• Family,  Life,  Portrait

    In Photography, Lighting Can Make or Break a Photographs

    © 2016 Wazari Wazir | My Children at Kuala Langat | 50mm Lens | f/2 Have you watch The Revenant Film? The film were shot almost entirely with natural light, I’ve watch it and wow, it was so amazing, the story were quite good but most importantly I like the way the director or the cinematographer make full use or take great advantage of the natural light. As a photographer light is our friends, some people say that photography is all about painting with light but on the other hand we must also know how to take advantage of the light, if we can. I like natural light photography or…

  • Family,  Life

    Mencari Keseimbangan Dalam Kehidupan

    © 2016 Wazari Wazir | Bersama Keluarga Di Tasik Titiwangsa Tahun baru biasanya ramai akan memasang azam baharu, sebenarnya tak perlu pun tunggu tahun baharu untuk melaukan sesuatau atau perubahan tetapi bermulanya tarikh baharu atau tahun baharu semacam lebih menarik sesuatu perancangan itu, lebih mudah meletakkan tanda aras dari kita meletakkan azam baharu bermula pada 21 September setiap tahun, macam tak berapa best jer tarikh tu kan, kecuali ianya hari istimewa kita seperti tarikh kelahiran kita, ataupun tarikh pernikahan kita atau saat kita pertama kali mengenali pasangan isteri kita. Apapun saya masih seperti dahulu, cita-cita saya tidak besar, cukup kalau dapat meninggalkan jejak kaki di serata dunia dan mengumpul sebanyak-banyak…

  • Life,  Travel

    Dengan Buku Aku Mengembara

    © 2015 Wazari Wazir | Jualan Buku-Buku Indonesia di Rumah Titi | Titiwangsa “Seseorang Itu Akan Mengikuti Agama Temannya. Maka Hendaklah Masing-masing Kamu Memperhatikan Dengan Siapa ia Berteman.” (HR. Tirmidzi) Aku memang hantu buku, sejak zaman sekolah lagi memang minat membaca, tapi bukan membaca buku-buku akademik, kalau dari dulu lagi aku minat baca buku-buku ilmiah ni, rasanya sekarang ni aku bukanlah orang yang dibelakang kamera tetapi mungkin orang yang jadi buruan lensa kamera, kalaupun bukan buruan lensa kamera, paling tidak pun antara orang-orang berjaya yang seringkali menjadi subjek sang photographer, mungkin aku yang tersilap memilih buku untuk dibaca hingga menjadi sang photographer. Anyway baru-baru ni dapat mesej facebook daripada sahabat saya…

  • Adventure,  Travel

    Kembara | Mengapa Ke Russia Semasa Musim Sejuk?

    © 2015 Wazari Wazir | Winter in Moscow Russia Pertanyaan mengapa, kenapa, seringkali ditanya bila kita membuat pilihan tentang sesuatu, ada masa dan ketikanya, ianya boleh dijawab dengan mudah, namun ada masa dan ketikanya, sebuah jawapan hanya akan mengundang lebih banyak persoalan, contoh tentang brand kamera, tentang mengapa memilih mirrorless kamera dan bukan DSLR. Soalan yang agak mudah dijawab bagi saya ialah tentang pemilihan lensa, sama ada wide angle ataupun telephoto 400 mm. Pemilihan lensa ini senang dijawab berdasarkan tugasan yang diberi, kalau kita ke Safari di Tanzania, kita perlukan telephoto kalau nak ambil gambar haiwan dari jarak jauh, kalau kita hanya bawa lensa UWA Ultra Wide Angle 14-24 mm…

  • Adventure,  Travel

    Kembara | Hidup Tanpa Cabaran Amat Membosankan

    © 2015 Wazari Wazir | Me at Izmaylovsky Market | Moscow | Russia “Hidup tanpa cabaran amat membosankan.” Kata-kata itu boleh sahaja diperdebatkan sehingga kiamat sekalipun, tetapi dalam dunia realiti, bukan semua orang sukakan cabaran. Ada orang sukakan sesuatu yang pasti, sukakan rutin harian, tidak suka rutin mereka “diganggu.” Saya pula memilih bidang Photography sebagai pekerjaan kerana saya tidak suka “rutin.” Ya, memang betul, tugas harian saya sememangnya penuh rutin iaitu mengambil gambar tetapi setiap tugasan itu berbeza, berbeza tempat, berbeza acara serta berbeza personaliti yang dirakam. Ada masanya saya mengambil gambar mesyuarat peringkat jabatan, ada masanya saya mengambil gambar mesyuarat peringkat antarabangsa, ada masanya saya mengambil gambar anak-anak kecil…