-
Tips Fotografi Kembara | Persediaan Sebelum Merakam Gambar
Artikel tentang pengelaman serta persediaan saya ketika merakam moment matahari naik di celah-celah Menara Berkembar Petronas ada disiarkan di dalam Akhbar WILAYAHKU edisi bulan Oktober 2019 dalam ruangan Lensa. “You don’t get lucky while sitting in the sofa with arms crossed doing nothing. You can be lucky only when you are prepared.” – Nesta Jojoe Erskine – WOW!!!, memang luck kau dapat ambil gambar matahari naik di tengah-tengah Menara Berkembar Petronas tu, untung kau. Kepada yang tidak tahu, mungkin mereka akan kata “Luck” tetapi kepada yang tahu, yes, luck tu ada juga kebenarannya, cuma mungkin dari segi Visibility, dari segi Clarity, warna dan juga faktor cuaca. Tetapi sebenarnya ada yang…
-
Mengejar “Ghost Train” Di Kuala Krai Kelantan | Bahagian 1
GHOST TRAIN, mengapa saya menggunakan nama “Ghost Train?” Misi sebenar saya bukanlah mengejar Ghost Train, ataupun kereta api hantu, tetapi adalah personel assignment untuk merakam sendiri suasana pelajar-pelajar di Kelantan terutamanya di Daerah Kuala Krai yang menggunakan perkhidmatan kereta api untuk berulang alik ke sekolah. Bila saya dah sampai di Kuala Gris baru saya tahu mengapa mereka menaiki kereta api ke sekolah kerana di Kuala Gris tiada sekolah menengah, yang ada hanya di Dabong. Saya tertarik dengan sebuah gambar yang saya terlihat di internet, saya pun tidak berapa ingat apa yang sebenarnya saya cari pada waktu itu tetapi imej beberapa pelajar sekolah sedang berjalan kaki di landasan kereta api dengan…
-
Kembara | Hidup Adalah Satu Perjalanan
Apa yang kita cari dalam hidup ini mungkin tidak akan pernah sama dengan orang lain, ada yang matlamatnya untuk mengumpul sebanyak-banyak harta dalam hidup, ada pula yang ingin mengumpul sebanyak-banyak ilmu pengetahuan, ada pula yang ingin mengumpul pengalaman hidup. Apa yang kita cari terpulang kepada kita, tiada salahnya pilihan kita asalkan tidak menyusahkan hidup orang lain dan kepada kita yang beragama Islam, tidak lari atau menyalahi tuntutan agama, maka carilah apa yang kita hendak cari. Gambar-gambar di atas saya rakam semasa trip perjalanan berkereta api Trans-Java merentas kepualaun Jawa menggunakan perkhidmatan kereta api bermula dai Jakarta dan berakhir di Banyuwangi. Hidup ini sememangnya adalah satu perjalanan, walaupun hanya berkereta api…
-
Megapakah Jurufoto Menggunakan Lensa Telephoto Yang Besar, Berat Dan Panjang?
Artikel ini saya tujukan kepada adik kakak yang masih lagi dibangku sekolah, yang masih belum mengenali bidang photography ini secara mendalam, terutamanya kepada adik kakak di bangku sekolah menengah yang kemungkinan terlihat subjek ataupun topik tentang kerjaya jurufoto dalam buku teks mereka, dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 (KSSM) Secara tepatnya. Kepada Abang Kakak yang dah berstatus otai dalam bidang fotografi ni, abaikan saja artikel ini, jangan buang masa berharga anda, lebih baik melepak di kedai kopi sambil layan facebook atau whatsapp. Untuk tidak membuang masa lagi, mari kita teruskan dengan pembelajaran. Pernahkah adik-adik terlihat jurufoto membawa lensa yang besar gedabak, panjang dan kelihatan macam berat sangat sampai terpaksa…
-
Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 | Sultan Muhammad V | Istana Negara
© Jabatan Penerangan | Wazari Wazir | Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-15 | Istana Negara Di sini saya kongsikan sedikit gambar-gambar semasa Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-15 di Istana Negara baru-baru ini. Gambar yang saya kongsikan di sini tidak mengikut turutan. Kali ini giliran Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-15, manakala Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah turut melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Sultan Muhammad V, menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai yang di-Pertuan Agong Ke-14 kelmarin, 12 Disember 2016. Gambar yang…