-
Amalkan Gaya Hidup Sihat | Bersenam Di Taman Tasik Titiwangsa
Sebelum mengomel lebih panjang lagi, saya nak beritahu bahawa artikel ini bukanlah kempen berbayar dari Kementerian Kesihatan Malaysia, tiada sebarang kaitan dengan Kementerian tersebut. Saya cuma nak kongsikan aktiviti hujung minggu saya bersama keluarga di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Semenjak awal tahun ini, kami sekeluarga sering memulakan aktiviti hujung minggu kami dengan berjogging di sekitar taman-taman rekreasi yang terdapat di Kuala Lumpur, seperti di Taman Tasik Titiwangsa, Taman Botani Perdana (Dulunya Taman Tasik Perdana), Taman Tasik Permaisuri, Taman KLCC dan Juga di Taman Rekreasi di Bukit Jalil. Kami selang selikan lokasi bersenam kami untuk mengelakkan kebosanan, tetapi my favorite ialah di Taman Tasik Titiwangsa, agak meriah dengan orang ramai…