Travel
-
Apakah Anda Seorang Pelancong Atau Pengembara?
Tajuk di atas tu mungkin boleh buat setengah orang merasa tersentap, rileks dulu, saya bukan nak cari gaduh ke apa ke, cuma ingin menjelaskan sedikit kekeliruan sahaja. Yang pasti kita semua adalah pengembara di atas muka bumi ini dan bukannya pelancong. Sebenarnya agak menarik untuk menulis tajuk yang agak kontroversi ini, sama seperti jenama kamera manakah yang lebih bagus, Canon atau Nikon, Full Frame atau Non Full Frame atau Mirror-Less. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ; MENGEMBARA membawa maksud – Pergi ke mana-mana (dengan tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yg ditujui), bertualang, menjelajah: bertahun-tahun ia, dari sebuah negara ke negara lain. MELANCONG pula bermaksud melancong pergi melawat untuk…
-
Kembara | Pengembaraan Bukanlah Satu Perlumbaan
© 2010 Wazari Wazir | Kembara India 2010 | Taj Mahal | Traveling By Train “Aku Pengembara, Kau Pelancong, “I’m a Traveler and You are Tourist.” Perdebatan tentang topik ini hangat diperkatakan sama macam dalam bidang fotografi, perdebatan antara RAW format dan JPEG format, perdebatan antara Full Frame Camera dan Non Fulll Frame serta yang terbaru antara Mirror-Less dan Non Mirror-Less dan macam-macam lagi termasuklah kamera jenama apa yang paling bagus, gambar Edit Photoshop dan “SOOC” atau Straight Out of Camera, aku memang cemburu dengan mereka-mereka yang punya banyak masa untuk berdebat dengan isu-isu yang remeh temeh tetapi mampu untuk menghangatkan suasana. Sebenarnya saya nak tulis sedikit tentang artikel yang pernah…
-
Trans-Siberian Railway | Malu Bertanya Sesat Jalan
© 2015 Wazari Wazir | My Family With Agustinus Wibowo (Left) and Hafiz Chan (2nd, Left) at International Islamic University of Malaysia Siapa dia Agustinus Wibowo? Hafiz Chan? Lawyer, Magistrate? Ahli Muzik, eh ke situ pulak, anyway mereka hanya manusia biasa-bisa sahaja, yang dah kenal akan mereka, mungkin senyum sahaja, yang tak kenal mungkin tertanya-tanya. Tak mustahil kalau ada yang membaca blog saya ni tak kenal orang yang berdiri no 3 dari kiri tu, sebab apa? Sebabnya mungkin dia tengah mencari-cari tips tentang Trans-Siberia dan berjumpa link blog saya, so dia pun bukak dan nampak gambar ni, seorang pun dia tak kenal siapa dalam gambar ni, that’s normal. Saya dulu…
-
Kisah Si Tukang Gambar Ingin Belajar Menulis
© 2015 Wazari Wazir | Meor Farid Asyradi | #Seminar3P | Promosi, Pemasaran & Penjualan | Legacy Publishing You all kenal tak “Nisah Haron?” Beliau sekarang ini berada di Iowa City Amerika Syarikat mewakili Malaysia untuk program International Writing Program (IWP). Kenal tak Steve McCurry, Joe McNally, Chase Jarvis, Joey Lawrence dan Mike Yamashita? Ok, mungkin ada yang kenal dan mungkin ada yang tak kenal tetapi kesemuanya adalah photographer antarabangsa yang berjaya dalam genre masing-masing. Memandangkan sebahagian besar pembaca blog saya ialah mereka-mereka yang meminati bidang photography maka, eloklah saya jimatkan masa anda yang berharga itu bahawasanya artikel kali ini tiada kena mengena dengan photography, tetapi tentang penulisan, kalau minat boleh terus baca,…
-
Happening, Apabila Selebriti Backpackers Malaysia Berkumpul
© Wazari Wazir | Sesi TT Bersama Pengembara Tegar Malaysia Okay, sebelum saya melalut lebih jauh lagi dan sebelum anda semua berkata saya “Poyo”, biarlah saya jelaskan maksud sebenar tajuk blog saya kali ini. Saya bukanlah salah seorang Selebriti Backpackers yang dimaksudkan, saya hanya menumpang glemer mereka sahaja, yang saya maksudkan dengan “Selebriti Backpackers” itu ataupun yang di Celebrate ialah Siti Noridah atau yang lebih dikenali sebagai ET yang baru sahaja menghasilkan sebuah buku Travel bertajuk Travelog ET Kembara AFGHANISTAN, seorang lagi ialah Meor Farid Asyradi atau lebih dikenali sebagai Mr. Traveller yang juga telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Travelog MR. Traveller. Selebriti selanjutnya ialah Badrul Hisham yang telah menghasilkan…