Life

  • Adventure,  Art,  Life,  Travel,  Uncategorized

    Mengejar “Ghost Train” Di Kuala Krai Kelantan | Bahagian 1

    GHOST TRAIN, mengapa saya menggunakan nama “Ghost Train?” Misi sebenar saya bukanlah mengejar Ghost Train, ataupun kereta api hantu, tetapi adalah personel assignment untuk merakam sendiri suasana pelajar-pelajar di Kelantan terutamanya di Daerah Kuala Krai yang menggunakan perkhidmatan kereta api untuk berulang alik ke sekolah. Bila saya dah sampai di Kuala Gris baru saya tahu mengapa mereka menaiki kereta api ke sekolah kerana di Kuala Gris tiada sekolah menengah, yang ada hanya di Dabong. Saya tertarik dengan sebuah gambar yang saya terlihat di internet, saya pun tidak berapa ingat apa yang sebenarnya saya cari pada waktu itu tetapi imej beberapa pelajar sekolah sedang berjalan kaki di landasan kereta api dengan…

  • Adventure,  Life,  Travel

    Kembara | Hidup Adalah Satu Perjalanan

    Apa yang kita cari dalam hidup ini mungkin tidak akan pernah sama dengan orang lain, ada yang matlamatnya untuk mengumpul sebanyak-banyak harta dalam hidup, ada pula yang ingin mengumpul sebanyak-banyak ilmu pengetahuan, ada pula yang ingin mengumpul pengalaman hidup. Apa yang kita cari terpulang kepada kita, tiada salahnya pilihan kita asalkan tidak menyusahkan hidup orang lain dan kepada kita yang beragama Islam, tidak lari atau menyalahi tuntutan agama, maka carilah apa yang kita hendak cari. Gambar-gambar di atas saya rakam semasa trip perjalanan berkereta api Trans-Java merentas kepualaun Jawa menggunakan perkhidmatan kereta api bermula dai Jakarta dan berakhir di Banyuwangi. Hidup ini sememangnya adalah satu perjalanan, walaupun hanya berkereta api…

  • Art,  Family,  Life,  Portrait,  Uncategorized

    Tips Fotografi Mendapatkan Catch Light Pada Mata Subjek

    Topik tentang Catch Light ini sebenarnya pernah saya tulis pada tahun 2010 dengan tajuk How To Get a Catchlight , cuma kali ini saya ingin menulis dengan sedikit ringkas sahaja.  Secara asasnya “Catch Light” ini adalah reflection atau kesan pantulan cahaya ataupun bahagian yang terang di mata kita. Sekiranya kita memandang ke arah dinding yang hitam, maka warna hitamlah yang akan memenuhi bahagian mata kita, manakala sekiranya kita memandang dinding yang putih atau terang, maka kesan cerah atau terang akan kelihatan di mata kita. So apa perlunya Catch Light ini kepada potret, Catch Light bukanlah satu keperluan yang wajib ada pada setiap rakaman potret tetapi sekiranya ada kesan Catch Light ataupun bahagian yang…

  • Family,  Life,  Portrait

    Tips Fotografi Portrait | Memilih Titik Fokus Yang Betul

    “Out of suffering have emerged the strongest souls; The most massive characters are seared with scars.” – Khalil Gibran – Bila kita melihat wajah seseorang, bahagian yang kita akan pandang atau lihat terlebih dahulu sudah tentu bahagian matanya. Sebab itulah ada pepatah yang mengatakan “Dari Mata Turun Ke Hati.” Tetapi dalam keadaan tertentu, mungkin bukan bahagian mata yang menjadi perhatian kita terlebih dahulu, mungkin jenis topi atau head gear yang dipakai, jenis anting-anting yang dipakai ditelinga atau yang ditindik dihidung, sebab mungkin bahagian itu yang lebih menonjol berbanding yang lain. Sebelum itu, kepada anda yang bertanya, mengapa anak saya sampai berjahit di dahinya? Rasanya tidak perlu saya ceritakan di sini,…

  • Adventure,  Family,  Life,  Photojournalism,  Travel

    TIPS FOTOGRAFI | MEMILIH LENSA YANG SESUAI UNTUK POTRET KELUARGA

    Pertama sekali yang perlu kita ingat ialah, kamera hanyalah alat untuk merakam gambar atau video, kerana sekarang ni kebanyakan kamera mempunyai keupayaan merakam video juga. Untuk menghasilkan gambar yang menarik ataupun sedap dipandang mata kita memerlukan kemahiran ataupun sedikit ilmu dalam bidang fotografi, kerana tanpa ilmu, tidak mungkin kita dapat memanfaatkan peralatan fotografi yang kita ada. Sebab itu tidak hairan jika kita lihat sesetengah orang yang berwang, kejap-kejap tukar kamera, beli lens baru, jual lens lama, jual kamera lama, beli kamera baru, walaupun peralatan yang sedia ada masih lagi baik untuk digunakan. Duit masing-masing, lantak pi lah kan. Dipendekkan cerita, saya ingin bercakap tentang lensa kamera. Kena ingat satu, tiada satu lensa kamera yang sesuai atau boleh cover semua keadaan. Kalau ada satu lensa kamera…