Tips Fotografi Merakam Gambar Berkumpulan | Group Photograph
Untuk tips fotografi kali ini, saya ingin berkongsi tentang tips mengambil gambar berkumpulan, iaitu lebih daripada seorang. Oleh kerana, namanya pun tips, saya tak perlu cerita secara detail, kalau details sangat, itu dah kira Tip Top.
Cuma untuk tips kali ini saya akan focus kepada tips mengambil gambar berkumpulan dengan menggunakan aperture besar dan menggunakan lensa Telephoto ataupun paling kurang dengan lensa 50mm. Tips kali ini kita boleh gunakan supaya gambar group photograph kita kelihatan sharp atau tajam walaupun menggunakan aperture besar seperti f/5, f/4, f/2.8 sebagai contoh.
Untuk lebih mudah faham saya kongsikan diagram foto di atas. Scenario di atas ialah bila kita menggunakan lensa 50mm atau 70-200mm dan menggunakan Aperture f/2.8 atau f/4 untuk mengambil gambar berkumpulan.
Perhatikan contoh A di atas, sekiranya kita menggunakan lensa Telephoto mengambil gambar beberapa orang pada kedudukan seperti di dalam gambar A, maksudnya, ada yang di hadapan dan ada yang dibahagian belakang. Sekiranya kita fokus pada subjek yang berada di bahagian tengah dengan menggunakan Aperture f/2.8, maka hasilnya ialah, hanya subjek di tengah sahaja yang akan kelihatan sharp atau tajam di dalam gambar, manakala subjek yang di bahagian belakangnya akan jadi kabur atau blur.
Sekiranya kita inginkan kesemua subjek sharp atau tajam dalam gambar kita perlu menyusun semula subjek tersebut agar kedudukan kepala mereka sebaris, sila lihat gambar B.
Kalau kita ni jenis perfectionist, boleh guna pembaris atau tali supaya mata mereka semua tu dalam kedudukan yang sebaris. Tetapi melampau sangatlah kan sampai nak guna pembaris atau tali ukur.
Point saya ialah, pastikan kedudukan bahagian kepala tersebut sebaris dan selari dengan lensa kamera, tak berapa lurus sangat pun tidak mengapa, tetapi bukanlah sampai jauh sangat seperti dalam gambar A. Ini kalau kita ingin gunakan Aperture f/2.8.
Tetapi kebiasaanya bagi saya, sekiranya saya ingin mengambil gambar group photo keluarga saya, sangat jarang saya gunakan Aperture f/2.8. Sebabnya Depth of Field atau bahagian yang akan betul-betul sharp atau tajam sangat sedikit, Kalau bahagian kepala subjek senget sedikit sahaja, mungkin sebelah mata sharp, dan sebelah mata tak sharp.
Jadi apoa yang saya buat? Kebiasaanya saya akan gunakan Aperture f/4 atau f/5 untuk ambil gambar ahli keluarga saya. Aperture f/4 atau f/5 pun sudah cukup untuk jadikan background gambar blur atau kabur, cuma pastikan juga yang jarang subjek kita dengan background, sama ada pokok-pokok atau bangunan berada pada jarak yang agak jauh.
Untuk kedua-dua gambar di atas saya menggunakan Aperture antara f/4 dan f/5 walaupun lensa saya mempunyai bukaan f/2.8. Sebabnya ialah, agak sukar untuk dapatkan kedudukan kepala mereka sebaris. Penggunakaan Aperture antara f/4 dan f/5 memberi depth supaya bahagian anggota keluarga saya yang tidak terletak pada bahagian titik fokus kelihatan sharp atau tajam juga.
Untuk gambar yang tidak sebaris seperti di atas ini, kita perlu pilih pada siapa titik fokus kita, maksud saya, siapa di dalam gambar tersebut yang paling utama, yang paling dominant, yang plaing penting bagi kita. Kebiasaanya bagi saya, anak saya yang paling kecil akan sentiasa jadi titik fokus utama, jadi kalau bahagian lain anggota keluarga saya kurang jelas atau tidak berapa sharp, tidak mengapa bagi saya. asalkan masih lagi recognizable orang putih kata, kalau blur sangat sampai orang tak kenal, susah jugak.
Mungkin ada yang berkata, mengapa tak guna Aperture kecil sahaja, kan senang, semua sharp. Susah saya nak jawab, tengok keperluan dan keadaan sebenarnya. Sebagai contoh gambar di atas sekali tu, gambar group photo berlatarbelakangkan banjaran Gunung Himalaya. Untuk gambar tersebut saya menggunakan Aperture f/16, supaya Gunung Machapucare ataupun Fish Tail Mountain tersebut kelihatan jelas dalam gambar.
Gambar group photo semasa Istiadat Mengarak Panji-Panji di atas pula saya menggunakan lensa 24-120mm dan saya setkan kepada 70mm. Di sini lokasi group photo tetalh ditetapkan oleh pihak tuan rumah serta kedudukan mereka juga telah ditentukan oleh bahagian protokol mengikut ranking masing-masing. Kita tak boleh suka-suka tukar kedudukan mereka sana sini, terutamanya kedudukan panji-panji tersebut.
Untuk gambar tersebut saya menggunakan Aperture kecil iaitu f/16 suapaya setiap orang didalam gambar termasuk background sharp atau tajam dalam gambar. Tujuan saya masukkan juga gambar group photo menggunakan Aperture kecil seperti f/16 ini ialah supaya kita ada idea, tentang penggunaan Aperture yang sesuai. Dan ada sebab kenapa saya zoomkan kepada 70mm, sebabnya supaya background dibahagian belakang itu nampak besar atau dekat dalam gambar. Jika saya setkan Lensa pada 24mm, background akan kelihatan jauh dan kecil dalam gambar.
Sekadar perkongsian, untuk group photo yang melibatkan pemimpin negara, terutamya yang melibatkan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, kita tiada banyak masa untuk adjust itu ini. Sebelum merakam gambar, elok kita ambil kedudukan kita siap-siap dan adjust ISO, Shutter dan Aperture ikut kesesuaian dan pihak protokol akan susun setiap orang mengikut tempat duduk yang telah ditetapkan.
Kebiasaannya untuk group photo seperti ini, kita hanya ada masa lebih kurang 30 saat sahaja sebaik sahaja semua orang duduk. Jangan banyak tanya kenapa orang tu tak ke kiri, orang tu tak ke kanan, terlebih sana, terlebih sini, silap gaya gambar pun tak dapat. Ok, itu story lain. Susun atur protokol bukan bidang kita.
Mengambil gambar keluarga ni bukannya kerja mudah walaupun nampak macam senang, tambahan lagi kalau kita ada anak-anak kecil, mereka ni tak nreti nak duduk diam, satu perkara yang kita kena ingat, selain kedudukan bahagian kepala subjek kita ialah pastikan shutter speed yang dipilih itu pantas. Macam mana hendak dapatkan shutter speed yang pantas?
Cari tempat atau lokasi yang agak terang. Jadi kita boleh gunakan ISO yang rendah untuk hasil yang lebih baik dan kita juga boleh gunakan shutter yang laju, supaya kalaupun ada individu yang bergerak, Shutter yang laju dapat freeze atau matikan pergerakan tersebut.
Kesimpulannya ialah tentang susunan kepala individu dalam foto berkumpulan kita terutamanya kalau kita ingin mengmbil gambar menggunakan telephoto Lens dan menggunakan Aperture yang besar. Susunan bahagian kepala individu sangat penting. Tentang style hendak bergambar tu, terpulanglah, nak melompat ke, terbang ke,atau berendam dalam air macam Album Wings Hukum Karma.
Apa yang saya kongsikan di sini hanyalah panduan sahaja, ataupun starting point, at least kita tahu hendak bermula di mana, selebihnya terpulang kita. Itu baru saya ceritakan tentang susun atur subjek.
Tetapi untuk gambar group photo yang menarik, ada banyak lagi faktor yang tiada sangkut paut dengan teknikal kamera, iaitu pemilihan lokasi, pencahayaan, props, komposisi gambar, jenis pakaian yang elok atau sesuai dipakai oleh subjek kita (kalau majlis formal, itu lain story).
Selain daripada itu, expressi, emotion, gaya posing subjek juga akan menentukan sama ada gambar yang kita rakam itu sedap dipandang mata ataupun kita kena ambil lagi. Bagi saya secara personal, kebanyakan gambar-gambar keluarga yang saya rakam, sehingga ke hari ini, belum ada lagi gambar yang saya betul-betul puas hati, sebab ada sahaja yang tidak kena.
Dan oleh sebeb itulah, saya tidak pernah jemu-jemu merakam gambar-gambar keluarga saya, sebab belum terakam moment yang betul-betul saya puas hati. Kadang-kadang, semua dah ok, mata sorang ni pulak terpejam, kadang-kadang semua dah ok, out of focus la pulak, kadang-kadang semua dah ok, bila tengok balik pakaian macam tak menariklah pulak. kadang-kadang semua dah ok, tetapi keadaan pencahayaan tidak berapa best pulak.
Banyak lagi saya nak sembang, tapi tak apa, nanti saya share di lain kali, insyaAllah…
One Comment
Nazim(0194740150)
Assalam tuan..boleh ke saya nak belajar