-
Keberangkatan Balik SPB Yang di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong | Bunga Raya
© 2016 Wazari Wazir | Keberangkatan Balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong | KLIA Hampir nak bersawang dah blog ni, almaklumlah busy yang melampau, bukannya dah tiada cerita hendak dituliskan tetapi terlalu banyak yang hendak dicoretkan tetapi kekangan masa. Untuk dipendekkan cerita, memandangkan kini orang lebih gemar membaca headline atau tajuk sesuatu blog daripada intipati cerita, saya terus kepada cerita. Di atas ini saya kongsikan sedikit gambar-gambar rakaman semasa Keberangkatan Balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong di Komplkes Bunga Raya baru-baru ini. Kompleks Bunga Raya ini letaknya tidak jauh dari terminal utama KLIA1, dari pintu utama KLIA1, jaraknya…
-
Tips Photography Gambar Keluarga Menggunakan Lensa 50mm
© 2016 Wazari Wazir | Family Photography at Wooden Bridge Rasanya agak lama juga saya tidak berkongsi tips photography di sini, bukan apa, blog ni pun dah agak lama, dan dah macam-macam tips saya kongsikan di sini. Kepada yang dah lama follow saya di blog ni mungkin dah baca macam-macam tips dan ada antaranya tips yang sama, cuma disampaikan dalam cara yang berbeza sedikit. Apapun di sini saya ingin kongsikan tips photography ambil gambar group photo, terutamanya gambar keluarga ataupun group photo kumpulan yang kecil yang mana kita inginkan background belakang blur atau kabur, dengan menggunakan Aperture Besar. Walaupun tajuk blog post ni menggunakan lensa 50mm, tetapi kalau kita hendak…
-
Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-59
© 2016 Wazari Wazir | Department of Information Malaysia | 59th National Day Celebrations | Kuala Lumpur Seawal jam 7 AM pagi lagi saya dah terpacak di hadapan pentas VVVIP ni, mulanya saya dah rasa cuak juga sebab waktu sampi di sini, hujan mulai turun, silap saya juga tidak buat preparation, lupa nak bawa plastik untuk cover kamera saya, in case hujan lebat. Alhamdulillah dalam pukul 7:30 AM hujan mula reda tetapi sepanjang majlis berlangsung suasana agak mendung. Walaupun sudut pandang atau posisi saya kali ini berhadapan pentas VVVIP tetapi tidak menjanjikan view yang menarik, salah satu sebab ialah tiada disediakan platform ataupun tangga kambing, so sudut pandang agak mendatar.…
-
Jalan-Jalan Cari Teenage Mutant Ninja Turtles di Kuala Lumpur
© 2016 Wazari Wazir | Teenage Mutant Ninja Turtles di Kuala Lumpur | Malaysia Minggu lepas semasa sedang membaca akhbar The Star ternampak gambar action figure Teenage Mutant Ninja Turtles ni di depan Pavilion Kuala Lumpur. Nampak macam menarik je. Kebetulan kami berada di KLCC, ambil kesempatan untuk ke Pavilion. Salah satu sebab, nama anak saya sama seperti watak salah seorang action figure tersebut iaitu Raphael. Saya bukan peminat tegar filem TMNT ni tetapi dah selalu sangat ke KLCC, elok berubah angin sikit, bukan ada nak shopping apa pun sini, kalau ada pun yang saya shopping ialah membeli sebuah akhbar dan belanja makan anak-anak beranak sahaja, nak shopping benda lain…
-
Lapan Pengembara Berkongsi Cerita, Dalam Buku Kompilasi Travelog 7 Benua
© 2016 Wazari Wazri | Kompilasi Travelog 7 Benua Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di MAEPS Serdang telahpun berakhir, namun kepada sesiapa yang belum berkesempatan untuk dapatkan buku Kompilasi Travelog 7 Benua ini, jangan bimbang, anda masih boleh dapatkannya secara terus dari saya ataupun daripada 7 penulis yang lain. Barisan penulis yang terlibat dalam perkongsian ini ialah : Badrul Hisham – Amerika Syarikat (Death Valley, California) Ida Yunus – Mongolia (Gobi Desert) Meor Farid Asyradi – China (Xining) Nazri Arshad – Vietnam (Hanoi) Nordin Yahaya – Peru (Machu Picchu) Rafiee Ghani – Maghribi (Sefrou, Fez) Siti Noridah – Pakistan (Gilgit, Chitral) Wazari Wazir – Russia (Saint Petersburg) Buku ini mengisahkan perkongsian ringkas pengalaman setiap penulis ketika mereka mengembara ataupun…