Adventure,  Life,  Photojournalism,  Travel

Panduan Ke Cemoro Lawang Dari Probolinggo | Bromo | Trans-Java

Bromo

bisonmap

bison

Bison Probolinggo

Bison Probolinggo

Bison Probolinggo

Bromo

© 2017 Wazari Wazir | How To Get To Cemoro Lawang From Probolinggo

Di sini saya ingin kongsikan secara ringkas cara bagaimana kita boleh ke Cemoro Lawang Bromo dari Probolinggo. Cemoro Lawang ialah kawasan atau mungkin boleh kata kawasan perkampungan yang paling hampir dengan Gunung Bromo. Kebiasaanya mereka yang akan ke Bromo memilih sama ada datang dari arah Malang atau Probolinggo, ada yang kata datang dari Malang lebih mudah dan ada yang kata datang dari Probolinggo lebih mudah, terpulang masing-masing. Di sini saya hanya boleh cerita tentang dari arah Probolinggo kerana ini adalah laluan yang saya pilih.

So, sekiranya kita memilih untuk ke Cemoro Lawang dari Probolingo, kebiasaanya yang datang dari Malaysia akan turun di Lapangan Terbang Surabaya atau nama rasminya Juanda International Airport. Dari Surabaya untuk ke Probolinggo ini bukan dekat, jauh perjalannya, sekiranya kita menggunakan perkhidmatan kereta api, ia akan mengambil masa lebih kurang 6 jam perjalanan, sama juga sekiranya kita memilih untuk menaiki bas, lebih kurang 5 hingga 6 jam juga perjalanannya. Kena ingat itu masa untuk sampai ke Probolinggo, belum lagi sampai ke Cemoro Lawang.

Dalam blog sebelum ini saya ada beritahu kenapa saya memilih untuk menaiki bas dan bukannya kereta api untuk ke Probolinggo. Tujuan saya ialah untuk mengelakkan “scam” yang agak banyak di Probolinggo. Kebiasaanya backpackers yang turun ke Probolinggo memang akan ke Bromo, kerana tiada apa sangat tarikan yang ada di Probolinggo selain tempat persinggahan untuk ke Bromo. Jadi ramai orang cuba mengambil kesempatan daripada backpackers dengan menawarkan pelbagai pakej untuk ke Bromo.

Dari pembacaan saya, sekiranya kita memilih untuk menaiki kereta api, kita terpaksa menggunakan perkhidmatan Angkot untuk mendapatkan Bison, “Bison” ni sebenarnya ialah sebuah van yang berwarna hijau yang akan membawa penumpang ke Cemoro Lawang, “Angkot” tak boleh bawa kita hingga ke Cemoro Lawang. Dari apa yang saya baca kebanyakan Angkot yang beroperasi di Stesen Kereta Api di Probolinggo ini telah berpakat dengan agensi travel untuk membawa backpackers yang tiba di Stesen Kereta Api Probolinggo ke pejabat mereka di mana mereka akan menawarkan khidmat mereka. Jarak antara Stesen Kereta Api Probolinggo dengan stsesen atau lokasi di mana Bison-Bison ini parking agak jauh.

Jadi di Surabaya saya memilih untuk menaiki bas ke Probolinggo. Sebabnya? Sebabnya ialah dari research saya, bas dari Surabaya iaitu dari Stesen atau Terminal Bungurasih akan menurunkan penumpang di Stesen BAs Probolinggo atau nama Terminalnya Terminal Bas Bayuangga dan lokasi Terminal Bas Bayuangga ini tidak jauh dari lokasi di mana Bison-Bison ni berada. So, cadangan saya, sebaik turun sahaja bas di Bayuangga, saya hanya berjalan kaki sahaja untuk ke tempat Bison-Bison tersebut. Saya dah lukis map lokasi Bison ni siap-siap dalam notebook saya, sebelum ke Indonesia supaya senang saya refer.

Dari Surabaya Airport sebaiknya kita ambil sahaja Teksi dan minta mereka hantar kita di Stesen Bas atau Terminal Bas Bungurasih. Kepada yang biasa ke Indonesia, Syarikat Teksi yang boleh dipercayai sudah tentu “Blue Bird” kebanyakan pemandunya menggunakan meter, jangan risau. Saya tiba di Surabaya bukan di Airport tetapi di Stesen Keretapi Surabaya Gubeng sebab saya dari Yogyakarta. Kalau kita tidak mahu menaiki teksi, cari bas DAMRI, bas ini akan membawa kita terus ke terminal bas Bungurasih. Bas ini boleh kita cari di hadapan balai ketibaan.

Bila dah tiba di Terminal Bungurasih cari terminal bas atau pun cari lokasi di mana Bas ke Probolinggo berada. Setiap terminal ataupun setiap petak di mana bas parking, di bahagian atas bangunan tersebut ada ditulis arah mana bas tersebut menuju. So cari yang ke Probolinggo dan jangan cari yang Ekonomi, cari yang Express. Cuma mental anda kena kuat, sebaik sahaja anda melangkah masuk ke tapat terminal bas ini lengkap dengan backpack, anda akan jadi sasaran “calo” atau ulat tiket yang tak henti-henti akan mengekori anda dan bertanya “Ke Mana Pak?” Ke mana Mas?”

Memang rimas dibuatnya, kita tolak dengan lembut atau diam sahaja, sambil mata melilau mencari bas. Untuk Ke Probolinggo saya gunakan khidmat bas Ekpress “LADJU” tambangnya kalau tak silap saya dalam Rp60,000 seorang. Beza bas ekonomi dan bas ekpress ni kita boleh tengok keadaan dia, biasanya bas ekonomi ni tiada aircond, tingkap boleh bukak dan bas ekpress ni tingkapnya tutup rapat sebab ada aircond.

Sampai sahaja di Bungurasih, lihat map atau peta di atas dan cari Bison, Bison ni tak akan bergerak kalau tak cukup orang. Actually seorang penumpang pun Bison ni boleh membawa kita ke Cemoro Lawang, cuma kita kena bayar harga tinggi. Masa saya pergi hari tu, satu Bison kalau kita nak chartered kena bayar Rp525,000 atau RM176. Kalau kita sanggup bayar Rp525,000 mereka akan jalan dan tak tunggu orang lain dah.

Semasa menunggu van atau Bison penuh, kita boleh makan di warung yang ada di hadapan Bison parking tu, ada nasi campur, sup dan bakso pun ada, tak nak makan minum-minum pun ok, dan ada salah satu warung di sini sediakan tempat solat serta tempat mandi kalau kita nak mandi dengan sedikit bayaran, jangan terperanjat juga, salah satu warung kecil kampung tu ada WiFi, laju dia boleh tahan jugak. Semasa trip Trans-Java saya 10 hari di Indonesia, saya tak beli simkad ke, atau apa-apa plan internet. Saya hanya gunakan Free Wifi yang ada di restoren, hotel/hostel sahaja terutamanya untuk update perjalanan saya dengan ahli keluarga.

So, kalau nak jimat memang kena tunggu, Bison ni boleh memuatkan seramai 15 orang kata pemandu Bison tu la. Tapi rasanya kalau 15 orang memang sempit. Kalau kita cuma ada 4 orang pun boleh gerak jugak, cuma kena bahagikan jumlah Rp525,000 tu. So lagi ramai lagi sedikitlah jumlah yang kita kena bayar. Kalau ada 10 orang, seorang cuma perlu bayar Rp52,500 setiap seorang. Cuma satu perlu diingatkan di sini, perkhidmatan Bison ini hanya sampai jam 4 Petang sahaja. Kalau kita dah sampai lewat, kenalah bermalam di Probolinggo atau terpaksa ambil “Ojek” atau teksi motosikal yang akan bawa kita ke Cemoro Lawang.

Jauh Cemoro Lawang tu, perjalanan ambil masa antara satu jam dan satu jam setengah. Bila kita dah lalu kawasan tu baru kita akan tahu mengapa Bison hanya sampai pukul 4 Petang sahaja. Agak merbahaya untuk memandu di kawasan lereng gunung dalam keadaan yang agak gelap.

Mengapa Cemoro Lawang? Sebab kawasan itu adalah yang paling hampir dengan Gunung Bromo, kira jalan kaki sahaja dah boleh nampak Gunung Bromo, sila lihat gambar last di atas. Gambar tersebut di rakam di hadapan Hotel Cemara Indah. Walaupun dekat, kita tak boleh turun jalan kaki di bawah tu untuk ke Bromo, kena naik Jeep juga. Kalau didapati ada orang turun berjalan kaki ke bawah tu, boleh di saman, kira macam menceroboh tanpa izin. Actually kawasan tu pun berpagar.

Semasa di Cemoro Lawang, saya menginap di Yog Bromo Homestay, lokasinya di belakang Hotel Cemara Indah, kira dalam 100 meter untuk ke lokasi “Viewpoint Gunung Bromo” gambar last tu. Masa saya sampai tu Off-Season, musim hujan, so satu bilik 2 katil cuma Rp150,000 sahaja.

 Ada juga yang meninap di Yoschi’s Hotel yang terletak di Ngadisari, cuma lokasi hotel ni agak jauh dari Gunung Bromo, kalau hendak berjalan kaki kira letih jugaklah. Tetapi di manapun kita menginap, kita still, masih perlukan khidmat Jeep atau pacuan empat roda untuk memasuki kawasan Gunung Berapu Bromo dan Gunung Batur, kita memang dibenarkan berjalan kaki ke sana, cuma kalau kita menginap di area Cemoro Lawang, kalau kita memilih untuk bermalam lebih dari satu malam, mungkin kita boleh bersiar-siar di sana dengan latar belakang Bromo yang menarik, kalau tinggal di Ngadisari di area Yoschi’s Hotel, memang tak dapatkah background Bromo sebab jauh, you all boleh guna Google map untuk dapatkan gambaran jelas lagi tentang kedudukan tempat yang saya maksudkan tu.

Last but mot least, sekiranya kita ambil Bison dan kita kata ingin ke Cemoro Lawang, pemandu atau Pak Supir akan drop kita di hadapan Yog Hostel ataupun di area Cemara Indah sebab ini last stop yang dibenrakn untuk mereka. Dalam perjalanan biasanya Pak Supir pun akan promote hostel atau hotel tertentu, mungkin mereka ada komisen, kalau malas hendak layan, beritahu sahaja kita dah booking Hotel Cemara Indah. tak booking pun tak apa, yang penting dia drop kita di sana.

Sampai sana nanti pandai-pandailah cari hostel, insyaAllah ada kat sana, cuma kalau datang Peak Time terutamanya Bulan Jun dan Julai, ada baiknya kita booking hostel atau hotel terlebih dahulu, takut takde bilik susah pulak, sejam perjalanan dari Probolinggo, lepas tu letih nak usung backpack sana sini cari hostel. Tapi still, area Ngadisari banyak hostel/hotel, cuma jauhlah dari Bromo, itu jer.

Okeylah, insyaAllah ada masa saya sambung lagi…

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.