Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 | Sultan Muhammad V | Istana Negara
© Jabatan Penerangan | Wazari Wazir | Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-15 | Istana Negara
Di sini saya kongsikan sedikit gambar-gambar semasa Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-15 di Istana Negara baru-baru ini. Gambar yang saya kongsikan di sini tidak mengikut turutan.
Kali ini giliran Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-15, manakala Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah turut melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Sultan Muhammad V, menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai yang di-Pertuan Agong Ke-14 kelmarin, 12 Disember 2016.
Gambar yang dirakam di sini memang gambar biasa-biasa sahaja, tiada yang artistik dan bombastik, boleh dikatakan straight forward shot, apa yang terhidang depan mata sahaja memandangkan kedudukan photographer telah ditetapkan dan kami tidak boleh bergerak ke sana sini untuk mencuba pelbagai sudut. Selain daripada saya terdapat ramai lagi jurufotografi Jabatan Penerangan yang bertugas di lain-lain sudut, jadi masing-masing hanya tumpukan pada angle atau sudut masing-masing sahaja.
Apa nak cerita lagi? Tiada apa rasanya, kalau berminat hendak tahu tentang Kesultanan Melayu, rasanya you all boleh google sahaja. Gambar-gambar di atas kebanyakannya dirakam menggunakan lensa 300mm, cuma ada sekali sekala saya shoot guna 24-120mm dengan second camera body (Gambar Last). Agak susah sebenarnya nak switch kamera ni, silap gaya terlepas 300mm, rosak majlis, lagipun boleh dikatakan setiap saat adalah detik bersejerah, so tak boleh nak main-main, cuma sebagai photographer kalau boleh kita ingin rakam dari pelbagai sudut pandang ataupun bertukar-tukar lensa, walaupun kita tahu ada rakan kita dah cover dari sudut pandang yang lain. Gambar wide angle banyak juga yang saya rakam, cuma cukuplah sekeping saya kongsikan di atas ni.
Proses ambil gambar tak susah, tak perlu berebut-rebut atau berlaga kamera, tetapi ianya tidak bermakna tugasan ini sangat mudah, kita dipertanggungjawabkan untuk merakam sebaik mungkin, bukan masanya nak ber-experiment, tukar-tukar setting kamera, moment atau peristiwa bersejarah yang berlaku hanya sekelip mata, sekali kita terlepas, maka detik bersejarah lepas begitu sahaja, titik fokus perlu dijaga, supaya subjek utama dalam fokus “sharp” dan bukannya orang lain.
Yang lama, ialah masa menunggu, hampir 3 jam jugak kami di sini, tak boleh nak keluar mana-mana, takut nanti kalau keluar, dah tak boleh masuk atau takut nanti, entah siapa-siapa akan ambil atau hijack posisi kami, itu penting, walaupun lokasi di mana saya merakam gambar ini hanya dikhaskan kepada “Official Photographer” sahaja, tetapi dari pengalaman yang lepas-lepas, macam-macam boleh jadi. So, ada baiknya jadi “Pak Pacak” di sini, untuk beberapa jam, kami dah biasa, it’s part and parcel of being as a photojournalist, lagipun menunggu dalam bilik berhawa dingin, dalam Balairong Seri, bukannya di tengah padang di bawah teriknya sang matahari. Lagipun kalau diberi peluang, rasanya ramai lagi rakyat Malaysia ingin berada di mana kami berada, menyaksikan sejarah negara berlaku di hadapan mata sendiri, dan bukannya melaui kaca TV atau di screen smartphone masing-masing, Syukur Alhamdulillah.