• Adventure,  Art,  Life,  Travel

    Kami Bukan Kaya | Kami Backpackers Berpoket Nipis

    © 2012 Azman Jumat | Melayan Penjual Cenderahati Di Tasik Dal | Kashmir | India Sedang saya bersama rakan saya Azman Jumat, meronda-ronda sekitar Dal Lake dengan shikara, tiba-tiba datang sebuah perahu kecil mendekati kami, dari jauh dah nampak, meluru laju ke arah kami. Dalam hati risau jugak, takut kena “Paw” ke apa, takut pengemudi shikara kami dah pakat panggil orang kampung untuk jadikan kami habuan atau tebusan, maklumlah pengalaman baru di sini, ianya bukan sesuatu yang kami jangkakan. Mungkin juga tak cukup research sebelum saya ke Kashmir. kami ni bukannya bawa banyak wang ringgit, datang pun dengan AirAsia bukannya Malaysia Airlines “I came from the village, I’m village people” sambil…

  • Adventure,  Travel,  Uncategorized

    Apakah Anda Seorang Pelancong Atau Pengembara?

    Tajuk di atas tu mungkin boleh buat setengah orang merasa tersentap, rileks dulu, saya bukan nak cari gaduh ke apa ke, cuma ingin menjelaskan sedikit kekeliruan sahaja. Yang pasti kita semua adalah pengembara di atas muka bumi ini dan bukannya pelancong. Sebenarnya agak menarik untuk menulis tajuk yang agak kontroversi ini, sama seperti jenama kamera manakah yang lebih bagus, Canon atau Nikon, Full Frame atau Non Full Frame atau Mirror-Less. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ; MENGEMBARA membawa maksud – Pergi ke mana-mana (dengan tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yg ditujui), bertualang, menjelajah: bertahun-tahun ia, dari sebuah negara ke negara lain. MELANCONG pula bermaksud melancong pergi melawat untuk…