Adventure,  Art,  Photojournalism,  Travel,  Uncategorized

TIPS FOTOGRAFI | MENGGUNAKAN LENSA TELEPHOTO UNTUK GAMBAR PEMANDANGAN, LANDSCAPE PHOTOGRAPHY

© 2017 Wazari Wazir | Pemandangan Candi Borobudur Dari Punthuk Setumbu | Yogyakarta | Lens 70-200mm

Bila kita bercakap tentang gambar pemandangan ataupun landscape photography, lensa yang biasa digunakan adalah wide angle ataupun lensa sudut luas. Sebabnya mudah pemandangan itu adalah sesuatu yang besar, meliputi kawasan yang luas, seluas mata memandang orang kata.

Amat jarang kita lihat landscape photographer membawa Lensa 400mm atau 600mm ketika outing, kebiasaanya lensa yang dibawa adalah dalam range atau lingkungan 10mm hinga 35mm. Sebabnya ialah, seboleh-bolehnya seorang landscape photographer ingin memasukkan seberapa banyak elemen ke dalam gambar, contoh gunung ganang yang luas terbentang ataupun padang ragut yang luas dengan ratusan biri-biri atau haiwan liar.

Tetapi pernahkah anda melihat gambar di Afrika, iaitu gambar di Safari di mana kelihatan sekawan zirafah yang sedang berjalan berlatarbelakangkan matahari yang hampir terbenam dengan size yang sangat besar. Ataupun gambar sepasang kekasih sedang berjalan di tepi pantai dilatari oleh latar belakang mentari senja yang hampir tenggelam, yang sizenya besar juga.

Pernahkah anda lihat gambar sebuah bangunan pencakar langit berlatarbelakangkan Super Moon ataupun bulan purnama (full moon) yang cukup besar size bulan tersebut. Ataupun pernahkah anda melihat gambar puncak gunung yang mana kelihatan bulan yang cukup besar dibelakangnya?

Ketahuilah bahawa gambar-gambar tersebut bukan dirakam dengan menggunakan lensa 10mm ataupun 35mm, sebaliknya gambar-gambar tersebut dirakm menggunakan lensa telephoto, lagi besar size matahari atau bulan yang kelihatan dalam gambar, lagi besar lensa telephoto yang digunakan.

Untuk gambar pasangan kekasih berjalan di pantai dengan berlatarbelakangkan matahari yang hampir terbenam, mungkin boleh dirakam dengan lensa 70-200mm tetapi untuk lebih dramatik, paling kurang kena guna 300mm, suapaya matahari kelihatan besar.

Manakala untuk gambar bulan pula, bulan di belakang iconic landmark, ataupun bulan yang besar di belakang mercu tanda tertentu di seluruh dunia biasanya dirakam menggunakan lensa paling kurang 300mm, lebih baik lagi kalau kita ada 600mm. Lagi besar bulan tersebut akan kelihatan dalam gambar.

Untuk gambar Candi Borobudur di atas, gambar tersebut saya rakam menggunakan lensa 70-200mm, dan saya zoomkan atau setkan kepada 200mm. Gambar di atas tu saya tidak crop, itulah hasil focal length ataupun itulah framing 200mm yang berjaya dirakam dari Bukit Punthuk Setumbu di Yogyakarta yang jaraknya dengan candi Borobudur tersebut ialah lebih kurang 4 kilometer. masih kecil bukan?

Bayangkan kalau saya berada di Punthuk Setumbu dan lensa yang saya ada hanyalah 24mm, makin halus atau mungkin tak kelihatan langsung Candi Borobudur tersebut yang dikelilingi oleh pokok-pokok di sekitarnya.

Point yang ingin saya tekankan di sini ialah, lensa telephoto adakalanya diperlukan untuk merakam gambar landscape atau pemandangan. Telephoto lens bukan hanya sesuai untuk mengambil gambar potret manusia atau close up  haiwan liar. telephoto lens bukan hanya digunakan untuk isolated sesetengah subjek, ia juga boleh digunakan untuk tujuan lain mengikut kesesuaian.

Tips Untuk Kaki Travel Yang Minat Photography; Sebelum kita travel ke sesuatu destinasi yang kita tidak familiar atau belum pernah pergi dan ingin merakam pemandangan tertentu, ada baiknya kita research dahulu.

Ambil tahu dari sudut mana gambar tersebut dirakam, bila waktu yang paling cantik atau sesuai dan ambil tahu juga, gambar cantik atau menarik yang kita lihat itu dirakam dengan menggunakan lensa apa. Ini penting untuk mengelakkan kekcewaan, contoh kita tengok gambar Candi Borobudur di Punthuk Setumbu di Instagram dengan close up, tetapi di Instagram tidak dipaparkan tentang maklumat teknikal gambar tersebut dirakam.

Kita mungkin beranggapan gambar close up tersebut mungkin dirakam dengan menggunakan iPhone atau smartphone sahaja. Tanpa membuat research yang lebih mendalam mungkin kita akan kecewa bila mendapat tahu bahawa kedudukan Candi Borobudur tersebut dari Bukit Punthuk Setumbu ialah lebih kurang 4 Kilometer dan rasa tertipu dengan gambar yang kita lihat di Instagram, sedangkan lensa yang kita ada cuma 24-120mm atau 18-55mm sahaja.

Semasa di Yogyakarta, gambar yang saya ingin rakam adalah Candi Borobudur dari Bukit Punthuk Setumbu, sewaktu sunrise ataupun semasa matahari naik, cuma pada masa itu keadaan berawan, mendung dan hasrat untuk ambil gambar golden light tidak kesampain, namun saya pasrah kerana itu adalah lumrah atau cabaran mengambil gambar pemandangan kerana segalanya bergantung pada keadaan cuaca yang di luar kawalan kita.

Untuk pengetahuan lagi, jarak dari Kota Yogyakarta, iaitu sekiranya penginapan kita di sekitar Jalan Malioboro adalah lebih kurang 45 Kilometer yang mana mengambil masa perjalanan lebih kurang satu jam 30 minit. Jadi kita kena merancang awal, perlu berada di Punthuk Setumbu sebelum matahari naik atau kita akan disambut dengan kekecewaan. Begitu juga untuk destinasi lain, buat research dulu tentang tempat yang ingin anda lawati.

*Artikel Berkaitan : Kembara Di Kota Bandung Indonesia

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.