Adventure,  Photojournalism

Benarkah Dunia Sudah Tidak Lagi Selamat?

Photojournalism | Kiev | Ukraine

Travel | St. Andrew's Church Kiev | Kiev | Ukraine

Travel | Kiev | Ukraine

Travel | Independence Square | Kiev | UkraineTravel | Kiev | Ukraine

© 2014 Wazari Wazir | Kiev Ukraine

 

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kejadian letupan bom bunuh di Lapangan Terbang Ataturk Istanbul Turki (29 Jun 2016), yang mana mengorbankan berpuluh-puluh orang. Kalau hendak diikutkan kejadian letupan bom di Turki bukanlah perkara baru, sentiasa ada, walaupun mungkin tidak sekerap yang berlaku di Afghanistan, Iraq, Palestine  ataupun di Pakistan selain Syria yang dihujani peluru hampir setiap hari.

Ramai juga yang berkata dunia hari ini sudah tidak selamat lagu, really? Saya tidak fikir begitu, sejak zaman Nabi Adam lagi telah berlakunya pertumpahan darah, dan beribu-ribu tahun dahulupun manusia sering berperang sana sini untuk meluaskan kuasa mereka, cuma kita hanya mengetahuinya melalui buku-buku sejarah. Kalau kita rasakan pemimpin-pemimpin dunia  sekarang ini kejam, pemimpin di zaman dahulu kala lebih lagi kejam, menghukum orang ataupun memenjarakan orang tanpa peri kemanusiaan.

Kadang-kadang ambil masa berpuluh tahun ataupun beribu tahun untuk kita mengetahui tentang kejadian sebenar sesuatu peristiwa kerana tiada dokumentasi dalam bentuk visual dan kalaupun masih terdapat banyak kesan-kesan tamadun lama yang ditinggalkan begitu sahaja masih menjadi misteri sehingga kini. Rasanya 1000 ataupun 3000 tahun dahulu belum lagi ada kerjaya kewartawanan, orang lebih sibuk mencari rezeki, bercucuk tanam, berniaga, memburu, untuk kelangsungan hidup daripada sibuk melaporkan tentang hal ehwal orang lain.

Point saya ialah, sejak zaman berzaman dunia ini sering bergolak, bezanya dengan zaman sekarang ialah, apa-apa sahaja yang berlaku di hujung dunia sana, kita akan mengetahuinya dalam sekelip mata, paling tidakpun, seminit dua selepas sesuatu kejadian menimpa sesebuah negara, ataupun sesuatu tempat, kita telahpun mengetahuinya, berbanding dengan zaman sebelum kemajuan internet, kita perlu menunggu waktu berita jam 8 malam  ataupun berita dari stesen radio untuk mengetahui tentang perkembangan terkini dunia dan apa yang berlaku di tanah air kita. Sekarang ni, buka sahaja laman facebook atau Twitter, kita dah boleh tahu apa yang berlaku sekeliling kita.

Saya sebenarnya hendak kaitakan dengan pengembaraan, dengan perkembangan dunia sekarang ini yang mana kelihatan sudah tidak selamat, kita yang minat mengembara ini jangan pula rasa takut untuk keluar, jangan pula rasa lebih selamat untuk kita berpeluk tubuh daripada ke luar negara yang mungkin akan membahayakan kita, berpeluk tubuh mengurung diri di dalam rumah sama sekali tidak menjanjikan kita akan hidup lebih lama berbanding dengan mereka yang berperang di medan perang.

Saya kongsikan di atas ialah gambar-gambar yang saya rakam di Kiev Ukraine semasa liputan media tentang kejadian pesawat Malaysian Airlines MH17 yang ditembak jatuh di Donetsk Timur Ukraine. Semasa kejadian tersebut di kawasan Donetsk sedang berlaku peperangan yang sengit antara puak pemisah Ukraine dengan tentera Ukraine, kejadian pesawat di tembak jatuh di Donetsk itu bukanlah perkara baharu, sebelum keadian yang menimpa MH17, telah ada beberapa pesawat yang ditembak jatuh di sana, cuma ianya bukanlah melibatkan pesawat komersial.

Peperangan yang berlaku di Donetsk mengorbankan lebih 1500 nyawa, dan semasa pasukan media ke Ukraine, peperangan tersebut masih lagi meletus. Lebih 1000 orang meninggalkan Donetsk hampir setiap hari, malahan lebih 100 ribu orang pula menyeberangi sempadan menju ke Rusia.

Situasi di Ukraine memang agak tegang tetapi mengapa kami masih ke sini. Saya berpegang dengan  Ajal Maut di Tangan Tuhan, kalau tak sebut pun, semua orang pun dah tahu, dan dengan kepercayaan tersebut saya memberanikan diri untuk ke sana sini, orang kata Kashmir bahaya, saya pergi juga ke Kashmir.

Berbalik kepada kes di Istanbul, kepada yang berhajat untuk ke Istanbul, jangan ragu dan khuatir, “Istanbul is Always Like That” cuma kena betulkan niat kita, untuk apa kita ke sana dan pastikan bukan untuk “playing with death”. Kena betulkan niat kita, insyaAllah. Bukan saja-saja hendak cari pasal, di mana pun kita pergi kita perlu ambil sikap berhati-hati, termasuklah di Malaysia ini, selebihnya, kita serahkan pada Allah, Tuhan Yang Menciptakan kita, Dia Lebih Maha Mengetahui kerana Dia Yang Mengatur Kehidupan kita di dunia ini.

Saya ke Ukraine pada bulan Julai 2014, pada bulan puasa, bulan Ramadhan yang mulia, lebih kurang 10 hari lagi hendak menyambut Hari Raya, saya ditugaskan untuk ke sana, ke sebuah negara yang sedang berperang.

Sebenarnya pada waktu artikel ini ditulis,  saya sebenarnya telah dijemput oleh salah sebuah syarikat penerbangan di Asia untuk mengikuti rombongan media ke China, tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa menolak, kalau ikut jadual, dua hari sebelum Hari Raya barulah saya kembali ke Malaysia.

Dalam hidup kita kena redha, ada masanya Tuhan sedang menguji kita, bukan semua tawaran itu perlu kita ambil, bukan semua tugasan itu perlu kita terima, apapun keputusan kita, Tuhan telah lebih mengetahui keputusannya. Semasa tugasan di Ukraine, ianya bukan satu paksaan ke atas saya, tetapi mungkin sudah ditakdirkan, saya pun terima dengan hati terbuka, walaupun debarannya tidak terkata.

Sebelum ke Ukraine, saya memang telah lama bercita-cita untuk ke Rusia dan memandangkan Ukraine satu ketika dulu adalah di bawah Soviet Union, dalam hati saya berkata, mungkin Tuhan ingin beri saya pendedahan ataupun “introduction to Russia.” Take it or Leave it, terpulang pada saya, kadang-kadang Tuhan dah beri Green Light, terpulang kita sama ada faham ataupun tidak.

Apapun, berbalik kepada tajuk blog saya di atas, dunia sebenarnya dari dahulu lagi penuh dengan konflik, penuh dengan pertumbahan darah, peperangan merebut kuasa dan takhta di sana sini. Kepada yang masih minat mengembara, jangan putus asa, teruskan niat anda sekiranya berkemampuan dari segi kewangan, masa dan tenaga, jangan tunggu dunia ini aman kerana kalau dunia ini aman tanpa sebarang pertumpahan darah, peperangan sana sini, itu bukan lagi dunia namanya, malahan sebelum Adam diciptakan lagi, dunia ini tidak pernah aman.

*Kepada yang berminat hendak dengar secebis pengalaman saya semasa di Russia, boleh dapatkan buku Travelog 7  Benua. Klik pada banner di bawah ini untuk maklumat lanjut…

Travelog 7 Benua

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.