-
Pengalaman Menaiki Kereta Api Ke Tenom | Train To Tenom
Impian untuk merasa pengalaman menaiki kereta api lama ke Tenom ini, telah lama saya pendam, semenjak pertama kali mengetahui tentang kewujudan kereta api lama ini, cuma belum berkesempatan. Walaupun hampir setiap tahun saya pulang ke kampung Mentua saya di Daerah Kuala Penyu Sabah, seringkali tidak berkesempatan. Bila dah pulang ke kampung, takkan nak buat hal sendiri, nak bawa diri sendiri ke Tenom dan tinggalkan isteri dan anak-anak bersama mentua. Jadi walaupun dah lebih 10 tahun ulang alik ke Sabah, tak jejak-jejak jugak kaki ke dalam perut kereta api ini. Jadi saya ambil kesempatan yang ada untuk travel solo ke Tenom untuk merasa sendiri pengalaman Train to Tenom. Perjalanan saya…
-
Mount Kinabalu International Climbathon 2017, Sabah, Malaysia
Killian Jornet, Scott Jurek, Ann Trason, Anna Frost, Safrey Sumping, Marco De Gasperi, Sandi Menchi, Tahira Najmunisaa Muhammad, kenalkah anda dengan nama-nama yang saya sebutkan di sini? Sekiranya anda mengenali salah seorang dari mereka tanpa bantuan Pakcik Google, anda adalah sebahagian kecil peminat sukan Ultra Trail Running atau Ultra Marathon, cuma untuk larian Gunung Kinabalu atau Kinabalu International Climbathon ini jarak larian tidaklah sampai 42Km, tetapi bagi saya ianya tetap mencabar. Kalau saya sebut Hafiz Jantan, Nazmizan Muhammad, Jegathesan, Watson Nyambek, Usain Bolt, Ben Johnson, Florence Griffith–Joyner atau (Flo-Jo) mungkin agak ramai yang mengenali nama-nama ini. Walaupun ramai peserta yang menyertai acara Marathon atau Ultra-marathon atau Trail-Running berbanding larian pecut Sprinter 100…
-
Kembara | Perjalanan Itu Adalah Destinasinya
© 2015 Wazari Wazir | The Summit of Mount Kinabalu “Climb The Mountain Not to Plant Your Flag, But to Embrace The Challenge, Enjoy The Air and Behold The View. Climb it so You Can See The World, Not So The World Can See You.” – David McCullough – Pendakian saya ke puncak Gunung Kinabalu pada Tahun 2004, merupakan “Tipping Point” bagi diri saya, satu detik atau peristiwa yang mengubah mentaliti diri saya bahawa, saya boleh lakukan banyak perkara sekiranya saya berikan sepenuh perhatian dan berusaha bersungguh-sungguh, kejayaan menjejakkan kaki ke puncak Gunung Kinabalu, menyuntik semangat baru dalam diri saya, menjadikan saya bertambah yakin dalam mengharungi cabaran dan dugaan dalam…
-
Fotografi Kembara | Kenangan Di Jeti Pantai Sawangan | Kuala Penyu | Sabah
© 2015 Wazari Wazir | Jeti Pantai Sawangan Kuala Penyu Sabah Semasa menyambut Hari Raya baru-baru ini ke Sabah, saya mengambil kesempatan berkunjung ke sini. Tidak dirancang sangat pun tetapi masa tu kami sekeluarga bersama ibu mertua beraya di rumah saudara di pekan Kuala Penyu, dah alang-alang berada di sini, saya beritahu isteri saya, elok kita pergi ke Jeti Sawangan ni, dah lama tak pergi. Last time pergi tahun 2010 semasa HaiQal baru berusia 3 tahun. Cadangan saya untuk pose semula gambar yang sama di jeti tersebut, amat malang sekali bila sampai sahaja di Jeti ini, amat menyedihkan melihat keadaan Jeti yang usang dan hanya menunggu masa untuk roboh sahaja.…
-
Satu Hari Di Hari Raya | Dahulu Dan Sekarang | Kuala Penyu Sabah
© 2015 Wazari Wazir | HaiQal Di Hari Raya | (Kiri) Nikon D200 With 50 mm Lens | (Kanan) Fujifilm X100T With 23 mm Lens “A photograph never grows old. You and I change, people change all through the months and years but a photograph always remains the same. How nice to look at a photograph of mother or father taken many years ago. You see them as you remember them. But as people live on, they change completely. That is why I think a photograph can be kind.” – Albert Einstein – Gambar di atas tersebut di rakam di tempat yang sama, di tangga rumah mertua saya di kampung…