Lapan Pengembara Berkongsi Cerita, Dalam Buku Kompilasi Travelog 7 Benua
© 2016 Wazari Wazri | Kompilasi Travelog 7 Benua
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di MAEPS Serdang telahpun berakhir, namun kepada sesiapa yang belum berkesempatan untuk dapatkan buku Kompilasi Travelog 7 Benua ini, jangan bimbang, anda masih boleh dapatkannya secara terus dari saya ataupun daripada 7 penulis yang lain.
Barisan penulis yang terlibat dalam perkongsian ini ialah :
- Badrul Hisham – Amerika Syarikat (Death Valley, California)
- Ida Yunus – Mongolia (Gobi Desert)
- Meor Farid Asyradi – China (Xining)
- Nazri Arshad – Vietnam (Hanoi)
- Nordin Yahaya – Peru (Machu Picchu)
- Rafiee Ghani – Maghribi (Sefrou, Fez)
- Siti Noridah – Pakistan (Gilgit, Chitral)
- Wazari Wazir – Russia (Saint Petersburg)
Buku ini mengisahkan perkongsian ringkas pengalaman setiap penulis ketika mereka mengembara ataupun berbackpacking ke destinasi pilihan mereka. Ianya bukanlah cerita lengkap pengalaman mereka di sebuah negara ataupun sebuah tempat dari mula mereka sampai hingga pulang ke Malaysia semula.
Bahagian saya ialah tentang pengalaman pertama saya menjejakkan kaki ke negara Rusia yang mana sebelum ini belum pernah saya jejaki, baik atas urusan kerja ataupun atas urusan peribadi. Ianya mengisahkan tentang cabaran pertama yang saya hadapi ketika tiba di Saint Petersburg dari kota London.
Diharapkan dengan sedikit perkongsian pengalaman dari kami, bolehlah serba sedikit dijadikan sumber inspirasi ataupun panduan terutamanya sekiranya kita bercadang mahu mengunjungi negara-negara ataupun tempat-tempat yang telah kami kunjungi untuk memudahkan perjalanan kita, inysaAllah.
Jadi untuk tidak bercerita panjang lagi, kepada yang berminat dengan buku Kompilasi Travelog 7 Benua ini boleh dapatkannya dengan cara di bawah ini :
Buku terbaru Travel Planet “Kompilasi Travelog – 7 Benua” vol.1. Buku setebal 210 muka surat bergambar & kisah pengembaraan peribadi setiap penulis. Terbitan MyTravelog MT.
Harga Seluruh Malaysia : RM25.00 (COD) | RM31 Termasuk Pos di Semenanjung | RM36 Sabah/Sarawak (Termasuk Pos)
Luar Malaysia : USD8.00
Kos Penghantaran Poslaju:
RM6.00 (Semenanjung Malaysia)
RM11.00 (Sabah & Sarawak)
Mohon maaf,untuk sementara waktu, penghantaran ke luar Malaysia tidak dapat dilakukan. Coming Soon.
Pembayaran boleh dibuat ke akaun dibawah ::
MAYBANK
No. Akaun : 114160023734
Nama : Mohd Wazari bin Wazir.
Payment Details (online) : Buku #7Benua
No Tel Saya / Whatsapp : 0122812753
Email Saya : wazariwazir@yahoo.com
Setelah pembayaran dibuat, sila Private Message Facebook saya Wazari dan lampirkan bukti pembayaran / slip pembayaran bersama maklumat anda mengikut format dibawah ::
Nama ::
Alamat ::
Nombor Telefon / Email ::
Jumlah Buku ::
Proses penghantaran akan dilakukan secara berperingkat. Saya akan respond setiap message anda yang masuk kedalam INBOX saya secepat mungkin. Mohon maaf jika ambil sedikit masa untuk respond semua message anda.
*Artikel Berkaitan : Bersama Barisan Penulis Buku Travelog 7 Benua
One Comment
rizan saad
assalam saudara wazari….
buku ni x ada jual di kedai2 buku ke , populor book store atau mph atau mn2 kedai buku utama?