-
Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2015 | Dataran Merdeka | Kuala Lumpur
Sekadar berkongsi sedikit gambar-gambar semasa liputan Istiadat Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2015 di Dataran Merdeka, tak banyak gambar yang saya rakam sebenarnya pasal event ini hanya berlangsung lebih kurang satu jam sebaik ketibaan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada tepat jam 8:30 am dan lebih kurang 9:30 am majlis selesai. Sedikit perbezaan tahun ini berbanding sambutan tahun sebelumnya ialah kali ini kehadiran Timbalan Perdana Menteri yang baharu iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Selain daripada itu sambutan kali ini juga turut diserikan dengan persembahan pentomen mengenai serangan Balai Polis Kuala Krau, Pahang pada 26 Jun 1948 dan juga pentomen kisah ASP Mohd Zabri Abdul Hamid dari Platun 69 Komando yang berjuang…
-
Foto Kembara | Ini Bario, Bukan Disneyland
“Apa pasal la Boss aku bagi assignment kat Bario ni, tempat Jin bertendang, kenapalah aku tak dapat assignment di London ke, Paris ke atau Disneyland, kan best” terdengar keluhan seorang wartawan muda sewaktu kami baru nak masuk ke hostel penginapan kami di Bario Sarawak. Tiada penginapan hotel lima bintang, tiga bintang ataupun satu bintang di sini, yang ada hanyalah hostel ataupun homestay sahaja. Mungkin juga ini kali pertama wartawan tersebut tinggal di homestay. Dalam hati, aku berkata, mungkin wartawan tersebut merasakan bahawa beliau di hukum atau didera dengan diberi assignment hujung dunia macam ni, saya pernah berassignmnet di luar negara, dan kebanyakan wartawan yang membuat liputan di luar negara adalahterdiri…
-
Kursus Foto Kembara Oleh Saiful Nang di Muzium Kesenian Islam | Kuala Lumpur
© 2015 Wazari Wazir | Kursus Foto Kembara oleh Saiful Nang | Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur Dalam dunia Fotografi di Malaysia ni, bila sebut sahaja nama Saiful Nang pasti mengundang seribu macam kontroversi. Ada yang suka dan ada yang tak suka, sama jugak macam saya, bukan semua pendapat atau status yang kerapkali beliau lontarkan terutamanya di facebook itu saya bersetuju, ada juga yang saya tak setuju. Apapun saya bukannya nak kongsikan tentang kontroversi tersebut, saya cuma nak kongsikan sedikit ilmu atau pengalaman saya ketika hadir di Kurusu Fotografi anjuran Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur yang mana topik yang dibentangkan oleh Saiful Nang ialah mengenai Foto Kembara. Ayat Kembara atau Travel…
-
Satu Hari Di Hari Raya | Dahulu Dan Sekarang | Kuala Penyu Sabah
© 2015 Wazari Wazir | HaiQal Di Hari Raya | (Kiri) Nikon D200 With 50 mm Lens | (Kanan) Fujifilm X100T With 23 mm Lens “A photograph never grows old. You and I change, people change all through the months and years but a photograph always remains the same. How nice to look at a photograph of mother or father taken many years ago. You see them as you remember them. But as people live on, they change completely. That is why I think a photograph can be kind.” – Albert Einstein – Gambar di atas tersebut di rakam di tempat yang sama, di tangga rumah mertua saya di kampung…
-
Photography | Mengapa Anda Harus Hasilkan Photo Book Peribadi?
“Think about the importance of actually making a record of your own world, your friends and family. There’s no guarantee that someone else will do it if you won’t. With time, with the passing of people, with the growing up of children, with change, these images become priceless” – Mitchell Kanashkevich – Syukur Alhamdulillah, personal photo book terbaru saya (ini yang ke lima) telah selamat tiba di tangan saya pada hari ini 8 Julai 2015. Sepuluh hari lepas order, dah sampai di tangan. Bila dapat notification email yang mengatakan bahawa buku saya telah di hantar ataupun “Your Book Order Has Been Shipped,” hampir setiap hari ataupun dalam sehari…