-
Kembara | Hidup Adalah Satu Perjalanan
Apa yang kita cari dalam hidup ini mungkin tidak akan pernah sama dengan orang lain, ada yang matlamatnya untuk mengumpul sebanyak-banyak harta dalam hidup, ada pula yang ingin mengumpul sebanyak-banyak ilmu pengetahuan, ada pula yang ingin mengumpul pengalaman hidup. Apa yang kita cari terpulang kepada kita, tiada salahnya pilihan kita asalkan tidak menyusahkan hidup orang lain dan kepada kita yang beragama Islam, tidak lari atau menyalahi tuntutan agama, maka carilah apa yang kita hendak cari. Gambar-gambar di atas saya rakam semasa trip perjalanan berkereta api Trans-Java merentas kepualaun Jawa menggunakan perkhidmatan kereta api bermula dai Jakarta dan berakhir di Banyuwangi. Hidup ini sememangnya adalah satu perjalanan, walaupun hanya berkereta api…
-
Panduan Ke Cemoro Lawang Dari Probolinggo | Bromo | Trans-Java
© 2017 Wazari Wazir | How To Get To Cemoro Lawang From Probolinggo Di sini saya ingin kongsikan secara ringkas cara bagaimana kita boleh ke Cemoro Lawang Bromo dari Probolinggo. Cemoro Lawang ialah kawasan atau mungkin boleh kata kawasan perkampungan yang paling hampir dengan Gunung Bromo. Kebiasaanya mereka yang akan ke Bromo memilih sama ada datang dari arah Malang atau Probolinggo, ada yang kata datang dari Malang lebih mudah dan ada yang kata datang dari Probolinggo lebih mudah, terpulang masing-masing. Di sini saya hanya boleh cerita tentang dari arah Probolinggo kerana ini adalah laluan yang saya pilih. So, sekiranya kita memilih untuk ke Cemoro Lawang dari Probolingo, kebiasaanya yang datang…
-
Kembara Trans-Java Indonesia | Bromo
© 2017 Wazari Wazir | Trans-Java Indonesia Kalau blog ni sebuah rumah, rasanya dah penuh sawang, macam rumah tinggal jer. Ekceli bukan tiada bahan hendak menulis, banyak sangat sampai tak sempat hendak tulis, tambahan lagi dengan kesibukan yang teramat sangat serta kekangan masa free yang semakin terhad hingga blog ini terabai. Rasa macam rugi pulak bayar hosting pasal tidak dimanfaatkan. Untuk tidak banyak mengomel, saya teruskan cerita, baru-baru ini saya dan rakan sekerja saya Azmi, telah ke Indonesia, plan asal sebenarnya ingin layan Trans-Siberia dari Saint Petersburg hingga ke Vladivostok dan terus ke Beijing tetapi tangguh punya tangguh hingga harga tiket kapal terbang jadi mahal dan proses dapatkan visa Russia…