Uncategorized

NAGALAND | Dunia Yang Tersembunyi

© 2018 Wazari Wazir | Berehat Seketika Sebelum Meneruskan Perjalanan. Pintu Masuk Ke Kisama Village tak jauh Dah dari Tempat Saya Bergambar Ni, Tetapi kerana Terpaksa Mendaki, Saya Rehat Dahulu Dan Ambil Gambar. Kelihatan Dua Orang Tentera Sedang Berkawal Di Belakang.


“I travel because seeing photos in brochures wasn’t good enough for me. It was to be there, that was everything”

– Wiremu Ratcliffe –

Nagaland, tidak seperti Iceland, England, New Zealand, Poland, Thailand dan juga Switzerland. Nagaland bukanlah sebuah negara tetapi adalah sebuah negeri yang terdapat di dalam negara India yang mana mempunyai 29 buah negeri secara keseluruhannya. Namun demikian Nagaland, bunyinya seperti sebuah tempat misteri ataupun mystical land. Saya tak bercadang nak menghuraikan tentang asal usul Nagaland, tetapi secara ringkasnya, Nagaland adalah tanah milik ataupun tanah (land) yang dihuni oleh Nagas, yang merujuk kepada beberapa suku kaum yang menghuni di kawasan atau negeri ini.

© Map of India | Location of Nagaland

Untuk memudahkan kita mengetahui di mana kedudukan Nagaland, boleh rujuk pada peta di atas. Nagaland terletak di bahagian North East India, ataupun di sebelah Utara Timur India yang diapit oleh Bangladesh, Bhutan, China dan juga Myanmar. Pintu masuk utama terdekat bagi para pelancong atau pengembara antarabangsa yang datang menggunakan pengangkutan kapal terbang ialah di Kolkata. AirAsia Malaysia ada melakukan penerbangan ke Guwahati, yang terletak Di Assam (bawah Bhutan), tetapi flight ini akan transit di Delhi terlebih dahulu. Jadi untuk penerbangan terus dari Malaysia, yang paling hampir ialah Kolkata.

Apa yang menariknya di Nagaland? Saya tidak bercadang hendak menjual atau mempromosikan Nagaland, kerana ianya tidak memberi keuntungan kepada sayapun. Lagipun buang masa saya sahaja untuk meyakinkan anda untuk ke sini, berbanding tempat-tempat lain di India yang lebih terkenal seperti Rajasthan, Jammu & Kashmir, Uttar Pradesh yang mana terdapat Taj Mahal, Mumbai (Bombay) dan lain -lain lagi.

© 2018 Wazari Wazir | Tak Habis-habis Bergambar | Bukan Senang Nak Sampai Sini

Jadi mengapa saya ke Nagaland? Salah satu sebab adalah perasaan ingin tahu. Nagaland ini terletak di bahagian North East India yang mana terdapat lapan negeri kesemuanya iaitu Nagaland, Sikkim, Tripura, Assam, Arunachal Pradesh, Mizoram, Manipur dan Meghalaya. Kesemua negeri-negeri yang terdapat di north East India ini sangat jarang dikunjungi oleh pelancong ataupun pengembara.

Sebenarnya yang membawa saya ke Nagaland, adalah kerana terpandang sebuah gambar di internet beberapa tahun dahulu tentang suku kaum yang agak unik penampilannya, mirip seperti Kaum Iban dan Dayak di Sarawak tetapi bukan dari Sarawak ataupun Dayak di Kalimantan. Hampir sama memiliki tatu di bahgian badan, dengan wajah seorang pahlawan, menyebabkan saya tertanya-tanya di manakah gambar tersebut dirakam.

Waktu itu memang saya tidak pernah terfikr yang gambar tersebut dirakam di India kerana wajah mereka amat jauh berbeza dari wajah rakyat negara India yang biasa kita lihat, sama ada wajah rakyat India yang berlakon dalam filem bollywood mahupun wajah rakyat selatan India seperti di Chennai dan Kerala.

Kerana tertarik dengan gambar tersebut, sayapun mencari sedikit maklumat, rupanya gambar tersebut dirakam di Nagaland, sewaktu pesta Burung Kenyalang ataupun Hornbill Festival.

© 2018 Wazari Wazir | Bergambar di Hadapan Pintu Masuk Kisama Heritage Village

Jadi timbullah minat saya untuk ke Nagaland, minat ini dah lama, bukan baru-baru ini sahaja, mungkin lebih lima tahun lepas lagi, cuma pada waktu itu, agak sukar untuk ke Nagaland dan juga beberapa lagi buah negeri di North East India ini.

Sukar maksud saya, ada beberapa sekatan untuk pelancong asing, beberapa tahun dahulu kerajaan India tidak membenarkan pelancong asing untuk masuk ke North East India secara bersendirian, mesti masuk melalui agensi pelancongan yang berdaftar dan mesti secara berkumpulan, waktu itu kalau tak silap saya mesti ada empat orang dalam satu group paling minima, kemudian diturunkan kepada dua orang.

Selain dari itu, setiap pelancong asing yang ingin ke North East India perlu mendapatkan permit khas selain Visa India untuk masuk ke kawasan ini. Walaupun ada permit khas, ada juga kawasan-kawasan tertentu yang tidak boleh dimasuki oleh pelancong luar. Ada restricted area dan ada juga forbidden area untuk foreigner.

© 2018 Wazari Wazir | Bergambar di Hadapan Konyak Morung Yang Terkenal Sebagai Kaum Head Hunters

Pendek kata, memang agak rumit, dan mungkin disebabkan kerumitan ini, kebanyakan pelancong ataupun pengembara independent skip untuk ke North East India kecuali pelancong berpoket tebal yang mampu ambil pakej yang mahal untuk ke sini, yang mana semua urusan dilakukan oleh agensi pelancongan.

Jadi bagaimana caranya untuk ke Nagaland? Sepertimana yang saya sudah tulis di atas, cara paling mudah ialah dengan mengambil penerbangan terus ke Kolkata. Tambang penerbangan ke Kolkata dari malaysia jauh lebih murah lagi berbanding ke New Delhi, kerana jarak ke New Delhi lebih jauh.

Dari Kolkata kita ada pilihan sama ada ingin menggunakan kereta api ataupun menggunakan kapal terbang. Sekiranya kita memilih untuk menaiki kereta api dari Kolkata, stesen paling dekat di Nagaland untuk ke Hornbill Festival ialah Stesen Keretapi DIMAPUR. Perjalanan menggunakan kereta api dari Kolkata ke Dimapur mengambil masa antara 23/24 jam ikut jenis kereta api yng kita pilih. Sama juga sekiranya kita ingin menaiki kapal terbang, lapangan terbang di Nagaland ialah Dimapur juga.


© 2018 Wazari Wazir | Bergambar di Hentian Bas di Dimapur , Tidak Jauh Dari Stesen Keretapi Dimapur.

© 2018 Wazari Wazir | R&R Di Laluan Menuju Ke Kohima

Memandangkan saya tiba di Kolkata, maka saya ke Darjeeling dahulu sebelum meneruskan perjalana ke Dimapur. Orang kata dah alang-alang berada di West Bengal (Kolkata) dan West Bengal ni pun berjiran dengan North East India, baik saya singgah di Darjeeling dahuu dan kemudian ke Nagaland.

Setelah selesai trip di Darjeeling, saya mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Bagdogra (3 jam dari Darjeeling) menuju ke Lapangan Terbang Guwahati, dan dari Guwahati saya menaiki Keretapi NAGALAND EXPRESS 15669 pukul 11:30Pm menuju ke Dimapur, yang mengambil masa lebih kurang 5 jam 30 minit.

Ada banyak keretapi menuju ke Dimapur, baik dari Kolkata, Guwahati dan lain-lain stesen lagi, tips dari saya kena cari waktu yang terbaik, maksud saya cari waktu yang terbaik untuk tiba di Dimapur atau mana-mana destinasi yang kita nak pergi. Saya pilih Nagaland Express 11:30PM sebab kereta api ini akan tiba di Dimapur sekitar jam 5AM, 5 pagi. Di Nagaland, 5AM dah cerah (Sunrise) dah, kira macam pukul 7AM di Malaysia.

Saya tidak merancang untuk bermalam di Dimapur, sebaliknya mahu terus ke Kohima, ibu negeri Nagaland, yang mana memakan masa antara tiga hingga empat jam, jadi kalau sampai lewat, mungkin petang baru sampai sana. Di Nagaland, jam 6PM dah Maghrib.

Tidak jauh dari Stesen Keretapi Dimapur, sebenarnya di luar Stesen Keretapi Dimapur, terdapat banyak pilihan pengangkutan untuk ke Kohima, ibu negeri Nagaland. Itulah salah satu sebab mengapa saya memilih untuk menaiki keretapi ke sini, untuk memudahkan pergerakan saya. Ada banyak teksi di luar Stesen Keretapi Dimapur yang boleh membawa kita ke Kohima. Cuma bayaran untuk satu teksi agak mahal, antara Rs2500/Rs3000 (RM148/RM177) atau lebih untuk tempoh perjalanan 3-4 jam.

Ada yang murah sikit iaitu Shared Taxi, iaitu kita naik teksi atau kereta kongsi dengan orang lain dengan bayaran antara Rs400/500 atau (RM23/RM30) seorang.

Saya memilih untuk menaiki bas, sebagaiman dalam gambar di atas hanya dengan bayaran Rs110 atau RM7. Jarak perjalana ke Kohijma hanyalah 74KM sahaja tetapi disebabkan keadaan jalan yang sangat teruk, maka perjalanan mengambil masa antara 3 hingga 4 jam termasuk berhenti rehat di R&R tepi jalan selama lebihkurang 30 minit.

© 2018 Wazari Wazir | Morungs Ataupun Rumah Tradisi di Perkampungan Budaya Kisama

Sebaik tiba di Kohima, saya tidak terus ke Kisama Heritage Village di mana berlangsungnya Hornbill Tersebut tetapi bermalam di Kohima sebelum meneruskan perjalana keesokan harinya. Kerana jarak ke Kisama Heritage Village dari Kohima agak jauh lagi.

Jadi, apa yang menariknya di Nagaland ini? Anda boleh Google sendiri kalau berminat, sebab minat manusia ini tak sama, walaupun kita mungkin berkongsi minat yang sama iaitu melancong atau mengembara, tetapi destinasi pilihan kita tak sama. Tak guna saya menggambarkan yang indah-indah tentang Nagaland tetapi bila anda termakan dengan kata-kata saya, anda pun pergi, ternyata indah khabar dari rupa.

Jadi saya tidak mahu bercerita lebih-lebih sangat. Kalau kita minat dengan satu-satu tempat, cuba kita buat sedikit kajian ataupun cari lebih lagi maklumat tentang sesuatu tempat tu. Memang agak rumit untuk ke Nagaland ni, tidak seperti ke Agra di mana Taj Mahal tersergam indah ataupun ke Kashmir yang menjanjikan pemandangan Tasik Dal yang cantik dikelilingi banjaran gunung bersalji.

Kepada yang ingin makan angin atau bercuti dan bersenang-lenang, Nagaland mungkin kurang sesuai untuk anda. Tetapi bagi yang sukakan cabaran, yang suka memberikan cabaran untuk otak kita ligat berfikir menguruskan itu ini, dan menyelesaikan pelbagai masalah sepanjang jalan, sukakan adrenaline. Maka North East India sedia menyambut anda dengan sesuatu yang tidak terduga.

Always Be Prepared To Expect The Unexpected When You are in The North East India.

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.