Fotografi | Ada Apa Dengan Sekeping Gambar
© 2016 Wazari Wazir | A Moment to Remember
Semenjak kebelakangan ini saya agak sibuk sedikit sehingga kurang masa untuk menulis di sini. Bukan tiada bahan, cukup banyak sebenarnya bahan untuk ditulis, cerita Trans-Siberia pun belum habis lagi, itu tak termasuk dengan tugas-tugas hakiki di jabatan. Salah satu sebabnya ialah agak sibuk menguruskan hal anak-anak saya. Isteri saya agak kena tahan di wad hospital agak lama, jadi saya dan anak-anak tinggal di rumah ibu saya di Sungai Besi, ulang – alik ke Putrajaya dengan ERL dan juga menggunakan bas untuk hantar anak saya HaiQal ke sekolah.
Kalau hendak cerita memang agak rumit juga nak menguruskan itu ini, tetapi rasanya tak perlu saya hendak cerita semua masalah yang saya alami, kerana saya tahu ada orang lain yang lebih susah dari saya. Untuk pengetahuan isteri saya kena tahan di hospital selama 3 minggu, sehinggalah anak kami dilahirkan pada 18 Ogos yang lalu dan kemudian ditahan lagi sehingga dibenarkan pulang pada 23 Ogos.
Kalau hendak cerita tentang 3 minggu tersebut mungkin boleh buat sebuah buku, tapi di sini biarlah saya cerita dari sdut photography sahaja. Gambar anak saya di atas tu, saya rakam guna kamera Fujifilm X100T, senang sikit, kecil dan tak mengganggu orang lain, dengan bunyi shutter yang senyap, orang pun tak perasan, ya, saya rakam anak saya semasa masih di dalam wad lagi.
Gambar-gambar dari pHone pun banyak yang saya rakam cuma hasilnya tak cukup bagus, tak cukup bagus kalau kita ingin menghasilkan sebuah buku atau coffee table book ataupun photobook untuk keluarga saya. Kalau setakat untuk dikongsikan di laman facebook, untuk blog, twitter dan whatsapp sesama keluarga, rasanya gambar dari iPhone atau mana-mana smartphone dah lebih dari cukup bagus.
Gambar di bawah itu pula ialah gambar detik pertama anak-anak saya melihat wajah adiknya. Saya boleh pilih lokasi yang baik untuk shooting dengan latar belakang yang cantik tapi bagi saya, yang penting ialah moment, detik pertama kali mereka melihat wajah adiknya lebih penting dari segalanya. Bila dah dapat gambar detik pertama perkenalan mereka, lepas tu nanti, barulah ambil gambar sana sini pulak.
Sehari selepas melahirkan anak kami, isteri saya boleh dibenarkan pulang dan berjumpa dengan Raphael dan Arianna yang dah 3 minggu tak jumpa ibunya. HaiQal dapat juga jumpa ibunya sewaktu pulang dari sekolah. Setelah hampir seminggu baby di hospital barulah boleh dibawa pulang. Waktu tu kami hantar Raphael dan Arianna ke Taska, HaiQal pun bersekolah seperti biasa. So selepas bawa baby keluar dari hospital, terus pergi taska ambil anak-anak kami dan saya pun merakam detik bersejarah ini.
So, ada apa dengan sekeping gambar? It depends, ianya bergantung pada kita, bergantung masing-masing. Bagi kanak-kanak seusia Raphael 5 tahun dan Arianna 3 tahun, mereka mungkin agak sukar untuk mengingati peristiwa yang berlaku pada usia mereka di masa akan datang. Cuba tanya balik pada diri kita, apakah kenangan yang masih kita ingat dengan jelas sewaktu kita berusia 3, 4, 5 dan 6 tahun. Mungkin ramai di antara kita masih lagi mengingati detik pertama kita masuk ke alam persekolahan sewaktu berusia 7 tahun ataupun detik kita memasuki alam Pra-Persekolahan tetapi berapa ramai yang masih ingat kenangan sewaktu usia kita di bawah 5 tahun? Tak ramai yang ingat rasanya.
Untuk Raphael dan Arianna yang berusia 5 dan 3 tahun, sekiranya mereka besar nanti, insyaAllah, walaupun dengan bantuan gambar ini mungkin mereka tidak dapat ingat lagi peristiwa ini tetapi gambar ini pasti akan memberikan gambaran yang jelas pada mereka tentang detik pertemuan dengan adik mereka yang baru lahir, insyaAllah.
Gambar-gambar yang dirakam di atas memang ibarat langit dan bumi kalau nak dibandingkan dengan gambar rakaman Elena Shumilova photographer dari Russia tu, tapi untuk saya, moment atau detik yang dirakam ini amat bermakna buat kami sekeluarga, moga kesemua anak-anak kami membesar menjadi anak yang soleh, insyaAllah…
*Kepada yang berminat hendak dengar secebis pengalaman saya semasa di Russia, boleh dapatkan buku Travelog 7 Benua. Klik pada banner di bawah ini untuk maklumat lanjut…
2 Comments
Budak Kampung
Tahniah Wazari
Nice Pic dan saya setuju dengan makna sekeping gambar yang di maksudkan. Masin tak berkesampaian dengan niat nak memiliki mirrorless camera.. mampu tengok ouput orang lain
Lokman Halim bin Sabu
Tahniah atas kelahiran anak yang baru.