbayar dari Kementerian Kesihatan Malaysia, tiada sebarang kaitan dengan Kementerian tersebut. Saya cuma nak kongsikan aktiviti hujung minggu saya bersama keluarga di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Semenjak awal tahun ini, kami sekeluarga sering memulakan aktiviti hujung minggu kami dengan berjogging di sekitar taman-taman rekreasi yang terdapat di Kuala Lumpur, seperti  di Taman Tasik Titiwangsa, Taman Botani Perdana (Dulunya Taman Tasik Perdana), Taman Tasik Permaisuri, Taman KLCC dan Juga di Taman Rekreasi di Bukit Jalil. Kami selang selikan lokasi bersenam kami untuk mengelakkan kebosanan, tetapi my favorite ialah di Taman Tasik Titiwangsa, agak meriah dengan orang ramai…

  • Photojournalism,  Travel

    Nepal | Secawan Kopi Di Banjaran Gunung Himalaya

    © 2014 Wazari Wazir | A Cup of Coffee Against Beautiful Nepal Himalayan Range Kalau hendak diikutkan banyak lagi gambar-gambar serta cerita-cerita pengalaman di Nepal yang belum sempat saya tuliskan, kerja macam saya ni, selalunya busy, macam-macam assignment yang mendatang, itu tak masuk out station, yang perlu keluar dari Putrajaya untuk seminggu dua, itu semua mengkantoikan saya untuk update blog tambahan pula kuata internet yang tak berapa nak bagus. Baru-baru ini iaitu pada 25 April terjadi satu gempa bumi yang kuat iaitu gempa bumi yang dikenali sebagai “The Gorkha Earthquake” telah melanda sebahagian Nepal dan mengakibatkan jumpah kematian meleibi 8000 orang. Cuma apa yang sedikit menyediahkan ialah ada dikalangan kita…

  • Photojournalism,  Travel

    Photojournalism | Kesibukan Yang Melanda Seorang Photographer

    © 2015 Wazari Wazir | Kemahkotaan Sultan Johor | Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Semenjak dua menjak pulang dari berkelanan ke Siberia ni, semakin sibuk pula dengan tugasan seharian, tugasan hakiki to be exact. Ada juga yang bertanya bila nak update story pasal Trans-Siberian Railway, memang niat dihati ingin dikongsi segala macam pengalaman semasa di Russia agar ada manfaat bersama namun apakan daya, saya juga memiliki jumah waktu yang sama dengan anda semua, tidak lebih dan tidak kurang, hanya 24 jam sehari sahaja. Gambar di atas ni saya kongsikan semasa membuat liputan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor baru-baru ini, lebih sepuluh hari berkampung di Johor Baharu, walaupun Istiadat kemuncak hanya satu hari…