Art
-
Steel Wool Photography Tips | Batu Laut | Banting
STEEL WOOL PHOTOGRAPHY : Dalam Bahasa Melayu saya tidak tahu apa gelarannya, kalau hendak diikutkan “Steel Wool” ini seperti “Benang Besi.” Wool ni pula biasanya orang kaitkan dengan bulu kambing biri-biri. Unruk mudah faham tanpa pening kepala kita panggil “Steel Wool Photography” sahaja cukup. Panjang sangat mukaddimah pun tak memberi erti apa-apa pun. Dipendekkan cerita untuk menghasilkan “Steel Wool Photography” yang mana hasilnya seperti gambar di atas bukanlah sesuatu yang sukar, kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba, boleh cuba. Steel Wool Photography ini bukanlah perkara atau teknik baharu dalam bidang photography, dah lama dah orang gunakan, sejak zaman filem lagi, cuma ada yang suka, dan ada yang tak suka,…
-
Mengejar “Ghost Train” Di Kuala Krai Kelantan | Bahagian 2
Mengapa “Ghost Train”? Ianya hanyalah sekadar gelaran yang saya rasa sesuai untuk keadaan semasa saya merakam gambar ini. Keretapi kelantan Shuttle yang berlepas dari Stesen Keretapi tumpat pada jam 4:20AM yang muncul di balik kabus tebal pagi di Kuala Gris ini seolah-olah seperti keretapi hantu, tiba-tiba muncul sahaja membelah kabus pagi yang tebal. Kuala Krai boleh dikatakan antara kawasan paling sejuk di Semenanjung Malaysia selain di Cameron Highlands sewaktu Tiupan Angin Sejuk dari Tanah Besar China Februari lalu. Jadi suasana yang berkabus bukanlah asing di Daerah Kuala Krai ini. Cuma satu ketika dahulu keretapi shuttle ini tiba di Kuala Gris lebih awal lagi daripada waktu sekarang. Dahulu kereta api shuttle…
-
Mengejar “Ghost Train” Di Kuala Krai Kelantan | Bahagian 1
GHOST TRAIN, mengapa saya menggunakan nama “Ghost Train?” Misi sebenar saya bukanlah mengejar Ghost Train, ataupun kereta api hantu, tetapi adalah personel assignment untuk merakam sendiri suasana pelajar-pelajar di Kelantan terutamanya di Daerah Kuala Krai yang menggunakan perkhidmatan kereta api untuk berulang alik ke sekolah. Bila saya dah sampai di Kuala Gris baru saya tahu mengapa mereka menaiki kereta api ke sekolah kerana di Kuala Gris tiada sekolah menengah, yang ada hanya di Dabong. Saya tertarik dengan sebuah gambar yang saya terlihat di internet, saya pun tidak berapa ingat apa yang sebenarnya saya cari pada waktu itu tetapi imej beberapa pelajar sekolah sedang berjalan kaki di landasan kereta api dengan…
-
Tips Fotografi Mendapatkan Catch Light Pada Mata Subjek
Topik tentang Catch Light ini sebenarnya pernah saya tulis pada tahun 2010 dengan tajuk How To Get a Catchlight , cuma kali ini saya ingin menulis dengan sedikit ringkas sahaja. Secara asasnya “Catch Light” ini adalah reflection atau kesan pantulan cahaya ataupun bahagian yang terang di mata kita. Sekiranya kita memandang ke arah dinding yang hitam, maka warna hitamlah yang akan memenuhi bahagian mata kita, manakala sekiranya kita memandang dinding yang putih atau terang, maka kesan cerah atau terang akan kelihatan di mata kita. So apa perlunya Catch Light ini kepada potret, Catch Light bukanlah satu keperluan yang wajib ada pada setiap rakaman potret tetapi sekiranya ada kesan Catch Light ataupun bahagian yang…
-
TIPS FOTOGRAFI | MENGGUNAKAN LENSA TELEPHOTO UNTUK GAMBAR PEMANDANGAN, LANDSCAPE PHOTOGRAPHY
Bila kita bercakap tentang gambar pemandangan ataupun landscape photography, lensa yang biasa digunakan adalah wide angle ataupun lensa sudut luas. Sebabnya mudah pemandangan itu adalah sesuatu yang besar, meliputi kawasan yang luas, seluas mata memandang orang kata. Amat jarang kita lihat landscape photographer membawa Lensa 400mm atau 600mm ketika outing, kebiasaanya lensa yang dibawa adalah dalam range atau lingkungan 10mm hinga 35mm. Sebabnya ialah, seboleh-bolehnya seorang landscape photographer ingin memasukkan seberapa banyak elemen ke dalam gambar, contoh gunung ganang yang luas terbentang ataupun padang ragut yang luas dengan ratusan biri-biri atau haiwan liar. Tetapi pernahkah anda melihat gambar di Afrika, iaitu gambar di Safari di mana kelihatan sekawan zirafah yang…