-
Trans-Siberian Railway Trip Mungkin Bukan Untuk Anda
Trans-Siberian Railway Trip mungkin tidak sesuai untuk anda. Mengapa? Kepada kaki kembara terutamanya yang meminati pengembaraan dengan menaiki kereta api, Trans-Siberian Railway mungkin menjadi idaman ataupun kemuncak kepada pengalaman mengembara dengan menaiki kereta api. Masakan tidak, trip Trans-Siberian Railway merupakan perjalanan kereta api paling panjang di dunia, iaitu sepanjang 9288KM dari MOSCOW ke VLADIVOSTOK yang mengambil masa antara enam hingga ke tujuh hari bergantung pada jenis kereta api yang kita naiki. Untuk pengetahuan semua, jarak perjalanan kereta api di Semenanjung Malaysia, bermula dari Stesen Keretapi Johor Bahru Sentral ke Stesen Keretapi Padang Besar hanyalah lebih kurang 848KM sahaja yang mengambil masa lebih kurang 11 jam atau lebih kerana kita perlu…
-
Kembara Solo Sebagai “A Rite of Passage”
“A Rite of Passage” Apa menatang “Rite of Passage” ni, tak pernah dengar pun. Pernahkah anda mendengar nama Charles-Arnold Kurr Van Gennep? Seorang Ethnographer Perancis yang lahir di Ludwigsburg German? Lagi tak pernah dengar kan? Tidak mengapa, tidak penting sangat pun, nak travel satu dunia tak wajib pun nak kenal siapa Van Gennep ni tetapi untuk menjadi seorang Backpackers andaWAJIB ke KRABI dulu. Lawakkan, tak lawak? Yer, Lawak hambar. Pernah dengar tak satu ketika dahulu kecoh di media sosial di kalangan kaki travel bila ada kaki backpacker mengatakan “Tak backpackers la kalau tak pergi Krabi Bro!” Entahlah, saya pun belum pernah sampai ke Krabi, mungkin belum layak lagi digelar “Backpackers.”…
-
Tips Dan Persediaan Untuk Mengembara Secara Solo Keliling Dunia
“The Only Impossible Journey Is The One You Never Begin.” -Tony Robbins- Hujan turun agak lebat lebat pada waktu itu, dengan kilat sabung menyabung, seolah-olah menduga-duga perasaan saya ketika itu. Seolah-olah menguji kecekalan hati saya waktu itu untuk meninggalkan anak-anak yang masih kecil dan isteri untuk tempoh yang agak lama. Bertarikh 8 Disember 2014 dan bermulalah pengembaraan solo saya yang pertama ke Rusia, sebuah negara yang saya belum pernah saya jejaki. Saya bukan mengada-adakan cerita tetapi memang begitulah keadaanya sewaktu saya melangkahkan kaki ke Stesen ERL Bandar Tasik Selatan untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA di Sepang. Sebaik selesai sahaja menunaikan solat Maghrib saya meminta isteri saya menghantar…
-
Kembara Trans-Siberian Railway | Bermulanya Sebuah Pengembaraan
© 2016 Wazari Wazir | Somewhere in Siberia | Russia Pernah tak kita menonton sebuah filem kegemaran kita baik di panggung wayang ataupun melalui DVD dan oleh kerana kita teruja dengan cerita dalam filem tersebut maka kita pun bercerita dengan kawan kita betapa hebatnya filem tersebut. Lalu kawan kita pun teringin untuk menontonnya, kita pun berilah dia pinjam DVD ataupun temankan dia untuk menonton filem tersebut bersama-sama. TETAPI, ternyata bagi kawan kita, ianya sebuah filem yang membosankan, jalan cerita yang perlahan, kurang action, sampai tersengguk-sengguk dia menahan kantuk menonton filem tersebut. Apa perasaan kita? Apa yang saya hendak sampaikan di sini ialah kita manusia mempunyai cita-rasa yang berbeza-beza, walaupun kita…
-
Kembara | Jangan Takut Untuk Keluar Mengembara
“Lakukanlah perjalanan. Karena perjalanan tidak hanya mengenalkanmu pada dunia luar, tapi juga membuatmu lebih mengenal diri sendiri. Tanpa perjalanan, kamu bisa kehilangan kesempatan untuk mengenal diri sendiri.” – Agustinus Wibowo – Rasa Takut adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan orang tidak keluar mengembara, baik bersama rakan-rakan ataupun bersendirian. Selain faktor masa, kewangan, kesihatan, masalah keluarga dan lain-lagi, tidak dapat tidak faktor rasa “TAKUT” merupakan penghalang utama kita. Ada orang yang punya wang ringgit, masa, pendek kata punya segalanya yang teringin untuk keluar mengembara tetapi terhalang oleh rasa takut mereka. Dengar berita tentang kehilangan pesawat MH370, dengan berita tentang pesawat Malasyia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, kita rasa…