-
TIPS FOTOGRAFI | MENGGUNAKAN LENSA TELEPHOTO UNTUK GAMBAR PEMANDANGAN, LANDSCAPE PHOTOGRAPHY
Bila kita bercakap tentang gambar pemandangan ataupun landscape photography, lensa yang biasa digunakan adalah wide angle ataupun lensa sudut luas. Sebabnya mudah pemandangan itu adalah sesuatu yang besar, meliputi kawasan yang luas, seluas mata memandang orang kata. Amat jarang kita lihat landscape photographer membawa Lensa 400mm atau 600mm ketika outing, kebiasaanya lensa yang dibawa adalah dalam range atau lingkungan 10mm hinga 35mm. Sebabnya ialah, seboleh-bolehnya seorang landscape photographer ingin memasukkan seberapa banyak elemen ke dalam gambar, contoh gunung ganang yang luas terbentang ataupun padang ragut yang luas dengan ratusan biri-biri atau haiwan liar. Tetapi pernahkah anda melihat gambar di Afrika, iaitu gambar di Safari di mana kelihatan sekawan zirafah yang…
-
KEMBARA DI MUNCAR BANYUWANGI | INDONESIA
Mulanya saya nak tulis tajuk Kembara Fotografi di Muncar Banyuwangi, tetapi memandangkan gambar yang dirakam di sini tidak banyak mana, tambahan pula ini memang bukan trip fotografi, jadi saya tukar tajuk. Banyuwangi merupakan destinasi akhir perjalanan Kembara Trans-Java saya sebelum ke Surabaya dan pulang ke Malaysia. Di kalangan pelancong, Banyuwangi kurang popular kecuali untuk mereka yang ingin ke Gunung Raung ataupun untuk ke Kawah Ijen, cuma kawasan perkampungan yng saya kunjusngi ini mungkin lagi kurang dikenali para pelancong, tetapi daerah kampung nelayan Muncar ini cukup terkenal dengan Pesta Petik Laut Banyuwangi. Petik Laut ialah sebuah pesta atu mungkin boleh juga dikatakan sebuah Ritual khususnya buat para Nelayan di Kampung…