Adventure

  • Adventure,  Travel

    Fotografi Kembara | Kenangan Di Jeti Pantai Sawangan | Kuala Penyu | Sabah

    © 2015 Wazari Wazir | Jeti Pantai Sawangan Kuala Penyu Sabah Semasa menyambut Hari Raya baru-baru ini ke Sabah, saya mengambil kesempatan berkunjung ke sini. Tidak dirancang sangat pun tetapi masa tu kami sekeluarga bersama ibu mertua beraya di rumah saudara di pekan Kuala Penyu, dah alang-alang berada di sini, saya beritahu isteri saya, elok kita pergi ke Jeti Sawangan ni, dah lama tak pergi. Last time pergi tahun 2010 semasa HaiQal baru berusia 3 tahun. Cadangan saya untuk pose semula gambar yang sama di jeti tersebut, amat malang sekali bila sampai sahaja di Jeti ini, amat menyedihkan melihat keadaan Jeti yang usang dan hanya menunggu masa untuk roboh sahaja.…

  • Adventure,  Travel

    Foto Kembara | Ini Bario, Bukan Disneyland

    “Apa pasal la Boss aku bagi assignment kat Bario ni, tempat Jin bertendang, kenapalah aku tak dapat assignment di London ke, Paris ke atau Disneyland, kan best” terdengar keluhan seorang wartawan muda sewaktu kami baru nak masuk ke hostel penginapan kami di Bario Sarawak. Tiada penginapan hotel lima bintang, tiga bintang ataupun satu bintang di sini, yang ada hanyalah hostel ataupun homestay sahaja. Mungkin juga ini kali pertama wartawan tersebut tinggal di homestay. Dalam hati, aku berkata, mungkin wartawan tersebut merasakan bahawa beliau di hukum atau didera dengan diberi assignment hujung dunia macam ni, saya pernah berassignmnet di luar negara, dan kebanyakan wartawan yang membuat liputan di luar negara adalahterdiri…

  • Adventure,  Travel

    Memburu Impian | Kembara Trans-Siberian Railway

    “Roy, Roy, Hati Kau Keras…” teringat kata-kata terebut dalam satu babak filem popular zaman remaja (actually saya belum remaja lagi time tu) iaitu Filem Gila-Gila Remaja tahun 1985 lakonan pelakon utamanya iaitu Faizal Hussein. Babak paling best masa tu bagi saya ialah ketika Faizal Hussein ataupun Azroy dalam filem itu membawa motosikal ataupun “membawa hati” ke mana? Saya pun tak berapa nak ingat tapi mungkin sekitar Seremban dan Melaka ataupun satu Malaysia. Anyway, tak kisahlah tu, yang menarik bagi saya ialah semangat “KEMBARA” yang ada dalam adegan tu. Lirik lagu Memburu Impian nyanyian Kaza tu pun kena dengan jiwa saya masa tu hingga  kini. Bercakap tentang mengejar impian ini, saya percaya…

  • Adventure,  Travel

    Tips Membeli Kamera | Antara Keperluan Dan Kehendak

    Satu ketika dahulu saya sering dihujani pelbagai pertanyaan tentang jenis kamera apa yang sesuai untuk dibeli, terutamanya daripada adik-adik yang baru-baru ingin menceburkan diri dalam bidang photography ataupun daripada individu-individu tertentu yang mula menaruh minat terhadap bidang photography. Mereka ingin tahu kamera apakah yang terbaik di pasaran sesuai dengan bajet mereka. Seringkali juga soalan tersebut saya jawab dengan soalan juga, antara lain saya ingin tahu apakah kecenderungan mereka, untuk apa kamera tersebut, apakah untuk kegunaan sendiri, merakam gambar ahli keluarga semasa bercuti ataupun ingin menjadikan photography sebagai salah satu daripada sumber pendapatan  tambahan. Kadang-kadang sebagai orang baru kita mungkin termakan dengan umpan syarikat pengeluar kamera yang mengiklankan kamera mereka, kita…

  • Adventure,  Travel,  Uncategorized

    Catatan Kembara | Pengalaman Menyambut Hari Lahir Bersendirian Di Irkutsk Siberia

    © 2014 Wazari Wazir | Paparan Waktu Ketibaan Keretapi Di Stesen Keretapi Irkutsk | 4 Mocba – Пекин | Moscow – Beijing © 2014 Wazari Wazir | Ketibaan Keretapi Trans-Mongolian K4 di Platform No 1 Sebetulnya dalam hidup aku, belum pernah lagi aku “menyambut” hari lahir, tiada sambutan hari lahir dalam kamus hidup saya, tiada kek hari jadi serta pesta itu ini dan sebagainya, hatta tarikh hari lahir pun aku sembunyikan dari pengetahuan rakan-rakan facebook saya, dan sebab itu tiada ucapan selamat hari lahir tertera di kotak status facebook saya. Apapun inilah buat pertama kalinya dalam sejarah hidup saya, bersendirian “menyambut” tarikh di mana aku genap berumur 39 tahun iaitu pada tanggal…