Jalan-Jalan Ke Tokyo
Jepun adalah salah satu negara yang agak menarik untuk kita pergi. Kita boleh belajar banyak tentang budaya mereka. Narita International Airport pun adalah satu nama yang besar dalam dunia dimana disitulah tempat orang dari seluruh dunia yang tiba di Jepun. Kita boleh naik Cathay Pacific Airlines untuk direct flight ke sana. So kali ni saya nak kongsikan kepada rakan-rakan antara tips nak berjimat kalau nak melancong ke Jepun.
Jepun merupakan salah satu negara termahal di dunia, tetapi negara ini adalah sebuah destinasi pelancongan yang sangat menakjubkan dan cantik. Banyak tempat menarik untuk dilawati seperti Gunung Muji, Bandar Tokyo yang sibuk dan Bandar Zen yang kaya dengan budaya seperti Kyoto. Jangan takut pada harga yang ditawarkan di Jepun samada makanan, tempat tinggal atau pengangkutan kerana pengalaman melancong di Jepun adalah sangat berharga dan menarik.
Pergerakan di Tokyo agak mudah sekiranya kita menggunakan Tokyo Metro, iatu perkhidmatan pengangkutan awam rail sama seperti LRT/MRT di Kuala Lumpur. Boleh dikatakan hampir kesemua tempat-tempat menarik di sekitar Bandaraya Tokyo boleh dihubungi dengan Tokyo Metro, cuma kita kena biasakan diri dengan memahami peta laluan tersebut yang mungkin agak mengelirukan bagi kita yang pertama kali mencubanya.
Kita tidak perlu berlapar semata-mata ingin menjimatkan perbelanjaan korang kerana masih ada makanan yang dijual dikedai boleh didapati dengan harga yang murah sekitar 1000-2000 yen. Sekiranya kita memilih untuk memasak sendiri, ianya pilihan yang paling bijak untuk berjimat. Dengan memilih homestay yang menyediakan kelengkapan untuk memasak, kita mampu untuk berjimat. Sebagai contoh, kalau kita makan di restoran budget di Jepun, kos yang paling murah bagi hidangan lengkap dewasa untuk seseorang adalah antara 1000 yen (RM40) ke 2000 yen (RM80). Jepun merupakan negara yang paling tinggi kos sara hidup, oleh itu tidak hairan lah kalau kos sara hidup amat tinggi berbanding di Malaysia.
Kalau ke Jepun, terdapat pelbagai pilihan tempat penginapan yang boleh korang pilih seperti hotel, asrama, hotel kapsul atau dorm. Namun begitu, untuk mencari penginapan yang murah dan selesa, guest house adalah pilihan yang terbaik. Sebagai contoh, kalau kita menetap di hotel, kadar bayaran untuk semalam bagi seseorang adalah antara 4500 yen – 6500 yen. Tambahan pula, saiz bilik adalah kecil dan tidak menyediakan kelengkapan untuk memasak.
Sekiranya kita memilih guest house sebagai tempat penginapan kita, saiz rumah guest house adalah hampir 2 kali ganda saiz bilik hotel. Untuk pengetahuan semua, kebanyakan Guest house yang disediakan adalah jenis seluruh rumah, jadi kita tidak perlu berkongsi dengan penghuni lain. Guest house bukan sahaja menyediakan kelengkapan memasak, malah turut menyediakan kemudahan mesin basuh, microwave dan peti sejuk. Secara purata, Guest house menawarkan harga yang lebih murah dengan kadar bayaran 3300 yen (RM99) untuk 1 malam seorang.
Berikut adalah cara jimat untuk menjimatkan tambang penerbangan ke Jepun, tempah tiket penerbangan di luar waktu kemuncak kerana harga tiket adalah lebih murah. Perlu rajin mencari dan membandingkan harga tiket penerbangan yang ditawarkan oleh setiap agensi pelancongan. Sekiranya korang bernasib baik, kita akan dapat ‘Special Offer’ dari agensi tersebut. Pertimbangkan untuk menggunakan penerbangan murah seperti Air Asia atau Jetstar kerana kadarnya yang lebih murah dan menjimatkan.
Perancangan percutian yang teliti boleh menjimatkan perbelanjaan kita di Jepun nanti. Perancangan yang paling sesuai adalah apabila kita hanya bercuti di satu tempat tumpuan sahaja. Sebagai contoh, sekiranya kita melawati Tokyo, tumpukan perjalan kita di sekitar Tokyo sahaja untuk mengelakkan cas pengangkutan awam yang terlalu mahal.
Semua pelancong yang ingin melawat lebih dari satu daerah di Jepun adalah disarankan untuk mengambil tiket ini kerana ia menawarkan perjalanan tanpa had ke seluruh Jepun yang dikendalikan oleh Syarikat Japan Railways termasuk Shinkansen (Bullet Train). Terdapat tiga pilihan jenis pas iaitu pass yang boleh digunakan selama 7 Hari Tanpa Had, 14 Hari Tanpa Had atau 21 Hari Tanpa Had.
Jadi dengan tips-tips yang mungkin dapat tolong anda untuk plan ke Jepun ni, sudah bersemangat untuk ke sana. Dah boleh cari kat online available flights to Tokyo dan kalau ada yang sesuai dengan bajet kita, boleh book je terus untuk diri sendiri dan juga untuk rakan-rakan. kalau nak travel ramai-ramai. Percutian ke Jepun adalah percutian yang kita tak boleh missed. Jom kita lihat ke Timur.