-
Kembara | Hidup Adalah Satu Perjalanan
Apa yang kita cari dalam hidup ini mungkin tidak akan pernah sama dengan orang lain, ada yang matlamatnya untuk mengumpul sebanyak-banyak harta dalam hidup, ada pula yang ingin mengumpul sebanyak-banyak ilmu pengetahuan, ada pula yang ingin mengumpul pengalaman hidup. Apa yang kita cari terpulang kepada kita, tiada salahnya pilihan kita asalkan tidak menyusahkan hidup orang lain dan kepada kita yang beragama Islam, tidak lari atau menyalahi tuntutan agama, maka carilah apa yang kita hendak cari. Gambar-gambar di atas saya rakam semasa trip perjalanan berkereta api Trans-Java merentas kepualaun Jawa menggunakan perkhidmatan kereta api bermula dai Jakarta dan berakhir di Banyuwangi. Hidup ini sememangnya adalah satu perjalanan, walaupun hanya berkereta api…
-
KEMBARA DI MUNCAR BANYUWANGI | INDONESIA
Mulanya saya nak tulis tajuk Kembara Fotografi di Muncar Banyuwangi, tetapi memandangkan gambar yang dirakam di sini tidak banyak mana, tambahan pula ini memang bukan trip fotografi, jadi saya tukar tajuk. Banyuwangi merupakan destinasi akhir perjalanan Kembara Trans-Java saya sebelum ke Surabaya dan pulang ke Malaysia. Di kalangan pelancong, Banyuwangi kurang popular kecuali untuk mereka yang ingin ke Gunung Raung ataupun untuk ke Kawah Ijen, cuma kawasan perkampungan yng saya kunjusngi ini mungkin lagi kurang dikenali para pelancong, tetapi daerah kampung nelayan Muncar ini cukup terkenal dengan Pesta Petik Laut Banyuwangi. Petik Laut ialah sebuah pesta atu mungkin boleh juga dikatakan sebuah Ritual khususnya buat para Nelayan di Kampung…
-
Kembara | Wisata Di Kota Bandung | Jawa Barat, Indonesia
© Wazari Wazir 2017 | Wisata Di Kota Bandung | With Pak Yanto (Last Pix) Bandung, ada apa di Bandung? Bila dengar member nak pergi Bandung, biasanya yang tergambar difikiran ialah mereka yang ingin pergi shopping, sebab dengar kata barang-barang di sana murah terutamanya pakaian. Dan kebiasaanya menjelang perayaan terutamanya menjelang Hari Raya, dua tiga bulan sebelum tu, dah tentu ramai ke Bandung. Selain daripada shopping, yang biasa kita dengar bila orang ke Bandung ialah ke Tangkuban Perahu atau Tangkuban Parahu. Dulu ingatkan Tangkuban Parahu ni sebuah tasik, sebab tengok gambar yang orang pergi tu nampak macam sebuah tasik, malas nak google lebih-lebih, rupanya Tangkuban Parahu ni sebuang Gunung…
-
Kembara Trans-Java Indonesia | Bromo
© 2017 Wazari Wazir | Trans-Java Indonesia Kalau blog ni sebuah rumah, rasanya dah penuh sawang, macam rumah tinggal jer. Ekceli bukan tiada bahan hendak menulis, banyak sangat sampai tak sempat hendak tulis, tambahan lagi dengan kesibukan yang teramat sangat serta kekangan masa free yang semakin terhad hingga blog ini terabai. Rasa macam rugi pulak bayar hosting pasal tidak dimanfaatkan. Untuk tidak banyak mengomel, saya teruskan cerita, baru-baru ini saya dan rakan sekerja saya Azmi, telah ke Indonesia, plan asal sebenarnya ingin layan Trans-Siberia dari Saint Petersburg hingga ke Vladivostok dan terus ke Beijing tetapi tangguh punya tangguh hingga harga tiket kapal terbang jadi mahal dan proses dapatkan visa Russia…
-
The President of the Republic of Maldives Abdulla Yameen Abdul Gayoom Official Visit To Malaysia
© 2016 Wazari Wazir | President of The Republic of Maldives Abdulla Yameen Abdul Gayoom inspected a guard-of-honour mounted by 106 officers and men from the 1st Battalion Royal Malay Regiment, during an Oficial Welcoming Ceremony at Perdana Putra in Putrajaya on March 29, 2016 © 2016 Wazari Wazir | President of The Republic of Maldives Abdulla Yameen Abdul Gayoom walk with Malaysia’s Prime Minister Najib Razak after an Official Welcoming Ceremony at Perdana Putra in Putrajaya on March 29, 2016 Just wanted to try out new angle during my coverage for an Official Welcoming Ceremony for The President of the Republic of Maldives Official Visit to Malaysia. I wanted…