Mengejar Ghost Train Di Kuala Krai Kelantan | Bahagian 3
Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 20 minit dirasakan sangat singkat, masakan tidak, saya leka mengambil gambar pelajar-pelajar di dalam kereta api ini sambil bertanya khabar dan mendengar cerita-cerita dari mereka. tak sempat hendak bersembang sangat dengan mereka sebenarnya, pelajar-pelajar lelaki dan perempuan pula, ada yang malu-malu, saya pula, kalau asyik nak bersembang, macam terganggu pulak masa saya yang terhad untuk merakam gambar.
Sebaik sahaja kereta api tiba di Stesen Keretapi Dabong, saya bergegas turun untuk merakam gambar pelajar-pelajar sekolah ini turun dari kereta api. Suasana yang agak berkabus di kawasan ini menjadikan persekitaran di sekitar stesen keretapi ini cukup menarik bagi saya.
Sekiranya kita tidak pernah ke Stesen Keretapi Dabong ini, mungkin akan berkata saya “stage” kan pelajar-pelajar sekolah ini supaya berjalan di sepanjang landasan kereta api ini. Sebenarnya tidak, mereka memang berjalan di landasan tersebut kerana sekolah yang mereka tujui terletak tidak jauh dari belakang saya berdiri, lebih kurang 200 meter dari stesen keretapi ini, letaknya Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong.
Suasana yang anda lihat di dalam gambar ini adalah suasana biasa setiap kali pelajar-pelajar sekolah ini tiba di stesen keretapi ini dan berjalan ke sekolah.
Untuk dapatkan gambar atau moment seperti ini, kita perlu merancang perjalanan kita. Kita perlu tahu jadual ketibaan kereta api di sini, hari-hari persekolahan dan di kedudukan mana kita ingin berada, kerana moment yang berlaku sangat pantas dan tidak akan berulang, kecuali kita sanggup menunggu keesokan harinya untuk mengambil gambar yang hampir sama.
Ada yang bertanya kepada saya kalau kita terlepas ambil moment pelajar-pelajar sekolah ini tiba di Setsen Keretapi Dabong, next train pukul berapa sampai? Sebenarnya kereta api yang menambil pelajar-pelajar sekolah ini hanya tiba sekali sahaja setiap hari, lebih kurang jam 7:30AM kereta api akan tiba di stesen ini.
Kepada para pelajar yang terlepas kereta api ini, maka tidak bersekolahlah mereka atau mereka terpaksa meminta ahli keluarga menghantar mereka menggunakan motosikal atau kereta untuk ke sekolah ini, dan ini sudah tentu menyukarkan keluarga mereka.
Next train akan tiba lebih kurang jam 2:30PM untuk membawa semula pelajar-pelajar ini ke Kuala Geris, Bukit Abu, Slow Pak Long dan seterusnya kereta api akan meneruskan perjalanan hingga ke stesen terakhir iaitu di Tumpat.
Secara ringkasnya setiap hari, kita hanya ada peluang sekali sahaja untuk melihat ketibaan pelajar-pelajar sekolah ini di Setsen Keretapi Dabong ini dan sekali lagi untuk melihat pelajar-pelajar ini pulang ke rumah mereka semua, tetapi untuk tujuan photography, cuaca sewaktu mereka pulang dari sekolah agak panas kebiasaanya, kurang menarik bagi saya.
Lagipun waktu petang tu, pelajar-pelajar sekolah akan bercampur dengan penduduk setempat yang menggunakan perkhidmatan kereta api yang sama. Ini berbeza dengan waktu awal pagi di mana boleh dikatakan hampir 95% penumpang kereta api adalah pelajar-pelajar sekolah dan juga guru-guru yang mengajar di sepanjang kawasan yang dilalui oleh kereta api awal pagi ini.
*Kepada yang belum membaca Ghost Train Bahagian 2 Boleh singgah Di Sini
One Comment
Guru
Kenanagan yg cukup indah bergelar seorang guru yg berulang alik dgn keretapi..pengalaman yg tidak mungkin dapat dibeluli dgn wang runggit..hanya semangat utk mendidik anak bangsa sanggup melaluinya jugak.