Cuti-Cuti Malaysia | Jalan-Jalan Di Sabah
© 2014 Wazari Wazir | Bergambar Di Belakang Pasar Philippine, Kota Kinabalu Bersama Keluarga, Ibu Dan Adik Perempuan Saya
© 2014 Wazari Wazir | Kota Kinabalu Sabah | Bergambar Di Sini Sementara Menunggu Pasar Philippine Dibuka
© 2014 Wazari Wazir | Bersama Ahli Keluarga Sebelah Mertua Saya | Kuala Penyu Sabah | Gambar Semasa Majlis Berinai
© 2014 Wazari Wazir | Menghadiri Majlis Perkahwinan DI Tuaran Sabah
Sempena cuti sekolah hujung tahun yang baharu bermula kami sekeluarga termasuk ibu serta adik perempuan saya ke Sabah untuk menghadiri majlis perkahwinan adik ipar saya di Kuala Penyu. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kuala Penyu mengambil masa lebih kurang dua jam hingga ke tiga jam bergantung pada keadaan. Perjalanan kami masa tu mengambil masa hampir tiga jam untuk sampai ke kampung memandangkan cuaca hujan sepnjang perjalanan jadi perjalanan agak perlahan.
Kalau nak diikutkan memang banyak gambar yang boleh dirakam di Sabah ni, dan banyak juga gambar-gambar yang boleh dirakam semasa majlis perkahwinan tersebut tetapi memandangkan saya adalah juga ahli keluarga mereka maka kenalah tolong-tolong mana yang patut. So kamera simpan sahaja dalam beg dan tumpukan pada kerja-kerja kenduri dan juga beramah mesra dengan sanak saudara yang hadir.
Itu juga merupakan contoh terbaik mengapa trip percutian bersama keluarga tidak boleh disamakan dengan trip berjalan dengan kawan-kawan khusus untuk photography. Wajah-wajah orang kampung terutamanya warga veteran cukup photogenic dan sebagai salah seorang ahli keluarga, rasanya bukan masalah besar untuk saya mengambil gambar mereka tetapi teringat kata-kata Sean Pean “If I like a moment, for me, personally, I don’t like to have the distraction of the camera” dalam filem Walter Mitty. Seronok mendengar cerita-cerita dari orang kampung. Lebih banyak mendengar daripada bercerita sebenarnya hingga cerita saya ke Ukraine pun saya simpan senyap-senyap sahaja.
Actually sebaik sahaja kami tiba di KKIA Terminal 2, kami terus ke majlis pernikahan adik ipar saya di Tuaran, tak jauh dari Gayang Seafood, sebelum sampai ke jambatan Sungai Mengkabong yang popular dengan photographer tu. Di Majlis tu pun saya tak ambil banyak gambar, rakam yang mana penting sahaja. Kadang-kadang kalau terlalu concentrate sangat dengan mengambil gambar kita akan terlepas moment-moment yang menarik. Salah satu sebab lagi saya tidak mempunyai lensa UWA atau Ultra Wide Angle, dengan keadaan dalam rumah yang agak sesak dengan orang ramai, lensa 24mm yang saya guna di badan kamera Non Full Frame memang agak limited sudut pandang dia.
Semasa di Kota Kinabalu pula, waktu kami free hujan pula turun seharian, dari awal pagi hingga ke sebelah malam, tak dapat nak keluar bersama keluarga jalan-jalan, cuma saya sempat keluar dengan kawan-kawan, itupun untuk minum-minum sahaja di kedai kopi. Planning ambil extra cuti di KK untuk bawak family ronda-ronda sekitar sini tetapi hujan, agak susah nak bawak anak-anak yang masih kecil berjalan dalam hujan, apa lagi nak ambil gambar. Gambar di pasar Philippine (Pasar Kraftangan Kota Kinabalu) itu pun hanya sempat di rakam beberapa jam sebelum kami naik flight ke Kuala Lumpur. Kedai pun tak banyak yang dibuka memandangkan masih terlalu awal iaitu sekitar jam 8 am pagi.
InsyaAllah, ada kelapangan kami akan datang lagi, bawa keluarga bermalam di Kundasang pula, rasa macam tak lengkap kalau bercuti ke Sabah kalau tidak melihat Gunung Kinabalu dari dekat.
*Related Post : Tips Melancong Ke Bali Bersama Keluarga
2 Comments
Aesya Kojuna
Gunung Kinabalu, berkali tengok pun xpuas. Setiap tahun balik cuti mesti ke Kundasang, dah smpai kena perli…jumpa lembu dulu baru sedara.
podomoroo transport bandung
Salam sejahtera Tuan / Puan, semoga Tuan / Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki (Amiin)… Kami disini ingin menawarkan perkhidmatan sewa kereta di Bandung / Jakarta. Buat Tuan / Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung / Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
Call : +6282262272279
WhatsApp : +6282280000071
Email : podomorootransportbandung71@yahoo.com
Blog : http://podomoroopelancongbandung.blogspot.co.id (Podomoroo Transport Bandung)
Facebook : Podomoroo Transport
Fanspage : Podomoroo Transport Bandung
Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan.. Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang…
Kami pun menyediakan Pakej Transport dan Hotel
Kereta Avanza, Luxio, Apv, Evalia, Sigra, Grand Livina
3D2N
2 Pax = 330 Rm / Pax
3 Pax = 300 Rm / Pax
4 Pax = 230 Rm / Pax
5 Pax = 230 Rm / Pax
6 Pax = 200 Rm / Pax
Van Short
3D2N
7 Pax = 250 Rm / Pax
8 Pax = 220 Rm / Pax
9 Pax = 220 Rm / Pax
10 Pax = 200 Rm / Pax
Van Long, Toyota Hiace Commuter
3D2N
11 Pax = 220 Rm / Pax
12 Pax = 200 Rm / Pax
13 Pax = 200 Rm / Pax
14 Pax = 190 Rm / Pax
15 Pax = 190 Rm / Pax
Pakej Transport dan Hotel 4D3N
Kereta Avanza, Luxio, Apv, Evalia, Sigra, Grand Livina
4D3N
2 Pax = 460 Rm / Pax
3 Pax = 430 Rm / Pax
4 Pax = 320 Rm / Pax
5 Pax = 330 Rm / Pax
6 Pax = 280 Rm / Pax
Van Short
4D3N
7 Pax = 350 Rm / Pax
8 Pax = 310 Rm / Pax
9 Pax = 310 Rm / Pax
10 Pax = 280 Rm / Pax
Van Long, Toyota Hiace Commuter
4D3N
11 Pax = 310 Rm / Pax
12 Pax = 280 Rm / Pax
13 Pax = 290 Rm / Pax
14 Pax = 270 Rm / Pax
15 Pax = 280 Rm / Pax
Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan.. Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang… Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan / Puan untuk ke Bandung.
Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Podomoroo Transport Bandung… (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja.. Wassalam, Terima kasih…