-
Jalan-Jalan di Bukit Jugra | Kuala Langat
© 2016 Wazari Wazir | Bukit Jugra | Road Trip Sempena cuti Hari Wilayah ni, tak tahu nak ke mana, kami sekeluarga pun jalan-jalan Bukit Jugra, selama ni tak pernah sampai pun, hanya pernah dengar nama dan tengok gambar sahaja. Bukit Jugra ni kalau nak diikutkan besar sejarahnya untuk rakyat Selangor, semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad, yang memerintah dari tahun 1859-1898, Bukit Jugra pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor. Selain daripada itu, Bukit Jugra juga terkenal dengan rumah apinya dan sejak kebelakangan ini Bukit Jugra ini cukup popular dengan peminat sukan paragliding. Cuma semasa kami ke sini, tak nampak pun kelibat paragliding kat sini, kami bercuti tetapi warga Selangor bekerja, so tak…
-
Kehidupan Ini Adalah Sebuah Pengembaraan | Kuala Langat
© 2016 Wazari Wazir | My Family at Kuala Langat Kehidupan ini sememangnya adalah sebuah pengembaraan, sama ada kita memilih untuk kekal hidup hingga akhir hayat di tanah kelahiran kita, ataupun keluar jauh meninggalkan keluarga yang membesarkan kita untuk hidup sendiri. Saya dibesarkan di Sungai Besi, mengenal A,B,C dan Alif, Ba, Ta di sana. Satu ketika dahulu Sungai Besi tu boleh dikatakan Kampung juga pasal agak jauh dari Kuala Lumpur, di kawasan saya tinggal banyak rumah-rumah kampung yang berdindingakan papan lapis dan beratap zinc. Kini kampung tersebut telah membangun, dah ada ERL, LRT, Komuter dan telah didirikan Stesen bas yang hampir menyerupai terminal lapangan kapal terbang iaitu Terminal Bersepadu Selatan…
-
Back To School
© 2015 Wazari Wazir | Inside The Classroom “It is The Supreme Art of The Teacher to Awaken Joy in Creative Expression and Knowledge.” – Albert Einstein – Quite busy these past few days, my eldest son, HaiQal start his new year in a new school and my little Raphael and Arianna has starting going to kindergarten. As usual I bring along my camera but did not take much photographs, just wanted to delve into the moment more than busy clicking shutter here and there. Kids nowadays are very lucky especially in urban areas where their parents manage to capture their first day in school in photographs, it doesn’t matter whether by camera phone or…
-
Mencari Keseimbangan Dalam Kehidupan
© 2016 Wazari Wazir | Bersama Keluarga Di Tasik Titiwangsa Tahun baru biasanya ramai akan memasang azam baharu, sebenarnya tak perlu pun tunggu tahun baharu untuk melaukan sesuatau atau perubahan tetapi bermulanya tarikh baharu atau tahun baharu semacam lebih menarik sesuatu perancangan itu, lebih mudah meletakkan tanda aras dari kita meletakkan azam baharu bermula pada 21 September setiap tahun, macam tak berapa best jer tarikh tu kan, kecuali ianya hari istimewa kita seperti tarikh kelahiran kita, ataupun tarikh pernikahan kita atau saat kita pertama kali mengenali pasangan isteri kita. Apapun saya masih seperti dahulu, cita-cita saya tidak besar, cukup kalau dapat meninggalkan jejak kaki di serata dunia dan mengumpul sebanyak-banyak…
-
Kembara | Jadikan Impian Satu Kenyataan
Sisipan akhbar ekstra! KOSMO Ahad, April 2005 masih elok tersimpan dalam file kembara saya. Hampir sembilan tahun saya menyimpan impian, akhirnya Alhamdulillah Disember 2014 yang lalu, setahun yang lalu impian tersebut berjaya saya lakukan. Sejak zaman persekolahan lagi saya gemar menyimpan keratan-keratan akhbar tentang destinasi-destinasi menarik, biasanya saya simpan dalam file yang ada sisipan plastik warna jernih tu. Bila jumpa mana-mana artikel ataupun gabar-gambar menarik tentang sesuatu destinasi yang saya minat, saya akan ambil keratan tersebut dan masukkan dalam file tersebut. Kira berkotak-kotak jugaklah file tu di rumah saya. Masa tu saya tak berapa cukup modal hendak beli buku panduan pengembaraan seperti Lonely Planet ataupun buku-buku lain, maklumlah masih sekolah,…