Tips Photography | Bagaimana Mengambil Gambar Menggunakan Artificial Light
© 2016 Wazari Wazir | My Children Playing With Lanterns
“Faith Means Living With Uncertainty, Feeling Your Way Through Life,
Letting Your Heart Guide You Like a Warm Lantern in The Dark.”
-Dan Millman-
Sebenarnya dah lama saya nak ambil gambar anak dengan lantern ni, tetapi bukan lantern modern macam ni, lantern ataupun lampu minyak tanah yang dalam bekas ada gelas tu, yang biasa di kampung kita guna. Setiap kali bila lalu di Pekan Sungai Besi, ternampak kedai lama, yang jual lampu tu, nak beli tapi tak beli beli, maklumlah di bandar keperluan nak guna lampu mintak tanah tu kurang penting, lilin pun dah cukup kalau blackout. Biasanya kalau blackput pun bukan sampai seminggu, biasanya hanya beberapa jam sahaja, so lilin sudah memadai.
Anyway cukuplah intro, panjang sangat bukan orang nak baca. Lantern Rotera tu saya beli di IKEA, harga dalam RM19.90 setiap satu, lilin kena beli asing, kalau boleh cari jenis yang tinggi sikit dan bukannya lilin dalam mangkuk kecik 1cm tu.
Lantern tu kalau dapat guna yang orang kampung dulu-dulu guna lagi rare, yang pakai minyak tanah tu, macam-macam boleh buat, mistik, mystical, fairy tale dan macam-macam lagi.
Bercakap tentang photography, masa terbaik untuk shooting situasi macam ini ialah dalam keadaan sebelum totally black out, langit belum gelap sangat lagi, kalau dah totally gelap memang kurang menarik, sebaiknya dalam setengah jam sebelum atau selepas Maghrib. Yer, masa tu memang hantu jembalang atau Jin sedang rancak merayau, so kena ingat sendiri lah, nak selamat selepas setengah jam selepas Subuh hingga sebelum matahari naik.
Nampak tak perbezaan suasana dari terang ke gelap, personally saya suka yang masih terang sedikit, cahaya yang samar-samar, yang masih nampak lagi suasana sekitar walaupun dalam samar-samar, masih nampak lagi texture pada titi kayu tersebut.
Pencahayaan di atas menggunakan Natural Light, Available Light dan Artificial Light Photography. Natural Light atau Cahaya Semulajadi ialah cahaya dari alam semulajadi, dari sumber cahaya matahari ataupu bulan. Dalam situasi di atas masih ada lagi sisa-sisa cahaya sang matahari walaupun telah tenggelam di kaki langit. Avialable Light dan Natural light ni bezanya hanya Natural Light ialah cahaya semulajadi, manakala Available Light ialah sumber cahaya yang memang dah ada di situ, contohnya cahaya lampu jalan, di sini ada sedikit sahaja sumber cahaya jalan yang menerangi kawasan ini. Agak jauh sebenarnya.
Dan Artificial light pula, ialah sumber cahaya yang sememangnya tiada di tempat kejadian tetapi yang kita bawa sendiri, contoh mudah ialah dari FLASH atau Strobe. Cuma dalam kes gambar di atas saya menggunakan sumber cahaya dari tanglung atau lantern. Sumber dari cahaya lilin, lighter, lampu suluh, lampu kereta, lampu motor, lampu basikal kita sendiri, atau apa sahaja yang kita bawa atau buat, boleh dikategorikan sebagai Artificial Light, sumber cahaya yang tiada di lokasi tempat kita shooting, tetapi kita bawa atau buat sendiri untuk menerangi subjek kita.
Hari sebelumnya saya cuba shoot selepas Isyak, langit memang dah gelap, walaupun muka subjek terang tapi gambar macam kurang menjadi sebab background dah totally blackout, kecuali kalau kita memang hendak totally black background, itu masing-masing punya selera lah. Saya lebih suka bila keadaan persekitaran masih agak jelas dalam gambar dan orang yang melihatnya tahu di mana gambar tersebut di rakam.
Memandangkan keadaan agak gelap, ISO yang saya gunakan agak tinggi antara ISO 800 hingga ISO1250 (Apa Guna Bangga Dengan ISO Tinggi Kamera Kalau takut Nak Guna Kan?) Cuma saya tidak bump ISO hingga ISO10,000 Walaupun kamera saya mampu sebab saya kalau boleh ingin kurangkan kesan noise atau grainy yang terhasil, inipun ikut selera masing-masinglah, kalau sukakan grainy, siapa saya nak kata tak boleh, No point arguing about taste.
Shutter Speed pun agak slow sebab ISO yang tidak berapa tinggi, Shutter Speed yang saya gunakan di bawah 1/100, saya gunakan Shutter Speed antara 1/40 dan 1/60. Untuk mengurangkan kesan gegaran atau camera shake, saya gunakan tripod, jadi walaupun shutter agak perlahan, masih lagi stabil.
Kepada yang tidak tahu, semasa saya merakam gambar ini saya berada dalam parit, hingga ke paras peha, apa yang ada dalam parit tu, tawakkal sahaja, tambah-tambah bila hari dah gelap, boleh singgah SINI untuk lihat gambar yang hamoir sama di waktu yang berbeza.
Rasanya hendak shooting gambar ni bukanlah tricky sangat kalau kena dengan masa serta cahayanya, cuma untuk merakam gambar anak-anak ni, yang susahnya untuk mendapatkan expressi muka yang baik, dan lagi satu yang susahnya nak dapatkan kerjasama anak-anak yang mungkin cepat bosan. Banyak idea lagi nak shoot, buat masa ni, saya share yang ni dulu.
Tips lainnya pastikan jatuhan cahaya lantern tu kena pada muka anak kita, kalau tak dapat menerangi keseluruhan wajah, dapat kena sedikit pun dah kira ok. Dari segi editing pulak, secukup rasa, tak perlu nak masking sana sini dalam Photoshop bagi terang bahagian muka tu, kalau boleh biar natural sebagaimana di tempat kejadian, di waktu senja diterangi cahaya lantern, memanglah tak terang mana kan, so, just keep it that way.
Hopefully you all get the idea, saya ada banyak lagi idea nak shooting gambar anak-anak dengan Lanterns ni, lets keep it a secret, dah lepas shoot baru saya share, nanti saya bagi idea, you all shoot dulu, tak bestlah kan. Nak apa lagi “Resepi” dah idea, masa untuk memerah otak mencari idea, rugilah saya beli Lantern ni hanya untuk sekali phot shoot jer kan, sama jugak macam saya beli lensa 50 mm dulu, sewaktu HaiQal baru lahir, saya gunakan semaksimum mungkin, sampi bersara lens 50 mm tu.