-
Steel Wool Photography Tips | Batu Laut | Banting
STEEL WOOL PHOTOGRAPHY : Dalam Bahasa Melayu saya tidak tahu apa gelarannya, kalau hendak diikutkan “Steel Wool” ini seperti “Benang Besi.” Wool ni pula biasanya orang kaitkan dengan bulu kambing biri-biri. Unruk mudah faham tanpa pening kepala kita panggil “Steel Wool Photography” sahaja cukup. Panjang sangat mukaddimah pun tak memberi erti apa-apa pun. Dipendekkan cerita untuk menghasilkan “Steel Wool Photography” yang mana hasilnya seperti gambar di atas bukanlah sesuatu yang sukar, kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba, boleh cuba. Steel Wool Photography ini bukanlah perkara atau teknik baharu dalam bidang photography, dah lama dah orang gunakan, sejak zaman filem lagi, cuma ada yang suka, dan ada yang tak suka,…
-
Megapakah Jurufoto Menggunakan Lensa Telephoto Yang Besar, Berat Dan Panjang?
Artikel ini saya tujukan kepada adik kakak yang masih lagi dibangku sekolah, yang masih belum mengenali bidang photography ini secara mendalam, terutamanya kepada adik kakak di bangku sekolah menengah yang kemungkinan terlihat subjek ataupun topik tentang kerjaya jurufoto dalam buku teks mereka, dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 (KSSM) Secara tepatnya. Kepada Abang Kakak yang dah berstatus otai dalam bidang fotografi ni, abaikan saja artikel ini, jangan buang masa berharga anda, lebih baik melepak di kedai kopi sambil layan facebook atau whatsapp. Untuk tidak membuang masa lagi, mari kita teruskan dengan pembelajaran. Pernahkah adik-adik terlihat jurufoto membawa lensa yang besar gedabak, panjang dan kelihatan macam berat sangat sampai terpaksa…
-
Benarkah Dunia Sudah Tidak Lagi Selamat?
© 2014 Wazari Wazir | Kiev Ukraine Baru-baru ini kita digemparkan dengan kejadian letupan bom bunuh di Lapangan Terbang Ataturk Istanbul Turki (29 Jun 2016), yang mana mengorbankan berpuluh-puluh orang. Kalau hendak diikutkan kejadian letupan bom di Turki bukanlah perkara baru, sentiasa ada, walaupun mungkin tidak sekerap yang berlaku di Afghanistan, Iraq, Palestine ataupun di Pakistan selain Syria yang dihujani peluru hampir setiap hari. Ramai juga yang berkata dunia hari ini sudah tidak selamat lagu, really? Saya tidak fikir begitu, sejak zaman Nabi Adam lagi telah berlakunya pertumpahan darah, dan beribu-ribu tahun dahulupun manusia sering berperang sana sini untuk meluaskan kuasa mereka, cuma kita hanya mengetahuinya melalui buku-buku sejarah.…
-
Tips Kembara | Tips Dapatkan Harga Murah Untuk Tiket Kapal Terbang
© 2012 Wazari Wazir | Kembara Ke Kashmir | India © 2012 Wazari Wazir | Dal Lake Kashmir | India © 2015 Skyscanner App | Step A © 2015 Skyscanner App | Step B Ada orang kata, hanya orang kaya sahaja yang mampu kembara sana sini, terbang sana sini, hakikatnya tidak sebegitu. Saya biasa travel dan kebanyakan orang atau traveler yang saya jumpa bukanlah mereka-mereka yang bertaraf jutawan atau anak-anak jutawan, kebanyakan yang saya jumpa adalah orang biasa-biasa yang memiliki pekerjaan biasa-biasa tetapi mempunyai keiinginan untuk melihat dunia dengan kaca mata sendiri dan bukannya melalui apa yang mereka lihat dan dengar sama ada melaui kaca TV ataupun di laman-laman sesawang…
-
Photojournalist Covering The Arrival Ceremony of Malaysia Airlines MH17 Victims
© 2014 Wazari Wazir | The Photographers At Bunga Raya Complex KLIA Waiting For The Special Aircraft © 2014 Nazri Rapaai | The Photographers Covering The Arrival Ceremony of Malaysia Airlines #MH17 Victims KLIA © 2014 Wazari Wazir | The Photographers Covering The Arrival Ceremony of Malaysia Airlines MH17 Victims at KLIA Another hectic schedules for me and my colleague here in Malaysia on 22nd August 2014, covering the arrival of the first 20 bodies of Malaysian MH17 victims here in Malaysia. This is The first repatriation of victims from Malaysia Airlines Flight 17 to the country, our government has urged people to wear black and observe a minute of silence and…