Assignment

Tips Fotografi Kembara | Persediaan Sebelum Merakam Gambar

© 2019 Wazari Wazir | Matahari Naik Di Celah-Celah Petronas Twin Tower
© 2019 Wazari Wazir | Artikel Di Siarkan Dalam Akhbar WILAYAHKU Oktober 2019

Artikel tentang pengelaman serta persediaan saya ketika merakam moment matahari naik di celah-celah Menara Berkembar Petronas ada disiarkan di dalam Akhbar WILAYAHKU edisi bulan Oktober 2019 dalam ruangan Lensa.

© 2019 Wazari Wazir | The Photographers at Changkat Tunku During Sunrise
© 2019 Wazari Wazir | Sunrise in Kuala Lumpur From Changkat Tunku
© 2019 Wazari Wazir | The Photographers at Changkat Tunku During Sunrise

“You don’t get lucky while sitting in the sofa with arms crossed doing nothing. You can be lucky only when you are prepared.”

Nesta Jojoe Erskine

WOW!!!, memang luck kau dapat ambil gambar matahari naik di tengah-tengah Menara Berkembar Petronas tu, untung kau. Kepada yang tidak tahu, mungkin mereka akan kata “Luck” tetapi kepada yang tahu, yes, luck tu ada juga kebenarannya, cuma mungkin dari segi Visibility, dari segi Clarity, warna dan juga faktor cuaca. Tetapi sebenarnya ada yang lebih penting lagi iaitu Preparation ataupun persediaan. Bila kita bersedia dan melakukan homework terlebih dahulu, maka Luck akan mudah mendekati kita. Kepada orang biasa, yang kurang peka kepada keadaan alam sekitar akibat terlalu sibuk dengan urusan duniawi, mungkin tidak menyedari bahawa turun naik matahari berbeza-beza setiap hari, yang masih kekal tidak berubah ialah matahari naik dari arah Timur dan tenggelam di Barat.

Jadi apa kena mengenanya dengan gambar Petronas Twin Tower dan matahari tu, apa specialnya? Nak kata special sangat tidak juga, nak kata wow sangat pun tidak juga, tetapi lebih kepada komposisi dari segi sudut pandang photography dan kesukaran untuk mendapatkannya. Kecuali ada pelangi sekali di area KLCC tu dan ada pesawat besar yang kebetulan lalu di tengah-tengah matahari tersebut, maka boleh dikatakan gambar itu ada keistimewaanya, kalau ada kapal terbang lalu tengah-tengah matahari tu, itu baru sesuai dikatakan sangat bernasib baik.

Berbalik kepada gambar di atas, untuk pengetahuan semua, pemandangan matahari naik betul-betul di belakang Petronas Twin Tower sekiranya dilihat dari arah Changkat Tunku Kuala Lumpur, bukan berlaku setiap hari, dalam setahun cuma ada dua atau tiga bulan tertentu sahaja yang mana dalam setiap bulan tu, mungkin peluang untuk merakam matahari naik dari belakang Petronas Twin Tower tu berlaku hanya dalam tiga atau empat lima hari sahaja bergantung kedudukan kita di Changkat Tunku tersebut.

Contoh, mudah sekiranya kita terlepas peluang merakam pemandangan ini di Changkat Tunku, pada bulan Oktober ini, tarikh saya rakam gambar ini (15 Oktober 2019), maka kita perlu menunggu penghujung bulan Februari dan awal bulan Mac 2020, barulah kita akan dapat merakam pemandangan yang sama, lama nak tunggu tu.

Macam mana saya tahu tarikh tu? Saya ni Ahli Nujum ke, Bomoh ke, atau Nujum Pak Belalang ke? Ilmu apa yang saya pakai? Sekarang ni zaman maklumat di hujung jari. Kita ni di zaman orang putih kata “There’s an App for That.” Segala pergerakan matahari bulan bintang kita boleh tahu dengan agak tepat dengan menggunakan applikasi tertentu.

Kepada Photographer Landscape tegar, mereka dah biasa guna pelbagai applikasi tertentu untuk memudahkan tugas mereka merakam gambar. Kalau zaman filem daulu, zaman sebelum adanya Smartphone dan Internet, jurufoto mungkin akan mengagak-agak sahaja kedudukan matahari naik semasa sunrise dan juga kedudukan di mana letaknya Galaksi Bima Sakti ataupun Milky Way. Pendek kata, zaman dahulu, jurufoto kena tengok dengan mata kasar dahulu di mana matahari itu akan naik, barulah cari position atau kedudukan.

Berbeza dengan zaman sekarang, dengan adanya aplikasi tertentu, jurufoto lebih mudah bersedia, sebelum matahari naik atau sebelum kelihatan Milky Way mereka dah boleh cari sudut pandang yang sesuai, untuk rakaman gambar mereka.

Sama juga dengan gambar matahari naik di belakang Petronas Twin Tower tu. Saya menggunakan Apps PHOTOPILLS untuk mendapatkan bacaan, di mana arah matahari naik, pukul berapa matahari akan naik, dan sekiranya saya ingin merakam gambar tersebut di tempat-tempat tertentu, di mana arah tepat yang saya perlu berada.

Contoh mudah lagi macam ni, contoh saya nak ambil gambar Full Moon, ataupun gambar bulan penuh di bahagian atas, tepi ataupun di tengah Menara Berkembar Petronas, saya kena tahu, dari arah mana saya boleh dapat gambar tersebut, bila masa yang sesuai. Pergerakan bulan pun berubah-ubah, ada masanya waktu siang pun kita boleh nampak bulan, ada masanya tengah malam pun tak nampak bulan, semua ini perlukan calculation ataupun sedikit pengiraan supaya kita dapat gambaran yang jelas.

Lagi satu contoh, kepada peminat Milky Way, rakaman Bima Sakti di atas Gunung Kinabalu, kita kena tahu bila dan di mana kita boleh dapatkan sudut rakam yang terbaik. Sebab ada masa-masanya dan ada bulan-bulan tertentu yang peluang untuk kita dapatkan gambar tersebut lebih baik berbanding bulan-bulan lain dan ada masanya bulan-bulan tertentu Bima Sakti langsung tida kelihatan. Sekiranya kita ada semua maklumat ini, maka sudah tentu kita boleh memilih sudut yang lebih baik berbanding mereka yang langsung tidak tahu tentang perkara tersebut dan mengharapkan pemandangan dengan mata kasar sahaja, dan kemudian baru cari kedudukan.

Apa yang kita tak boleh jangka ialah cuaca, mungkin masa tu hujan, mendung, awan tebal, walaupun kedudukan kita telah betul, tetapi atas faktor tersebut kita gagal mendapakan gambar yang dikehendaki. Sama juga macam beberapa tahun dahulu, ramai jurufoto di Malaysia cuba untuk merakam gambar Fenomena Super Moon, di mana waktu itu bulan lebih hampir kepada bumi dan saiznya lebih besar dari biasa, ada jurufoto dapat dan ada orang tak dapat walaupun telah memilih sudut yang baik, sebab di kawasan mereka hujan atau awan tebal. Maka bulan langsung tidak nampak dilihat.

Untuk pengetahuan semua, saya dapat gambar matahari naik di belakang Petronas Twin Tower tu bukan datang kali pertama terus dapat, tetapi untuk beberapa hari saya datang baru dapat. Bukan sebab matahari belum berada di tengah-tengah, tetapi ada masanya matahari dilindungi awan tebal, ada masanya cuaca kurang cantik, ada masanya matahari terang sangat sampai jadi putih, wash out, tak cantik jadinya. So, memang kena datang 4,5 hari ataupun seminggu terus berulang alik ke Changkat Tunku.

Jadi secara ringkasnya, itulah dia, persediaan itu sangat penting, tidak kisah sama ada kita ingin merakam gambar di dalam negara, ataupun di luar negara, tujuannya untuk mengoptimumkan atau memaksimakan peluang kita untuk mendapatkan gambar dari sudut-sudut yang dihajati. Kepada warga Kuala Lumpur ataupun rakyat Malaysia secara amnya yang ingin merakam gambar yang sama seperti di atas, dari arah Changkat Tunku, kena tunggu penghujung bulan Februari dan awal Mac 2020 nanti.

*Untuk membaca Artikel lain lagi tentang persediaan sebelum travel untuk jurufoto boleh singgah di sini Research and Preparation For Travel Photography

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.