Art,  Moment

Steel Wool Photography Tips | Batu Laut | Banting

© Wazari Wazir 2018 | Steel Wool Photography | Batu Laut Banting | ISO 50 |  f/18 | 25 Seconds
© Wazari Wazir 2018 | Steel Wool Photography | Batu Laut Banting | ISO 50 | f/18 | 20 Seconds
© Wazari Wazir 2018 | Steel Wool Photography | The Tools

 

STEEL WOOL PHOTOGRAPHY : Dalam Bahasa Melayu saya tidak tahu apa gelarannya, kalau hendak diikutkan “Steel Wool” ini  seperti “Benang Besi.” Wool ni pula biasanya orang kaitkan dengan bulu kambing biri-biri. Unruk mudah faham tanpa pening kepala kita panggil “Steel Wool Photography” sahaja cukup. Panjang sangat mukaddimah pun tak memberi erti apa-apa pun.

Dipendekkan cerita untuk menghasilkan  “Steel Wool Photography” yang mana hasilnya seperti gambar di atas bukanlah sesuatu yang sukar, kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba, boleh cuba.

Steel Wool Photography ini bukanlah perkara atau teknik baharu dalam bidang photography, dah lama dah orang gunakan, sejak zaman filem lagi, cuma ada yang suka, dan ada yang tak suka, ada yang tahu teknik ini dan ada yang tak tahu. Yang ingin tahu, dia akan cari jalan atau buat sedikit research atau bertanya kepada jurufoto yang dah pernah buat teknik ini untuk mengetahui rahsianya. Yang bersikap diam diri, sampai kesudah dia tidak akan pernah tahu.

Back to the topics, modal atau peralatan untuk Steel Wool Photography ni bukanlah mahal sangat, kita tolaklah modal kamera, sebab saya beranggapan sesiapa sahaja yang membaca blog saya ini telah memiliki kamera masing-masing. Yang search Google tentang teknik ini, dah tentu ada kamera juga. Jadi apa peralatan yang perlu ada selain kamera :

Peralatan Untuk Steel Wool Photography :

  1. Steel Wool – Senang cerita kita cari pencuci periuk yang Mak atau Opah kita biasa guna dulu, yang macam gambar di atas tu. Cuma kalau kita nak cari di shopping mall besar-besar mungkin agak susah nak jumpa, senang jumpa kalau kita cari di kedai-kedai runcit kecil di pinggir bandar atau di kampung-kampung, banyak dijual, harra antara RM1.50 hingga RM2  seperti jenama “Robin Hood” yang saya guna tu.
  2. Alat Pemukul Telur – Yang ni kita boleh pinjam dari dapur rumah kita atau lebih baik kita beli sendiri siap-siap, harga pun tak mahal mana. Tidak semestinya menggunakan alat pemukul telur tu. Kita boleh juga ikatkan ahaja Steel Wool tu pada tali atau cara lain yang kita rasakan sesuai. Cuma dengan menggunakan alat pemukul telur ni, lebih senang kita sumbat masuk satu packet Steel Wool terus dalam tu.
  3. Tali – Guna “Landyard” lagi senang terutama yang ada cangkuk tu, sennag nak klip atau sangkutkan pada alat pemukul telur tu. Tali ni penting untuk kita pusing-pusingkan alat pemukul telur tu. Takkan nak pegang steel wool tu dengan tangan. Habis terbakar nanti.
  4. Lighter/Mancis – Ada orang kata gunakan bateri yang empat segi tu pun ok. Tapi agak mahal bateri tu kalau nak guna, guna lighter biasa cukup. Tujuan dia untuk kita bakar Steel Wool Tu.
  5. TRIPOD – Tripod ni memang wajib jena ada supaya gambar kita sharp sebab kita perlu guna dedahan aatu exposure yang agak lama.
  6. Lensa – Yang terbaik kalau kita ada wide angle lens da;am 14/16mm, untuk gambar di atas saya gunakan 24mm, sebaba saya tiada UWA atau Ultra Wide Angle Lens. Cuma kena letak tripod agak jauh.
  7. Peralatan Tambahan – Gunakan pakaian yang sesuai, kalau boleh pakai “Goggles” ataupun “Safety Goggles” yang biasa orang guna untuk kerja bertukang tu. Tujuan goggles untuk protect mata kita takut-takut terkena serpihan api. “Goggles” ni kita boleh beli di kedai Hardware, harga dalam RM5 – RM15, beli yang biasa-biasa je untuk protect mata kita. Lagi satu, sebaiknya guna topi masa kita spin Steel Wool tu, hangit bau rambut kena serpihan Steel Wool yang terbakar tu. Baju pulak pilih yang lengan panjang.

Jadi bila dah ada semua ni apa perlu kita buat, simple sahaja, carilah kawasan yang sesuai dan tidak merbahaya, kawasan yang tidak mudah terbakar, kawasan yang selamatlah maksudnya. Jangan pulak kita layan Steel Wool berhampiran Stesen Minyak, cari nahas tu.

Masa terbaik hendak layan Steel Wool ni bagi saya ialah waktu Blue Hour, maknanya waktu lebih kurang setengah jam setelah matahari terbenam, inipun kalau dalam keadaan cuaca baik, Kalau cuaca mendung, lepas sang matahari terbenam pun, tiada Blue Hour jugak. Point dia, masa terbaik ialah sebelum keadaan belum lagi betul-betul gelap.

Teknik untuk mengambil gambar Steel Wool Photography ini bukanlah complicated sangat, yang compicatednya kalau kita hendakkan hasil yang terbaik. Yang susah bagi saya ialah mencari kawasan yang sesuai. Ya betul, di tengah-tengah padang bola sepak hujung kampung pun kita boleh layan, jadi jugak hasilnya, tetapi kita tiada “Environment.” Persekitaran atau “Pentas” di mana kita beraksi akan menjadikan gambar kita berbeza dengan orang lain.

Saya memilih lokasi Batu laut kerana di pantainya terdapat tunggul-tunggul pohon bakau yang agak banyak, yang bagi saya boleh menambah element pada gambar ini berbanding di tepi pantai yang kosong sahaja. Cuma sunset yang saya harapkan tiada pada hari kejadian, saya membayangkan Steel Wool saya berlatarbelakangkan sunset yang merah menyala, tetapi tidak menjadi kerana cuaca kurang menyebelahi saya.

Baiklah, kembali kepada topik, setelah kita mengenal pasti kawasan atau tapak di mana kita akan membakar dan menghayunkan Steel Wool tersebut, baru kita pacakkan Tripod, jarak tak boleh dekat sangat sebab kita kena ambil kira percikan api-api kecil dari Steel Wool tersebut. Inipun trial and error, kita cuba sekali dulu, lepas tu baru kita ejas balik kedudukan kamera kita, sama ada dekatkan lagi atau jarakkan lagi.

Sebagai permulaan kita turunkan ISO ke tahap yang rendah atara ISO50 -ISO100 tengok keadaan, kalau keadaan dah memang gelap, mungkin kena guna ISO100-400, tetapi sewaktu saya mengambil gambar di atas, keadaan masih agak terang, jadi untuk dapatkan dedahan yang lama, saya perlu guna ISO50.

APERTURE saya letak f/18, kita boleh guna Aperture antara f/8 – f/11/16/18 tak jadi masalah cuma bila aperture terlalu kecil, kalau sensor kamera kita kotor, memang nampak sangat di screen komputer nanti.

Untuk “EXPOSURE” dedahan pula saya guna antara 20 saat dan 25 saat. Biasanya antara 15 – 20 saat tu, Steel Wool kita pun dah hampir habis terbakar keseluruhannya. Extra time tu untuk kita dapatkan exposure ambient light.

Bila semua dah ready, dah setting, masa untuk beraksi. Sebelum tu, sebaiknya kita fokus dulu kawasan di mana kita hendak beraksi. Kalau ada assistant lagi bagus. Kalau seorang diri, cuba kita cari marker atau apa-apa penanda untuk kita fokus tempat kita berdiri. Untuk gambar di atas, saya fokus pada tunggul pokok yang selari dengan tempat saya akan berdiri. Bila dah fokus, kita Lock Focusing kamera kita ataupun set kepada Manual Focusing.

Kalau kita ada assistant, kita boleh minta tolong mereka tekan shutter kamera sebaik kita menyalakan steel wool tersebut. Kalau tiada assistant, kita guna Self Timer, setkan dalam 10/20 second Self Timer Delay sebelum kamera merakam gambar, jadi sempat kita berlari ke lokasi dan membakar Steel Wol Tersebut.

Steel Wool Photography ni, memang kita kena banyakkan praktis untuk dapatkan hasil yang kita rasa puas hati. Untuk pengetahun, satu pack Steel ool tu ialah untuk sekali pusingan, jangan potong dua, tak cukup. Kalau nak best lagi kita gunakan dua alat pemukul telur, kiri tangan kanan kita pusingkan Steel Wool tersebut, mungkin hasilnya akan jadi lebih dramatik lagi.

Ada juga yang gunakan Steel Wool Photography ni sebagai backgaroud sahaja, tetapi kena ada team work. Contoh yang biasa orang buat ialah untuk Wedding Photography ataupun Creative Portrait. Ada seorang di belakang pusingkan Steel Wool yang terbakar tu, lepas tu di hadapan dia pula ada pasangan pengantin sedang posing, bila sahaja steel wool dah nak habis terbakar, gunakan flash untuk terangkan subjek kita di hadapan kamera tu, hasilnya memang agak menarik.

Rasanya cukuplah secara ringkas saya kongsikan cara melakukan Steel Wool Photography, selebihnya terpulang kepada daya imaginasi dan kreativiti kita untuk menggunakan teknik yang dipelajari. Selamat mencuba…

***Bagi anda yang inginkan sedikit inspirasi, saudara saudari boleh gunakan INSTAGRAM dan gunakan carian hash tag #steelwoolphotography

I'm a Photographer and Travel Blogger...

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.