Photojournalism
-
Ramadan Di Kuala Lumpur | Bubur Lambuk Di Masjid India
© 2014 Wazari Wazir | Bubur Lambuk di Masjid India Last week memandangkan tiada assignment apa nak buat, saya bersama rakan sekerja saya Nazri Rapaai mengambil keputusan untuk ronda-ronda sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India untuk ambil apa-apa gambar yang menarik sempena Ramadan kali ini. Antara yang menarik perhatian ialah suasana orang ramai sedang mengambil bubur lambuk di Masjid India. Kalau kena gaya dan sudut tertentu, mungkin ada sesetangh orang akan ingat gambar diatas dirakam di India ataupun Bangladesh, cuma saya malas nak tunggu lama-lama kat dalam tu pasal agak panas. Maklumlah bubur tersebut baru sahaja dimasak dan pengagihan bubur lambuk bermula seawal jam empat petang dan sekitar…
-
Berbuka Puasa di Dataran Merdeka Kuala Lumpur | Iftar at Kuala Lumpur 2015
Sesekali berbuka puasa beramai-ramai di tempat terbuka sebegini sememangnya menyeronokkan, disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, kepada peminat fotografi juga boleh merakam sebahagian peristiwa menarik yang berlangsung di bulan Ramadan khususnya di Kuala Lumpur. Ini adalah tahun keempat Festival Ramadan ini berlangsung di Kuala Lumpur, program ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di bawah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Dahulunya program ini dikenali sebagai “Jom Buka Puasa.” Kini program ini diberi nama IFTAR@KL2015. Program berbuka puasa di Dataran Merdeka ini berlangsung pada 20, 21, 27 dan 28 Jun sehingga 4, 5, 11 dan 12 Julai ini (Setiap Sabtu dan Ahad) di Jalan Raja, Kuala Lumpur (berhadapan bangunan Sultan Abdul Samad). Orang ramai…
-
Istiadat Pertabalan Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah | Sultan Perak XXXV
© 2015 Wazari Wazir | Istiadat Pertabalan Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah | Sultan Perak XXXV | Kuala Kangsar © 2015 Wazari Wazir | Sebahagian Anggota Jab. Penerangan Yang Terlibat Dalam Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV Pada bulan Mac yang lepas kami jurufoto Jabatan Penerangan Malaysia terlibat dalam Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor dan kini pada bulan May, kami terlibat pula dengan Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV, actually kami tak punya banyak masa untuk berehat, apa lagi bercuti kerana sekembalinya daripada Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, kami sekali lagi disibukkan dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke 26 di Kuala Lumpur pada bulan April lepas. Sepertimana di Johor Baharu, untuk Istiadat Pertabalan Sultan Perak…
-
Nepal | Secawan Kopi Di Banjaran Gunung Himalaya
© 2014 Wazari Wazir | A Cup of Coffee Against Beautiful Nepal Himalayan Range Kalau hendak diikutkan banyak lagi gambar-gambar serta cerita-cerita pengalaman di Nepal yang belum sempat saya tuliskan, kerja macam saya ni, selalunya busy, macam-macam assignment yang mendatang, itu tak masuk out station, yang perlu keluar dari Putrajaya untuk seminggu dua, itu semua mengkantoikan saya untuk update blog tambahan pula kuata internet yang tak berapa nak bagus. Baru-baru ini iaitu pada 25 April terjadi satu gempa bumi yang kuat iaitu gempa bumi yang dikenali sebagai “The Gorkha Earthquake” telah melanda sebahagian Nepal dan mengakibatkan jumpah kematian meleibi 8000 orang. Cuma apa yang sedikit menyediahkan ialah ada dikalangan kita…
-
Photojournalism | Kesibukan Yang Melanda Seorang Photographer
© 2015 Wazari Wazir | Kemahkotaan Sultan Johor | Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Semenjak dua menjak pulang dari berkelanan ke Siberia ni, semakin sibuk pula dengan tugasan seharian, tugasan hakiki to be exact. Ada juga yang bertanya bila nak update story pasal Trans-Siberian Railway, memang niat dihati ingin dikongsi segala macam pengalaman semasa di Russia agar ada manfaat bersama namun apakan daya, saya juga memiliki jumah waktu yang sama dengan anda semua, tidak lebih dan tidak kurang, hanya 24 jam sehari sahaja. Gambar di atas ni saya kongsikan semasa membuat liputan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor baru-baru ini, lebih sepuluh hari berkampung di Johor Baharu, walaupun Istiadat kemuncak hanya satu hari…