Tips Photography Gambar Keluarga Menggunakan Lensa 50mm
© 2016 Wazari Wazir | Family Photography at Wooden Bridge
Rasanya agak lama juga saya tidak berkongsi tips photography di sini, bukan apa, blog ni pun dah agak lama, dan dah macam-macam tips saya kongsikan di sini. Kepada yang dah lama follow saya di blog ni mungkin dah baca macam-macam tips dan ada antaranya tips yang sama, cuma disampaikan dalam cara yang berbeza sedikit.
Apapun di sini saya ingin kongsikan tips photography ambil gambar group photo, terutamanya gambar keluarga ataupun group photo kumpulan yang kecil yang mana kita inginkan background belakang blur atau kabur, dengan menggunakan Aperture Besar. Walaupun tajuk blog post ni menggunakan lensa 50mm, tetapi kalau kita hendak guna 85mm, 105mm, 135mm ataupun 70-200mm pun boleh guna juga tips ini, asalkan anda guna Aperture Bukaan Besar seperti f/2.8, f/4 dan f/5.
Kalau ada yang tanya, kenapa hendak guna aperture besar kalau ambil gambar group photo? Bukankah lebih elok guna Aperture kecil seperti f/8 atau f/11? Sebabnya untuk kita blurkan atau kaburkan background supaya subject kita stand out. Ingat, tujuan kita untuk “Blur-kan” bahagian background. (Aperture Besar untuk group photo hanya sesuai untuk group photo yang kecil sahaja, seperti tiga hingga lima orang yang mana semua subjek berada pada satu barisan sahaja, kalau ada dua tiga layer, maka yang duduk atau berdiri di bahagian belakang akan jadi kabur atau out of focus).
Sebelum kita fikir kenapa hendak blurkan background, tengok keadaan juga, contoh seperti gambar di atas tu, background hanya pokok kelapa sawit sahaja, tiada apa yang menarik sangat untuk didetailkan, kalau kita melancong ke luar negara dan background kita Masjid Biru di Istanbul ataupun Saint Basil Cathedral di Moscow, dah tentu kita hendakkan background tersebut sharp, jelas subjectnya, rugilah travel beribu-ribu kilometer tetapi background blur. So, kena ikut keadaan dan tempat. Biasa kalau melancong sebaiknya guna Aperture kecil seperti f/8 dan ke atas sebab background destinasi kita berada penting, kecuali kita buat photo shoot portraiture untuk fashion sebagi contoh.
Ok, untuk gambar di atas, saya gunakan lensa 50mm, dan ketiga-tiga gambar saya guna Aperture Besar iaitu f/2.8. Cuma gambar di bawah agak berbeza sedikit sebab saya rakam di waktu lain, di awal pagi yang berkabus, pasal tu nampak lain sikit, setting sama jer, Aperture f/2.8, shutter saya guna 1/640. ISO untuk dua gambar diatas ialah ISO 200 dan yang di bawah ISO 320, tetapi yang utama di sini ialah Aperture untuk blurkan atau kaburkan background.
So, apa tips dia? Tips yang saya hendak kongsikan ialah bagaimana kita boleh dapatkan gambar subject kita sharp semua, walaupun guna aperture besar f/2.8. Rahsia dia ialah pastikan kedudukan kepala subjek berada pada satu garisan lurus, kita tak perlulah nak bawak tali atau pembaris atau kayu nak bagi sama, agak-agak sahaja, biar semua kepala subjek kita satu line, satu baris dan kedudukan mereka semua selari dengan kamera kita., frontal dengan kamera kita.
Kalau barisan kepala tak lurus, ada yang ke depan sikit, ada yang ke belakang sikit, maka dah tentu akan ada subjeck yang blur, dah tentu ada wajah ahli keluarga kita yang tidak sharp, so gambar tak cantiklah sebab ada yang sharp, ada yang tak sharp. So, make sure atau pastikan kedudukan kepala semua subjek kita tu satu baris, sebab depth of field f/2.8 ni shallow, lari sikit jer dari focusing area, memang gambar akan blur.
Selamat mencuba…