-
Tips Photography Merakam Gambar Hari Jadi | Upacara Meniup Lilin
© 2016 Wazari Wazir | Selamat Hari Ulang Tahun HaiQal | ISO 2000 | f/5 | 1/40 Setiap kali Hari Ulang Tahun anak saya, mesti saya cuba ambil gambar meniup lilin. Kalau kita baca di internet mesti macam-macam versi orang bercerita pasal meniup lilin ni, bukan acara kita, bukan amalan Islam, itu ini dan sebagainya, ya memang betul cuma, saya buat ni, senang cerita for the sake of photography, pasal nampak cantik dengan available light yang ada pada lilin tersebut menerangi wajah anak-anak saya. Tiada sambutan apapun, hanya kami sekeluarga sahaja anak beranak, ditemani ibu mertua saya serta adik ipar saya, dalam gambar ni tak nampak sebab saya hanya ambil…
-
Benarkah Dunia Sudah Tidak Lagi Selamat?
© 2014 Wazari Wazir | Kiev Ukraine Baru-baru ini kita digemparkan dengan kejadian letupan bom bunuh di Lapangan Terbang Ataturk Istanbul Turki (29 Jun 2016), yang mana mengorbankan berpuluh-puluh orang. Kalau hendak diikutkan kejadian letupan bom di Turki bukanlah perkara baru, sentiasa ada, walaupun mungkin tidak sekerap yang berlaku di Afghanistan, Iraq, Palestine ataupun di Pakistan selain Syria yang dihujani peluru hampir setiap hari. Ramai juga yang berkata dunia hari ini sudah tidak selamat lagu, really? Saya tidak fikir begitu, sejak zaman Nabi Adam lagi telah berlakunya pertumpahan darah, dan beribu-ribu tahun dahulupun manusia sering berperang sana sini untuk meluaskan kuasa mereka, cuma kita hanya mengetahuinya melalui buku-buku sejarah.…
-
Selamat Ulang Tahun Buat Raphael
© 2016 Wazari Wazir | Happy Birthday Raphael Masa cukup pantas berlalu, kini Raphael telah genap usia 5 tahun pada 7 Jun ini, Syukur Alhamdulillah. Kami memang tidak pernah buat majlis sambutan Hari Jadi untuk mana-mana anak-anak kami, hanya disambut bersama keluarga sahaja. Beli kek, potong kek, tiup lilin tak lebih sebagai kenangan terutamanya dalam bentuk photography. Seperti kebiasaan, sebelum memotong kek, kami akan tutup lampu dahulu dan rakam gambar hanya dengan diterangi cahaya lilin sahaja, baru nampak dramatik sikit berbanding dengan suasana yang terang benderang, lepas ambil gambar, pasang lampu, potong kek dan makan seadanya. Gambar dirakam secara self-timer, kamera diletakkan di atas tripod. Beli kek pun separuh, bukan pasal…
-
Jalan-Jalan Cari Teenage Mutant Ninja Turtles di Kuala Lumpur
© 2016 Wazari Wazir | Teenage Mutant Ninja Turtles di Kuala Lumpur | Malaysia Minggu lepas semasa sedang membaca akhbar The Star ternampak gambar action figure Teenage Mutant Ninja Turtles ni di depan Pavilion Kuala Lumpur. Nampak macam menarik je. Kebetulan kami berada di KLCC, ambil kesempatan untuk ke Pavilion. Salah satu sebab, nama anak saya sama seperti watak salah seorang action figure tersebut iaitu Raphael. Saya bukan peminat tegar filem TMNT ni tetapi dah selalu sangat ke KLCC, elok berubah angin sikit, bukan ada nak shopping apa pun sini, kalau ada pun yang saya shopping ialah membeli sebuah akhbar dan belanja makan anak-anak beranak sahaja, nak shopping benda lain…
-
Kembara Rentas Russia Jalan Darat | Trans-Siberian-Railroad
© 2016 Wazari Wazir | Trans-Siberian Railroad | National Geographic Magazine | June 1998 Sekali tengok, terus saya jatuh cinta dengan cover majalah National Geographic June 1998 tu, wajah yang penuh misteri bagi saya. Sesuai dengan Russia yang penuh misteri. Dah lama saya mencari majalah ini, sebelum saya ke trip saya ke Trans-Siberia lagi. Sebelum ke sana, saya banyak buat homework atau sedikit research, saja nak cari input atau maklumat yang boleh membantu urusan saya di Russia nanti dan dalam hati terfikir jugak, takkanlah NatGeo tak perna buat liputan atau coverage tentang laluan keretapi yang dianggap antara terhebat di dunia ini. Selain membaca blog-blog pengembara yang pernah ke Russia, saya…