• Adventure,  Life,  Travel

    Kembara | Hidup Adalah Satu Perjalanan

    Apa yang kita cari dalam hidup ini mungkin tidak akan pernah sama dengan orang lain, ada yang matlamatnya untuk mengumpul sebanyak-banyak harta dalam hidup, ada pula yang ingin mengumpul sebanyak-banyak ilmu pengetahuan, ada pula yang ingin mengumpul pengalaman hidup. Apa yang kita cari terpulang kepada kita, tiada salahnya pilihan kita asalkan tidak menyusahkan hidup orang lain dan kepada kita yang beragama Islam, tidak lari atau menyalahi tuntutan agama, maka carilah apa yang kita hendak cari. Gambar-gambar di atas saya rakam semasa trip perjalanan berkereta api Trans-Java merentas kepualaun Jawa menggunakan perkhidmatan kereta api bermula dai Jakarta dan berakhir di Banyuwangi. Hidup ini sememangnya adalah satu perjalanan, walaupun hanya berkereta api…

  • Adventure,  Travel

    Istanbul Aku Datang | Tips Kembara Di Istanbul Turki

    Dengan kemunculan filem terbaru lakonan pelakon jelita Lisa Surihani bertajuk “Istanbul Aku Datang” sedikit sebanyak pastinya akan menarik ramai rakyat Malaysia yang kaki travel untuk berkunjung ke sana, tetapi tanpa kehadiran filem tersebut, Istanbul dari dahulu lagi merupakan salah  satu lokasi pelancongan terkemuka di dunia. Di sini kita boleh melihat pertembungan antara Asia dan Barat. Saya dapat banyak email yang bertanyakan tentang kos mengembara ke Istanbul, saya hanya boleh kongsikan sedikit pengalaman saya di sana secara kasar dan tidak terlalu terperinci, sebabnya, masa saya amat terhad. Untuk permulaan sebagai rakyat Malaysia kita amat bertuah kerana kita tidak perlukan Visa untuk melancong ke Turki untuk tempoh sehingga sembilan puluh hari. Saya mengembara…