Art,  Family,  Life,  Portrait,  Uncategorized

Tips Fotografi Mendapatkan Catch Light Pada Mata Subjek

© 2018 Wazari Wazir | Children Portrait
© 2018 Wazari Wazir | Children Portrait

Topik tentang Catch Light ini sebenarnya pernah saya tulis pada tahun 2010 dengan tajuk How To Get a Catchlight , cuma kali ini saya ingin menulis dengan sedikit ringkas sahaja. 

Secara asasnya “Catch Light” ini adalah reflection atau kesan pantulan cahaya ataupun bahagian yang terang di mata kita. Sekiranya kita memandang ke arah dinding yang hitam, maka warna hitamlah yang akan memenuhi bahagian mata kita, manakala sekiranya kita memandang dinding yang putih atau terang, maka kesan cerah atau terang akan kelihatan di mata kita.

So apa perlunya Catch Light ini kepada potret, Catch Light bukanlah satu keperluan yang wajib ada pada setiap rakaman potret tetapi sekiranya ada kesan Catch Light ataupun bahagian yang cerah di dalam mata kita, maka mata kita akan kelihatan lebih berseri berbanding mata hitam yang kelihatan seperti menakutkan atu seperti zombi.

Kalau kita ingin gambarkan subjek kita dalam keadaan menakutkan di mana semua kawasan mata berwarna hitam, itu terpulang kita, cuma kebiasaannya potret yang mampu menarik perhatian ialah yang ada Catch Light pada bahagian mata.

Jadi secara ringkasnya, sekiranya kita inginkan ada kesan Catch Light di dalam mata subjek kita, maka subjek kita perlulah memandang ataupun di hadapan subjek kita perlu ada sumber cahaya yang terang, cahaya ini boleh datang dalam pelbagai medium, sama ada dari cahaya matahari, cahaya dari langit yang terang, kesan pantulan cahaya dinding yang putih ataupun kesan cahaya daripada flash, sama ada di dalam studio ataupun flash yang digunakan di luar bangunan ataupun tempat terbuka.

Untuk gambar anak saya yang di bawah tu, sebenarnya saya gantungkan Velvet berwarna hitam di ampaian pakaian rumah saya, cuma velvet hitam itu tidak cukup besar untuk cover semua kawasan, idea saya nak bagi total blackout. Hasilnya gambar bawah tu macam kurang cahaya, catchlight pun hanya sedikit sahaja.

Selepas itu saya ubah position anak saya, saya suruh dia lihat ke bahagian atas, lebih kurang seperti memandang ke langit yang terang, hasilnya kesan Catch Light jadi lebih terang dan agak besar di dalam mata.

Hasilnya tidak berapa menarik sangat, tetapi saya harap “you get the idea.” Kalau hendak cantik mungkin boleh ambil gambar dalam studio guna”Ring Flash.” Jadi akan kelihatan ring flash yang bulat di dalam mata subjek kita, kalau hendak guna flash yang ada payung tu pun cantik juga ataupun kalau outdoor kita nak cuba guna cahaya unggun api, pun menarik juga.

Kedua-dua gambar di atas saya rakam guna lensa Prime 50mm. Untuk rakaman full body dari hujung rambut sampai hujung kaki mungkin kesan catch ligh ini tidak ketara atau nampak sangat, tetapi sekiranya kita ingin merakam subjek kita “Head and Shoulder” ataupun dari paras kepala hingga ke bahu, ada baiknya kita beri perhatian pada Catch Light ini.

Ada masanya, sentuhan ataupun attention to details ini akan memberikan kesan yang besar terhadap gambar kita, selamat mencuba…


I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.