Selamat Ulang Tahun Buat Raphael
© 2016 Wazari Wazir | Happy Birthday Raphael
Masa cukup pantas berlalu, kini Raphael telah genap usia 5 tahun pada 7 Jun ini, Syukur Alhamdulillah. Kami memang tidak pernah buat majlis sambutan Hari Jadi untuk mana-mana anak-anak kami, hanya disambut bersama keluarga sahaja. Beli kek, potong kek, tiup lilin tak lebih sebagai kenangan terutamanya dalam bentuk photography.
Seperti kebiasaan, sebelum memotong kek, kami akan tutup lampu dahulu dan rakam gambar hanya dengan diterangi cahaya lilin sahaja, baru nampak dramatik sikit berbanding dengan suasana yang terang benderang, lepas ambil gambar, pasang lampu, potong kek dan makan seadanya. Gambar dirakam secara self-timer, kamera diletakkan di atas tripod.
Beli kek pun separuh, bukan pasal berkira ke apa, dari pengalaman lepas-lepas, kalau beli satu kek penuh tak habis makan, almaklumlah, makan untuk satu keluarga sahaja. Untuk mengelakkan pembaziran, belilah separuh kek, lagipun ini bulan Ramadhan, biasanya lepas berbuka dah tak larat sangat nak makan itu ini, kek pun, kalau simpan lama-lama tak sedap.
Saya ni bukannya jenis sambut hari jadi, kadang-kadang hari jadi saya sendiri pun tak ingat, dan sebab tak ingat itulah baru saya sedar yang semasa di Irkutsk Siberia, rupanya hari tersebut adalah hari ulang tahun saya. Berseorangan di rantau orang, tanpa ada seorang insan yang dikenali sewaktu di Irkutsk hinggalah ke Beijing China. Masa saya plan trip Trans-Siberia tersebut memang saya tak ingat langsung tentang tarikh hari lahir saya, kalau tidak mesti epik, beli kek size kecil, letaklah beberapa batang lilin mewakili usia dan ambil gambar dalam compartment keretapi sewaktu merentasi Siberia, mesti happening, but then, it doesn’t cross my ind…