-
Mencari Keseimbangan Dalam Kehidupan
© 2016 Wazari Wazir | Bersama Keluarga Di Tasik Titiwangsa Tahun baru biasanya ramai akan memasang azam baharu, sebenarnya tak perlu pun tunggu tahun baharu untuk melaukan sesuatau atau perubahan tetapi bermulanya tarikh baharu atau tahun baharu semacam lebih menarik sesuatu perancangan itu, lebih mudah meletakkan tanda aras dari kita meletakkan azam baharu bermula pada 21 September setiap tahun, macam tak berapa best jer tarikh tu kan, kecuali ianya hari istimewa kita seperti tarikh kelahiran kita, ataupun tarikh pernikahan kita atau saat kita pertama kali mengenali pasangan isteri kita. Apapun saya masih seperti dahulu, cita-cita saya tidak besar, cukup kalau dapat meninggalkan jejak kaki di serata dunia dan mengumpul sebanyak-banyak…
-
Kembara | Jadikan Impian Satu Kenyataan
Sisipan akhbar ekstra! KOSMO Ahad, April 2005 masih elok tersimpan dalam file kembara saya. Hampir sembilan tahun saya menyimpan impian, akhirnya Alhamdulillah Disember 2014 yang lalu, setahun yang lalu impian tersebut berjaya saya lakukan. Sejak zaman persekolahan lagi saya gemar menyimpan keratan-keratan akhbar tentang destinasi-destinasi menarik, biasanya saya simpan dalam file yang ada sisipan plastik warna jernih tu. Bila jumpa mana-mana artikel ataupun gabar-gambar menarik tentang sesuatu destinasi yang saya minat, saya akan ambil keratan tersebut dan masukkan dalam file tersebut. Kira berkotak-kotak jugaklah file tu di rumah saya. Masa tu saya tak berapa cukup modal hendak beli buku panduan pengembaraan seperti Lonely Planet ataupun buku-buku lain, maklumlah masih sekolah,…
-
Dengan Buku Aku Mengembara
© 2015 Wazari Wazir | Jualan Buku-Buku Indonesia di Rumah Titi | Titiwangsa “Seseorang Itu Akan Mengikuti Agama Temannya. Maka Hendaklah Masing-masing Kamu Memperhatikan Dengan Siapa ia Berteman.” (HR. Tirmidzi) Aku memang hantu buku, sejak zaman sekolah lagi memang minat membaca, tapi bukan membaca buku-buku akademik, kalau dari dulu lagi aku minat baca buku-buku ilmiah ni, rasanya sekarang ni aku bukanlah orang yang dibelakang kamera tetapi mungkin orang yang jadi buruan lensa kamera, kalaupun bukan buruan lensa kamera, paling tidak pun antara orang-orang berjaya yang seringkali menjadi subjek sang photographer, mungkin aku yang tersilap memilih buku untuk dibaca hingga menjadi sang photographer. Anyway baru-baru ni dapat mesej facebook daripada sahabat saya…
-
Turkmenistan Aku Datang
© 2015 Wazari Wazir | Turkmenistan Cultural Show | 20th Anniversary of the Neutrality of Turkmenistan, Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 20 Permanent Neutrality Turkmenistan, Pusat Kebudayaan Turkmsniatan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia teah mengadakan Minggu Kebudayaan Turkmenistan di Malaysia untuk menarik minat orang ramai berkunjung ke sana. Persembahan ini diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. (Dah Macam Nota BERITA Pulak) Mulanya saya tersalah tempat pasal sampai agak lewat sedikit, bukan lewat sangat, cuma dua tiga minit sebelum persembahan berlangsung, jadual yang saya terima dari Kementerian Pelancongan menyatakan jam 8 PM baru bermula acara, saya ingatkan biasalah di Malaysia ni, kata pukul 8 PM, 8:30 PM atau 8:45Pm baru…
-
Kembara | Perjalanan Itu Adalah Destinasinya
© 2015 Wazari Wazir | The Summit of Mount Kinabalu “Climb The Mountain Not to Plant Your Flag, But to Embrace The Challenge, Enjoy The Air and Behold The View. Climb it so You Can See The World, Not So The World Can See You.” – David McCullough – Pendakian saya ke puncak Gunung Kinabalu pada Tahun 2004, merupakan “Tipping Point” bagi diri saya, satu detik atau peristiwa yang mengubah mentaliti diri saya bahawa, saya boleh lakukan banyak perkara sekiranya saya berikan sepenuh perhatian dan berusaha bersungguh-sungguh, kejayaan menjejakkan kaki ke puncak Gunung Kinabalu, menyuntik semangat baru dalam diri saya, menjadikan saya bertambah yakin dalam mengharungi cabaran dan dugaan dalam…