-
Kembara Dan Fotografi | Merakam Gambar Pada Waktu Yang Berbeza
Kembara Dan Fotografi | Merakam Gambar Pada Waktu Yang Berbeza
-
Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 | Sultan Muhammad V | Istana Negara
© Jabatan Penerangan | Wazari Wazir | Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-15 | Istana Negara Di sini saya kongsikan sedikit gambar-gambar semasa Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-15 di Istana Negara baru-baru ini. Gambar yang saya kongsikan di sini tidak mengikut turutan. Kali ini giliran Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-15, manakala Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah turut melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Sultan Muhammad V, menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai yang di-Pertuan Agong Ke-14 kelmarin, 12 Disember 2016. Gambar yang…
-
Tips Photography Gambar Keluarga Menggunakan Lensa 50mm
© 2016 Wazari Wazir | Family Photography at Wooden Bridge Rasanya agak lama juga saya tidak berkongsi tips photography di sini, bukan apa, blog ni pun dah agak lama, dan dah macam-macam tips saya kongsikan di sini. Kepada yang dah lama follow saya di blog ni mungkin dah baca macam-macam tips dan ada antaranya tips yang sama, cuma disampaikan dalam cara yang berbeza sedikit. Apapun di sini saya ingin kongsikan tips photography ambil gambar group photo, terutamanya gambar keluarga ataupun group photo kumpulan yang kecil yang mana kita inginkan background belakang blur atau kabur, dengan menggunakan Aperture Besar. Walaupun tajuk blog post ni menggunakan lensa 50mm, tetapi kalau kita hendak…
-
Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-59
© 2016 Wazari Wazir | Department of Information Malaysia | 59th National Day Celebrations | Kuala Lumpur Seawal jam 7 AM pagi lagi saya dah terpacak di hadapan pentas VVVIP ni, mulanya saya dah rasa cuak juga sebab waktu sampi di sini, hujan mulai turun, silap saya juga tidak buat preparation, lupa nak bawa plastik untuk cover kamera saya, in case hujan lebat. Alhamdulillah dalam pukul 7:30 AM hujan mula reda tetapi sepanjang majlis berlangsung suasana agak mendung. Walaupun sudut pandang atau posisi saya kali ini berhadapan pentas VVVIP tetapi tidak menjanjikan view yang menarik, salah satu sebab ialah tiada disediakan platform ataupun tangga kambing, so sudut pandang agak mendatar.…
-
Fotografi | Ada Apa Dengan Sekeping Gambar
© 2016 Wazari Wazir | A Moment to Remember Semenjak kebelakangan ini saya agak sibuk sedikit sehingga kurang masa untuk menulis di sini. Bukan tiada bahan, cukup banyak sebenarnya bahan untuk ditulis, cerita Trans-Siberia pun belum habis lagi, itu tak termasuk dengan tugas-tugas hakiki di jabatan. Salah satu sebabnya ialah agak sibuk menguruskan hal anak-anak saya. Isteri saya agak kena tahan di wad hospital agak lama, jadi saya dan anak-anak tinggal di rumah ibu saya di Sungai Besi, ulang – alik ke Putrajaya dengan ERL dan juga menggunakan bas untuk hantar anak saya HaiQal ke sekolah. Kalau hendak cerita memang agak rumit juga nak menguruskan itu ini, tetapi rasanya tak…