-
Kembara Rentas Russia Jalan Darat | Trans-Siberian-Railroad
© 2016 Wazari Wazir | Trans-Siberian Railroad | National Geographic Magazine | June 1998 Sekali tengok, terus saya jatuh cinta dengan cover majalah National Geographic June 1998 tu, wajah yang penuh misteri bagi saya. Sesuai dengan Russia yang penuh misteri. Dah lama saya mencari majalah ini, sebelum saya ke trip saya ke Trans-Siberia lagi. Sebelum ke sana, saya banyak buat homework atau sedikit research, saja nak cari input atau maklumat yang boleh membantu urusan saya di Russia nanti dan dalam hati terfikir jugak, takkanlah NatGeo tak perna buat liputan atau coverage tentang laluan keretapi yang dianggap antara terhebat di dunia ini. Selain membaca blog-blog pengembara yang pernah ke Russia, saya…
-
Lapan Pengembara Berkongsi Cerita, Dalam Buku Kompilasi Travelog 7 Benua
© 2016 Wazari Wazri | Kompilasi Travelog 7 Benua Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di MAEPS Serdang telahpun berakhir, namun kepada sesiapa yang belum berkesempatan untuk dapatkan buku Kompilasi Travelog 7 Benua ini, jangan bimbang, anda masih boleh dapatkannya secara terus dari saya ataupun daripada 7 penulis yang lain. Barisan penulis yang terlibat dalam perkongsian ini ialah : Badrul Hisham – Amerika Syarikat (Death Valley, California) Ida Yunus – Mongolia (Gobi Desert) Meor Farid Asyradi – China (Xining) Nazri Arshad – Vietnam (Hanoi) Nordin Yahaya – Peru (Machu Picchu) Rafiee Ghani – Maghribi (Sefrou, Fez) Siti Noridah – Pakistan (Gilgit, Chitral) Wazari Wazir – Russia (Saint Petersburg) Buku ini mengisahkan perkongsian ringkas pengalaman setiap penulis ketika mereka mengembara ataupun…
-
Bersama Barisan Penulis Buku Kompilasi Travelog 7 Benua | PBAKL 2016 MAEPS
© 2016 Wazari Wazir | (Kiri) Wazari Wazir, Moji, Prof Dr. Nordin Yahaya, Meor Farid Asyrady, Rafiee Ghani, Badrul Hisham, Siti Noridah, Ida Yunus Syukur Alhamdulillah dapat juga kami semua barisan penulis Buku Kompilasi Travelog 7 Benua, yang menyumbangkan sekelumit kisah perjalanan kami di negara orang berkumpul di hari terakhir di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di MAEPS Serdang. Sewaktu bergambar ni, dah banyak booth atau reruai ditutup, ada yang dah ditutup sejak pukul 5:30 PM Lagi. Reruai Kaki Buku A3051 antara reruia terakhir yang ditutup, ini bagi memberi peluang pemina buku travelog hadir ke reruai ini untuk bertemu dengan penulis buku Travelog 7 Benua, jiran-jiran reruai kami dah lama sampai…
-
Buku Ground Zero Dan Trans-Siberian Railway
© 2016 Wazari Wazir | Ground Zero By Agustinus Wibowo Apa kaitan buku Groud Zero dengn Trans-Siberian Railway? Actually tiada kaitan secara langsung sangat pun tetapi kerana kisah pengalaman saya yang dikongsikan di blog saya, maka buku Ground Zero, tulisan Agustinus Wibowo berada di tangan saya. Dipendekkan cerita, ada seorang pembaca dari Jakarta Indonesia, email pada saya, bertanya boleh tak beliau dapat maklumat lanjut tentang trip Trans-Siberia, kalau boleh dia nak jumpa saya, nak dapatkan maklumat lanjut, jauh jugak tu dari Jakarta nak datang Kuala Lumpur. Mulanya saya tidak membalas emailnya, lepas du, tiga kali beliau email, baru saya balas. Kemudia beliau beritahu yang dia nak jumpa saya dalam masa terdekat…
-
Kembara Trans-Siberian Railway | Bermulanya Sebuah Pengembaraan
© 2016 Wazari Wazir | Somewhere in Siberia | Russia Pernah tak kita menonton sebuah filem kegemaran kita baik di panggung wayang ataupun melalui DVD dan oleh kerana kita teruja dengan cerita dalam filem tersebut maka kita pun bercerita dengan kawan kita betapa hebatnya filem tersebut. Lalu kawan kita pun teringin untuk menontonnya, kita pun berilah dia pinjam DVD ataupun temankan dia untuk menonton filem tersebut bersama-sama. TETAPI, ternyata bagi kawan kita, ianya sebuah filem yang membosankan, jalan cerita yang perlahan, kurang action, sampai tersengguk-sengguk dia menahan kantuk menonton filem tersebut. Apa perasaan kita? Apa yang saya hendak sampaikan di sini ialah kita manusia mempunyai cita-rasa yang berbeza-beza, walaupun kita…