-
Berbuka Puasa di Dataran Merdeka Kuala Lumpur | Iftar at Kuala Lumpur 2015
Sesekali berbuka puasa beramai-ramai di tempat terbuka sebegini sememangnya menyeronokkan, disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, kepada peminat fotografi juga boleh merakam sebahagian peristiwa menarik yang berlangsung di bulan Ramadan khususnya di Kuala Lumpur. Ini adalah tahun keempat Festival Ramadan ini berlangsung di Kuala Lumpur, program ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di bawah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Dahulunya program ini dikenali sebagai “Jom Buka Puasa.” Kini program ini diberi nama IFTAR@KL2015. Program berbuka puasa di Dataran Merdeka ini berlangsung pada 20, 21, 27 dan 28 Jun sehingga 4, 5, 11 dan 12 Julai ini (Setiap Sabtu dan Ahad) di Jalan Raja, Kuala Lumpur (berhadapan bangunan Sultan Abdul Samad). Orang ramai…