• Adventure,  Life,  Photojournalism,  Travel

    India | Catatan Perjalanan V

    Tiket Keretapi Indian Railway © 2010 Wazari Wazir | Jodhpur Rajasthan | Semua Nama Penumpang Keretapi Ada Dalam Senarai Di Board Nampak gayanya macam sampai tahun depan pun tak habis cerita perjalanan saya ke India ni, kalau nak tahu lebih lanjut atau dengan kadar segera, bilamana tersua atau berkesempatan bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan saya di India, tegurlah mereka, tanyakan sendiri pada mereka tentang pengalaman mereka, saya akui saya agak slow menulis berbanding agak pantas menekan butang shutter di badan kamera. Untuk tidak membuang masa dan untuk tidak menggunakan bahasa yang terlalu berbunga-bunga maka saya teruskan penceritaan saya. Setelah kami menginap di VIVEK Hotel, perkara pertama yang kami persetujui ialah, macam…