-
Trans-Siberian Railway Trip Mungkin Bukan Untuk Anda
Trans-Siberian Railway Trip mungkin tidak sesuai untuk anda. Mengapa? Kepada kaki kembara terutamanya yang meminati pengembaraan dengan menaiki kereta api, Trans-Siberian Railway mungkin menjadi idaman ataupun kemuncak kepada pengalaman mengembara dengan menaiki kereta api. Masakan tidak, trip Trans-Siberian Railway merupakan perjalanan kereta api paling panjang di dunia, iaitu sepanjang 9288KM dari MOSCOW ke VLADIVOSTOK yang mengambil masa antara enam hingga ke tujuh hari bergantung pada jenis kereta api yang kita naiki. Untuk pengetahuan semua, jarak perjalanan kereta api di Semenanjung Malaysia, bermula dari Stesen Keretapi Johor Bahru Sentral ke Stesen Keretapi Padang Besar hanyalah lebih kurang 848KM sahaja yang mengambil masa lebih kurang 11 jam atau lebih kerana kita perlu…
-
Why I Chose Fujifilm X100T Mirrorless Camera With Fixed Focal Length Lens For My Travel Photography
Why I Chose Fujifilm X100T Mirrorless Camera With Fixed Focal Length Lens For My Travel Photography, It’s quite a long title for a blog post, don’t you think so? Anyway, time and time again I get asked a questions regarding a camera choice and I’ve written quite a lot about it, maybe some of you just don’t get it, or simply don’t understand or just don’t want to understand or simply plain ignorance because you have a million dollar in your bank account. Okay, I just want to make it quick here. I want to talk just a little bit about mirrorless camera. There are basically two types of mirrorless camera, one…
-
Kembara Trans-Siberian Railway | Jauh Perjalanan Luas Pengalaman
Sebelum anda bertanya kepada saya, siapakah gerangan Gadis Russia yang merakam gambar saya ni, biarlah saya jelaskan, gambar ni saya rakam secara “Self-Timer” di mana saya letakkan kamera saya tu pada bahagian tengah antara palang besi yang terdapat di tepi katil atau hadapan tempat duduk saya ni, di bahagian besi tu macam ada satu tapak yang agak rata, actually tapak tu untuk kita pijak dan naik ke bahagian katil sebelah atas, “Upper Berth Sleeping Area.” Banyak kali juga saya rakam untuk dapatkan mood yang saya kehendaki tapi takdelah sampai berpuluh-puluh kali, ada la 3,4,5 kali. Lebih lagi tak berani, takut kalau-kalau secara tiba-tiba keretapi brek mengejut, tercampak pulak kamera Fujifilm X100T…
-
Kembara Trans-Siberia | Masjid Kul Sharif | Permata Kazan Di Russia
Sebelum saya menulis artikel ini, saya ada buat research sedikit tentang Kazan, Ibu Negeri Republik of Tatarstan Russia, tapi macam lama sangat nak research, so saya serahkan pada anda semua buat research. Bukan apa, takut lama sangat research, langsung tergantung cerita dan tiada artikel disiarkan. Di Russia terdapat 22 buah Republik, yang mana terbaru ialah Republik Crimea, setiap Republic mempunyai kuasa autonomi sendiri, perlembagaan sendiri, president dan parlimen sendiri. Kita di Malaysia ni mesti kenal ataupun pernah dengar nama Akhmad Kadyrov kan? Beliau ialah President Republic of Chechen. President Republic of Tatarstan pula ialah Rustam Minnikhanov, beliau menjadi President semenjak Tahun 2010 hingga kini. Anyway, sebahagian besar bangsa Tartastan beragama Islam, dan lebih 50 %…
-
Kembara Trans-Siberian | Kehidupan ini Adalah Sebuah Pengembaraan
© 2014 Wazari Wazir | Trans-Siberian Railway Journey | Photograph Taken With Fujifilm X100T “Kehidupan ini ibarat menaiki keretapi untuk satu perjalanan yang panjang.” Saya pernah terbaca kata-kata tersebut di laman sesawang, cuma tidak ingat di mana. Kita bebas melakukan metafora terhadap apa sahaja keadaan yang kita rasakan sesuai mengikut kesesuaian keadaan dan masa, sama ada tepat atau tidak, itu terpulang pada individu menilainya. Cuma realitinya, tidak ada siapapun tahu sama ada kehidupan kita di dunia ini untuk tempoh masa yang panjang ataupun singkat berbanding perjalanan dengan keretapi yang kita sudah tahu tempoh masa bila untuk kita sampai ke destinasi yang ditujui. Diawal kelahiran kita, kita menaiki keretapi bersama orang…