Ada Apa Dengan Buku Kompilasi Travelog 7 Benua?
© 2016 Wazari Wazir | Membaca Buku Amalan Mulia | Kompilasi Travelog 7 Benua
Kalau diikutkan hati saya nak promote buku Kompilasi Travelog 7 Benua ni guna model dari Russia tu, tapi apakan daya, sebelum buku siap dicetak, model tu dah terbang merehatkan diri. Actually, saya tak mampu pun nak bayar model Russia tu, anyway seprti biasa anak-anak adalah model paling setia, kalau tak setia pun kena dengar dan ikut cakap ayah dia walau terpaksa, kalau tidak, banyak permintaan mereka tak saya tunaikan, HaiQal dah berkali-kali tanya bila nak tengok Captain America Civil War?
Sebelum saya promote buku terbaru tulisan saya bersama rakan-rakan kembara lain, saya kongsikan dahulu gambar anak-anak saya yang dirakam tak jauh dari rumah kami di Kuala Langat. Ramai orang mungkin punya andaian yang berbeza-beza bagaimana gambar itu terhasil. Ada yang ingat saya rakam guna lensa telephoto 70-200 mm dari jauh, ada yang ingat saya rakam gambar anak-anak saya duduk atas titi usang tu dari jambatan bersebelahan. Sebenarnya saya terpaksa masuk dalam air tu untuk dapatkan gambar yang saya ingini.
Mungkin ada yang tanya kenapa tak ambil dari tepi sahaja, masing-masing punya perspective atau sudut yang berbeza, saya sukakan sudut berdepan seperti dalam gambar di atas, frontal, parallel view. Saya inginkan latarbelakang yang agak berkabus terutamanya di waktu pagi. Memandangkan saya hanya guna lensa 50 mm sahaja, maka saya perlu berada agak dekat dengan mereka dan tiada cara lain selain terpaksa saya berdiri dalam air. Nak kata bersih ke tidak air tu, tak jugak, gatal-gatal jugak, tapi tak apa, selesai shooting terus balik ke rumah yang jaraknya tak sampai seminit kalau berlari.
Gambar behind the scne tersebut dirakam olehh isteri saya menggunakan smartphone sahaja, cukuplah sekadar BTS, tetapi bagi pandangan saya BTS ini lebih banyak bercerita berbanding hasil gambar yang sebenar. Nampak kesungguhan sang tukang gambar untuk dapatkan sudut terbaik bagi pandangan photographer tersebut dan bukan sekadar ada gambar sahaja, ni dah masuk bab “masuk bakul angkat sendiri”.
Saya guna Tripod supaya gambar lebih stabil, sebab awal pagi tak berapa cerah sangat, tetapi saya mahu guna ISO rendah, bila ISO rendah, shutter speed agak perlahan dan kebarangkalian untuk kamera “shaking” kalau handheld agak tinggi. Jadi salah satu cara terbaik untuk menstabilkan keadaan ialah dengan menggunakan tripod. Lagipun saya guna Aperture yang kecil antara f/2 dan f/2.8. Bila guna Aperture besar ni, depth of field dia sangat shallow, kamera goyang sikit jer, gambar akan blur atau kabur.
© 2016 Wazari Wazir | Buku Kompilasi Travelog 7 Benua
Berbalik kepada buku TRAVELOG 7 BENUA ini, ianya adalah perkongsian cerita daripada 8 individu yang berbeza. Menceritakan secebis pengalaman masing-masing di salah satu destinasi yang mereka pilih. Ianya bukanlah cerita lengkap tentang perjalalan penuh seorang pengembara ke satu-satu destinasi, kalau nak buat lengkap rasanya 8 orang punya cerita memang tak muat 210 muka surat, insyaAllah cerita saya tentang perjalanan trip Trans-Siberia saya kalau berjaya ditulis nanti mungkin dalam lingkungan 200 muka surat termasuk sedikit gambar.
Di dalam buku ini saya hanya bercerita tentang pengalaman pertama saya di tiba di Russia ataupun lebih tepat lagi di Saint Petersburg. Penulis-penulis lain pula menulis tentang pengalaman di negara lain seperti di China, Mongolia, Maghribi, Peru, Vietnam, Amerika Syarikat dan Pakistan.
Buku 7 Benua ini bukanlah sebuah buku panduan untuk backpacker, ianya bukan disampaikan secara bullet point ataupun secara list, “what to do, things to do, the do’s and don’t, ataupun “scams” yang terdapt di sesebuah negara secara list.
Namun begitu, saya amat berharap agar pembaca buku ini boleh menyingkap apa yang “tersirat” berdasarkan apa yang tersurat, maksud saya, banyak sebenarnya panduan serta tips-tips dalam buku ini, cuma ianya disampaikan secara penceritaan, cuma kita kena cepat tangkap. Lebih baik lagi sambil kita baca, kita ada satu buku nota kecil di sisi kita dan kita boleh catitkan sendiri input-input yang penting, seperti no bas, tambang dari satu stesen ke satu stesen, nama-nama hostel atau hotel yang boleh kita shortlistkan dan langkah-langkah berjaga-jaga yang boleh kita ambil untuk tidak mengulangi kesilapan yang kami telah lakukan.
Itulah gunanya kita perlu mendengar atau membaca kisah-kisah hidup orang lain agar kita tidak mengulang kesilapan yang sama, agar perjalanan kita lebih lancar dan agar kita tidak tertipu dengan tipu daya manusia di dunia ini. Memang betul perjalanan yang lancar tanpa sebarang cabaran dan dugaan kurang “adventure” atau menarik tetapi mengapa perlu kita biarkan diri kita ditipu dengan scams-scams yang telah diketahui umum dikalangan backpackers tetapi kita masih lagi ingin mengalaminya sendiri seperti tertipu dengan scams penjual batu jade palsu di China. Saya rasa tiada manusia yang normal yang dengan sengaja ingin merasa pengalaman ditipu dan kerugian ratusan ringgit just for the sake of experience.
Oklah, sebelum saya merapu dengan lebih jauh lagi, sempena Pesta Buku Antarabangsa KualaLumpur PBAKL di MAEPS Sepang, yang berminat untuk dapatkan buku ini boleh cari di Reruai atau Booth Kaki Buku di Dewan A3, Booth No A3051. Actually di Booth Kaki Buku, terdapat banyak lagi pilihan buku-buku Travelog ikut minat masing-masing. Harga di Booth hanya RM25 sebuah.
*Kepada yang berminat hendak beli buku ini secara online dengan saya, boleh klik pada link ini Buku Travelog 7 Benua