-
Bercuti Bersama Keluarga Ke Bali | Tegalalang Rice Terrace | Ubud
Pada kebiasaanya pengunjung ke Bali terutamanya dari Malaysia menghabiskan masa antara tiga hingga empat hari sahaja berkunjung ke sini, dengan anggapan bahawa dengan jumlah hari tersebut sudah cukup untuk melawat hampir kesemua tempat-tempat menarik di Bali, hakikatnya tidak begitu. Mungkin ada yang tahu ataupun tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu, keluasan Pulau Bali adalah hampir tiga kali ganda keluasan Pulau Langkawi di Malaysia. Keluasan Pulau Bali ialah 2,232 sq miles (5,780 km²) dan Pulau Langkawi pula ialah 184.7 sq miles (478.5 km²). Pada mulanya saya menyangkakan Pulau Bali ni lebih kurang Pulau Langkawi, ternyata saya silap, perjalanan dari Lapangan Terbang di Ngurah Rai ke penginapan kami di Ubud mengambil masa lebih…