• Adventure,  Travel

    Istanbul Aku Datang | Pengangkutan Awam di Istanbul

    © 2012 Wazari Wazir | Istanbul Aku Datang | Golden Horn Rasanya dah banyak tulisan saya tentang Istanbul dalam blog ini, cuma ianya tidak tersusun, salah satu sebab ialah, blog saya ni bukannya blog pengembaraan, dan saya tidak mahir untuk menulis tentang catatan perjalanan saya secara terperinci, blog ini lebih kepada apa sahaja yang bersangkut paut dengan photography, jadi saya harap tiada yang marah andaikata ada artikel saya yang “tergantung tidak bertali”, masa saya cukup terhad, belum sempat nak kumpul cebisan memori-memori perjalanan saya, saya dah terbang lagi, jadi maafkanlah saya andaikata cerita saya tidak pernah habis. Apapun di sini saya nak tumpukan pada kemudahan pengangkutan awam di sekitar Istanbul…