Family,  Life,  Portrait,  Travel

Fotografi Keluarga Di Pantai | Kenangan Bersama Keluarga Di Pantai Batu Laut | Banting Selangor

Family Photography | Mother With Her Baby

Family Photography | Mother and Her Baby

© 2016 Wazari Wazir | Mother and Her Baby at Pantai Batu Laut | Banting | Selangor | West Peninsular Malaysia

Sejak pindah di area Banting ni, banyak tempat dah kami explore, saya jenis orang yang suka berjalan atau travel dan memang kalau hari cuti tak boleh duduk rumah, rasa rimas. Actually rumah kami ni terletak di sempadan antara Sepang dan Banting. Lebih dekat ke Sepang dari Bandar Banting, kalau nak ke KLIA/KLIA2 dari rumah cuma ambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Kalau orang tanya, “rumah kat mana?” Kalau jawab Banting, mesti orang KL kata, jauhnya, tapi kalau kata Sepang, tak jauh sangat.

Masa mula-mula pindah dulu, banyak tempat kami explore dan rasanya ada orang Selangor sendiri pun tak pernah sampai, antaranya ialah Ladang Teh BOH di Bukit Cheeding. Ya, memang ada ladang Teh Boh di Banting ni, cuma ianya tidaklah sebesar atau seluas di Cameron Highlands. Semasa Tahun Baru Cina yang lepas kami sempat ke Dong Zen Temple yang terkenal di Banting ni dan masa CNY ada pertunjukan Lantern di sana.

Tentang Pantai Batu Laut ni pula, sebenarnya sebelum ke sini, saya pun tak tahu nama tempat ni, masa tu baru balik dari Pantai Morib, lepas tu nak ke Bagan Lalang. On the way ke Bagan Lalang dari Morib, nampak batang-batang pokok bakau di tepi pantai, di Pantai Kelanang pun banyak juga pokok-pokok ni, cuma masa tu dah lewat senja, so kami tak singgah. dan teruskan perjalanan sampai Bagan Lalang, dan kemudian ke Sungai Pelek dan terus ke rumah ikut laluan KLIA.

Dipendekkan cerita, sempena cuti sekolah dan Hari Krismas, kami ke sini lagi, kali ni dengan “Lantern” ataupun “Lantera Badai.” Lantern ni dikenali dengan nama “Hurricane Lantern,” so dalam Bahasa Malaysia, orang gelar “Lantera Badai.”

Kalau hendak diikutkan jarak dari rumah kami ke Pantai Batu Laut ni lebih dekat dari jarak rumah kami ke KLCC, cuma tiada highway macam MEX tu, so masa perjalanan lebih kurang sama jugaklah, cuma dapatlah tengok rumah-rumah kampung yang cantik-cantik sepanjang perjalanan ni.

Mengapa bawa “Lantera Badai,” Kenapa tidak guna FLASH sahaja, malas nak jawab, cara masing-masing. Sebelum tu nak beritahu, lokasi ni antara lokasi favorite wedding photographer, selain di Pantai Kelanang tu. Mungkin sebab ada background pokok-pokok bakau tu buat tempat ni unik sedikit berbanding pantai lain yang hanya pasir sahaja di pantai, clean shot. Cuma di Pantai Batu Laut ni, rasanya kurang sesuai untuk mandi manda, nak bergambar okeylah.

Masa kami sampai sini, nampak dua-tiga pasangan pengantin sedang shooting dengan wedding photographer mereka (Disember ni Cuti Sekolah, Musim Orang Kahwin), ada juga saya nampak satu keluarga dengan anak kecil, kanak-kanak perempuan, mungkin dalam darjah 2 atau 3 dengan berpasang-pasang baju. Mulanya saya ingat dorang nak shoot ala-ala fashion kanak-kanak dengan jurugambar profesional, maklumlah, rasanya ada dalam 5,6 helai saya nampak ibunya bawa, mungkin ada banyak lagi dalam kereta. Saya perhati dari jauh jer, rupanya mereka hanya shoot guna telefon pintar, nak cakap smartphone jenis apa, tak jelas sangat pasal saya perhati dari jauh, tapi memang mereka tidak guna DSLR, hatta compact kamera sekalipun, hanya smartphone. Mungkin dorang ni nak jual baju guna akaun INSTAGRAM sahaja atau hanya untuk kenangan keluarga.

The Hurricane Lantern | Lantera Badai

© 2016 Wazari Wazir | Lantera Badai | Hurricane Lantern

Okey, sambung balik pasal lantern ni, sebelum ni saya guna IKEA Rotera Lantern, harga dalam RM19.90 tapi nampak modern, guna lilin, nampak modern, feel dia rasa macam kurang sikit. Bila saya search gambar-gambar di internet, gambar “Boy With Lantern, Girl With Lantern, Women With Lantern” dan macam-macam keywords berkaitan lantern, saya lebih teruja melihat gambar orang bersama “Hurricane Lantern” ni. Old School, Classic dan rare.

Jadi saya teringat ada satu kedai di pekan lama di Sungai Besi, ada kedai jual lantern macam ni, so semasa ke rumah Ibu saya di Sungai Besi, saya pun singah kedai tu dan beli satu, masa tu ada warna merah sahaja, size lebih kurang 12 inci tinggi. Tinggal satu sahaja, asalnya saya hendak cari warna hitam atau biru. Tokey kedai tu kata, last one, lagipun dia nak tutup kedai dah, tutup kedai bukan pasal dah malam atau memang waktu closed door tapi lepas ni dia akan tutup kedai selamanya. So sampai barang dlam kedai dia habis, dia tutup kedai. Maklumlah kedai runcit era awal 80an macam tu susah nak survive di zaman Tesco, AEON, GIANT, Speed Mart dan lain-lain lagi. Sudah kurang untung rasanya. So saya beli, harga dalam RM20 sahaja.

Yang gambar atas tu, saya beli lagi, dah ketagih nak beli lantern, lagipun harga dia lagi murah dari harga Rokok Dunhill 20 batang. Lagipun bukannya saya nak beli hari-hari, rokok sekotak, sehari habis, lantern ni, insyaAllah ke anak cucu, cicit boleh diwariskan kalau pandai jaga. nak tahu harga lantern yang kecik sikit tu, tinggi dalam 10 inci, hanya RM15 sahaja (warna merah), yang tu saya beli di Dengkil, tak jauh dari Putrajaya, jenuh jugaklah masuk satu kedai ke satu kedai cari lantern ni. Barang “rare” jumpa pun yang dah berhabuk, mungkin dah 5,10 atau 20 tahun tergantung dalam kedai tu menunggu pembeli. Lagipun harga minyak tanah (kerosene) lagi mahal dari harga petrol. Tak percaya? TRUST Me…

Ok, kenapa lantern, kenapa tak guna Flash, flash ni biasa kita gunakan cahayanya sahaja, jarang kita masukkan sekali “Flash” tersebut secara fizikal dalm gambar, unless behind the scene photo. Manakala lantern atau lantera ini adalah sumber cahaya artificial dan juga sebahagian dari props gambar, ianya memberikan sumber cahaya dan juga kehadirannya mencantikkan gambar, cantik tak cantik tu, terpulang kitalah nak ejas dekat mana. Ianya membawa satu nostalgia zaman kanak-kanak saya dahulu, di mana satu ketika, sebelum elektrik masuk ke rumah, lampu minyak tanah macam inilah yang digunakan untuk menerangi rumah, untuk mengaji, baca buku dan lain-lain urusan lagi.

Sebelum ini saya dah kongsikan tips macam mana nak gunakan artificial light Di Sini , cara masing-masinglah, cuma bagi saya yang paling sesuai ialah waktu senja atau awal pagi, Blue Hour, waktu belum betul-betul gelap, masih kelihatan samar-samar background. At least kita tahu di mana lokasi tersebut. Kalu masih terang, cahaya lantern tu tak berapa terang sangatlah pulak, kalau gelap sangat, cahaya lantern tu terang tetapi background pulak tak nampak.

Contoh macam dalam gambar di atas, kalau dah gelap sangat, dah tak nampak pokok-pokok paya bakau tu, dah tak nampak pantai, kalau totally gelap background, baik shoot dalam rumah, je tutup semua lampu, gantung kain hitam di dinding dan shoot, no point travel lebih 40KM tetapi gambar macam dalam rumah jer kan.

Hopefully you get the idea la, kembangkan idea tu, saya dapat idea atau ilham dari internet tetapi saya bukan tiru bulat-bulat, just to get some inspiration, lepas tu ejas ikut creativiti kita, contoh lain ambil gambar dari belakang anak kecil bawak lantern menuju ke rumah kampung, macam mood Hari Raya gitu. Anak kecil pegang lantern di tepi pantai dengan kesan refleksi lantern tu jatuh di air, osem sungguh. Anak-anak kecil megaji Al-Quran diterangai cahaya lampu badai ni pun osem, lebih osem lagi kalau anak-anak kita sendiri, adalah kenangan kan, kenangan kita masa kita kecil yang tak dapat dirakam satu ketika dahulu.

Anyway, happy shooting, kalau dah bosan ambil gambar family, yang tiada kelainan, asyik layan BOKEH sana sini, why not try lantern, cuba guna High ISO, variety-kan photography kita, hidup ini akan jadi cepat bosan kalau kita asyik buat benda-benda sama sahaja berulang kali, sekarang ni otak tengah ligat cari idea photo shoot with lantern. Bagus kalau otak kita ligat berfikir ni, pasal kalau tidak, boleh cepat nyanyuk, moga dijauhkan, insyaAllah. Kalau anda rasa passion photography anda mula pudar, hangatkan kembali dengan cahaya Lantera Badai

I'm a Photographer and Travel Blogger...

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.